Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching merancang supaya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf sebelum hujung tahun ini.

Walaubagaimanapun , Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata beberapa aspek perlu diambil kira sebelum tindakan itu diambil namun memberi jaminan akan mengiktiraf sijil tersebut seperti yang termaktub di dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Isu ini menjadi buah mulut rakyat Malaysia kerana ramai beranggapan sijil tersebut tidak sepatutnya dilaksanakan kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada bahasa kebangsaan negara.

Apa itu UEC?

Sumber: Cakna Malaysia

UEC adalah satu sijil pelajaran yang digunakan oleh 60 sekolah persendirian Cina di Malaysia yang mana ia menggunakan sistem pendidikan sendiri di bawah seliaan Dong Zong (badan pendidikan Cina).

Ia mula dilaksanakan sejak 1975 dan diiktiraf oleh pusat pengajian tinggi di England, Amerika Syarikat, Australia, China dan Taiwan.

Universiti-universiti awam di semenanjung Malaysia tidak mengiktiraf dan menerima pakai sijil ini kecuali universiti swasta . Hanya Selangor menerima lepasan UEC ke institusi pengajian tinggi milik negeri

Bagi Sarawak pula, Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem bertegas kerajaan negeri tetap mengiktiraf UEC walaupun Kerajaan Persekutuan(ketika itu) belum memuktamadkan keputusan bagi mengelak golongan profesional kalangan masyarakat Cina berhijrah ke negara lain.

UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan disokong oleh tokoh-tokoh sezaman seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin dari MCA

Lepasan UEC tidak boleh melanjutkan pelajaran di universiti awam dan bekerja di sektor awam kerana tidak diiktiraf kerajaan persekutuan

Kenapa Ramai Membantah?

Medium pengajaran utama subjek untuk UEC adalah dalam bahasa Cina dan hanya ada satu subjek BM disertakan (untuk cukup syarat)

Sumber: Arakan Media

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpandangan pengiktirafan sijil EUC yang dilaksanakan oleh sekolah persendirian Cina di negara ini akan menghilangkan identiti kebangsaan negara.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata,UEC adalah sijil yang mengenepikan soal Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pembentuk ciri negara ini.

Selain itu, terdapat hujah menyatakan Akta Pendidikan 1969 dirumus dan diluluskan di Parlimen telah menetapkan Bahasa Kebangsaan (Melayu) sebagai medium pengantara dalam semua institusi pendidikan yang berdaftar.

Mohd Azmi yang juga merupakan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras ) pula berpendapat, isu UEC ini mahu mengubah dasar keseluruhan pendidikan negara ini dengan mengenepikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantara.

UEC Dalam Manifesto Pakatan Harapan 

Sebelum memenangi PRU-14 lagi, Pakatan Harapan telah berjanji untuk mengiktiraf sijil UEC ini.

Lebih 500,000 pelajar telah menduduki peperiksaan tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 1975.

Ketika ini, seramai 7,000 pelajar menduduki peperiksaan peringkat senior bagi membolehkan mereka menggunakan sijil tersebut untuk kemasukan ke peringkat lebih tinggi di universiti antarabangsa.

Oleh kerana sijil UEC tidak diiktiraf Malaysia, pelajar sekolah persendirian Cina yang mengambil UEC perlu pergi ke negara yang menerima UEC seperti China dan Taiwan untuk menyambung pengajian.

Sumber: Investvine

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Saifuddin Abdullah menyatakan tindakan tidak mengiktiraf UEC juga boleh memburukkan lagi isu pengaliran keluar tenaga pakar di mana pelajar cemerlang memilih untuk tinggal di luar negara sebaik sahaja tamat pengajian.

Katanya lagi, sebagai rakyat Malaysia, mereka perlu diberi tawaran yang lebih adil dengan membenarkan mereka untuk belajar di universiti-universiti tempatan kita selain belajar di luar negara atau di universiti-universiti swasta tempatan adalah mahal

Dalam pada masa sama, Umno menyarankan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) mengambil kira 2 syarat am, antaranya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah UEC diiktiraf?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN