Bermula petang ini, negara kita bakal mencatat sejarah dengan penutupan siaran analog televisyen secara berperingkat bagi membolehkan pengguna beralih ke siaran TV digital myFreeview secara sepenuhnya, bermula dengan penduduk di Langkawi.

Sumber: SoyaCincau.com

Pengumuman tersebut dilakukan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus teknologi global di masa akan datang.

Peralihan tersebut menyebabkan rakyat Malaysia berpeluang mendapatkan siaran televisyen secara percuma dan tidak dikenakan bayaran bulanan!

Namun, sehingga ke hari ini ramai yang masih tidak faham apa signifikannya sistem baru ini kepada orang ramai terutamanya kepada warga emas serta penduduk yang menetap di luar bandar yang sama sekali terkesan dengan perubahan ini.

 

Apa Sebenarnya Myfreeview

Difahamkan, Malaysia sepatutnya memberhentikan siaran analog ini pada Jun 2018 ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri yang lalu. Namun, disebabkan pertukaran tampuk pemerintahan ianya mungkin terpaksa ditangguh sehinggalah ke hari ini.

Sumber: Bernama

Mungkin ada yang mengatakan peralihan tersebut sebagai satu projek untuk kayakan ‘kroni’ tetapi yang sebenarnya perkhidmatan ini adalah satu inisiatif kerajaan yang diberi secara percuma kepada rakyat yang dikendalikan syarikat MYTV Broadcasting Sdn. Bhd, secara pembiayaan sektor swasta.

Menerusi myFreeview, penonton dapat menikmati 15 saluran TV dan enam saluran radio termasuk lima saluran dalam HD (TV1, TV2, RTM Sports HD, RTM News/Bes HD, TV3, TV Al-Hijrah, Bernama News Channel (BNC) dan lebih banyak lagi saluran baru akan datang. 

 

Perbezaan Siaran Analog Dan Siaran Digital

Sumber: Google

Berbeza dengan analog, mereka masih menggunakan antenna televisyen lama dan tiada dekoder untuk menukar siaran televisyen. Hanya, mengharapkan kebergantungan pada antenna sahaja. 

Lebih memburukkan keadaan, apabila keadaan cuaca tidak elok, akan ada gangguan yang menyebabkan siaran sedikit terganggu. 

Berbanding dengan siaran digital, kita dapat lihat penggunaannya sama sekali membawa banyak kelebihan termasuk kepelbagaian saluran interaktif dan paparan resolusi yang lebih tinggi berbanding hari ini. 

Apa yang bezanya, siaran digital Myfreeview hanya memerlukan dekoder sebagai tambahan untuk mendapatkan siaran digital ini. 

 

Kelebihan Siaran Digital

Pertama, siaran analog siarannya kurang kukuh berbanding digital yang mempunyai isyarat lebih kukuh

Malah, jika gunakan siaran analog, kualiti gambar boleh terjejas berbanding siaran digital yang mana kualiti gambarnya jauh lebih baik.

Jika menggunakan siaran analog, kita akan perasan kualiti audionya kurang jelas berbanding siaran digital yang menawarkan audio dengan lebih jelas.

Sumber: Free Malaysia Today

Apa yang paling penting, siaran analog tidak berkebolehan untuk menerima siaran definisi tinggi (HD) berbanding siaran digital yang berkebolehan memanfaatkan fungsi tersebut seiring dengan kemajuan teknologi yang ada pada hari ini.

Dari segi rancangan semua sama. Malah, kesemua rancangan yang ditawarkan juga adalah percuma sama sahaja. Yang membezakannya hanyalah kualiti siaran yang mereka tawarkan. 

Jadi, tidak hairanlah disebabkan kualiti siaran analog ramai yang beralih arah menggunakan perkhidmatan seperti Astro, UniFi TV, HyppTV dan sebagainya.

Tetapi kini, apabila kerajaan sudah menyediakan dekoder percuma kepada isi rumah Bantuan Sara Hidup (BSH), tiada lagi alasan untuk anda bertukar menggunakan perkhidmatan Myfreeview dan beralih kepada siaran digital sepenuhnya sama seperti yang sudah dilaksanakan negara Brunei dan Singapura. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah peralihan siaran analog kepada siaran digital Myfreeview ini sebenarnya bagus buat rakyat Malaysia?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN