Seorang lelaki yang dipercayai seorang penagih dadah telah bertindak diluar kawalan dengan menetak dua beradik disebuah rumah bertempat di Kampung Kuala Sungai Yan, Kedah.

Insiden getir itu turut mencederakan bapa saudara mangsa yang berusia 52 tahun, yang juga turut cedera parah.

Hasil siasastan mendapati kedua-dua mangsa berada di dalam rumah bersama ibu dan bapa saudara mereka.

Suspek dikatakan datang ke rumah dan mengamuk lalu bertindak menetak mangsa. Bapa saudara mangsa dikatakan cuba untuk menghalang suspek namun tidak berjaya malah turut tercedera didalam pergelutan tersebut.

Ibu mangsa yang sempat keluar dan melarikan diri cuba mendapat pertolongan orang kampung namun tidak sempat untuk menyelamatkan anak-anaknya.

Kejadian yang berlaku jam 11.55 malam itu telah meragut nyawa kedua-dua kanak-kanak tersebut di tempat kejadian.

 

Motif Pembunuhan

Sumber: MHE TV

Pelbagai tomahan dan kecaman yang di terima suspek akibat diatas perbuatan yang dilakukan. Walau apa pun alasan yang diberikan, tindakannya untuk menetak dua kanak-kanak kecil yang tidak berdosa tidak mampu diterima.

Namun begitu, mangsa perlu diberi peluang untuk menjelaskan kenapa dia mengambil tindakan sebegitu. Ini kerana jika dilihat kenyataan yang diberi, suspek mungkin merupakan kenalan dan sahabat keluarga.

Persoalannya, atas motif apakah suspek membuat keputusan untuk bertindak diluar batas? Adakah unsur dendam dan ketidakpuasan hati antara suspek dan ibu bapa mangsa?

Suspek yang berusia 49 tahun yang merupakan penduduk kampung sama itu berjaya diberkas sekitar jam 1.30 pagi.

Melihat rekod lampau, suspek mempunyai rekod dalam kes melibatkan penagihan dadah.

Sumber: PPDA SMK Penanti

Walaubagaimanapun, motif kejadian masih disiasat polis. Namun, adakah tindakan gila lelaki ini berlaku ketika dia dibawah pengaruh dadah? Kerana najis dadah terdapat nyawa yang melayang?

Sebelum-sebelum ini, tidak terkira kes-kes yang berlaku samada dalam mahupun luar negara yang berpunca dari penagihan dadah. Pada Februari 2018, seorang pemuda dari Miri bertindak mengugut ayah kandungnya sendiri kerana permintaanya untuk meminta duit bagi membeli najis dadah di tolak bapanya.

Statistik Penagihan Dadah Di Malaysia

Sumber: dns5akpi2017.blogspot.com

Menurut sumber dari Agensi Anti Dadah Kebangsaaa, jumlah kes penagihan dadah di Malaysia adalah sebanyak 25,922 kes. Data setakat tahun 2017, Kedah merupakan negeri ketiga tertinggi dengan kes melibatkan dadah iaitu sebanyak 2,655 yang dilaporkan selepas Pulau Pinang dan Kelantan.

Umur bagi individu yang telibat dengan penagihan dadah adalah tertinggi bagi kategori 40 tahun keatas dengan jumlah keseluruhan setakat 2017 sebanyak 6.405 individu.

 

Pengaruh Dadah Terhadap Kesihatan dan Masyarakat

Sumber: udinmedan.blogpsot

Umumnya, pasti setiap individu sedar akan kesan daripada penggunaan dadah. Di peringkat sekolah lagi , setiap pelajar sudah ditekankan untuk menjauhkan diri dari terlibat dengan penagihan dadah.

Walaupun pelbagai usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan, tetapi ketagihan ini sangat sukar untuk dihentikan dan dibendung.

Tanpa sedar, penggunaan dadah bukan sahaja bahayakan diri sendiri malah ia boleh membawa kepada masalah di peringkat yang lebih besar yang turut melibatkan masyarakat dan negara.

 

Sokongan Dan Bantuan Orang Ramai

Tidak dinafikan, bukan mudah untuk seseorang individu yang sudah terlibat dengan dadah untuk berhenti. Ini memerlukan usaha dan masa yang lama untuk mereka lalui proses pemulihan.

Ahli keluarga dan orang terdekat memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu individu dalam memgeluarkan diri mereka dari terus terjerumus dalam kancah penagihan dadah.

Sokongan penuh dari ahli keluarga dan masyarkat mampu membantu mereka untuk berubah menjadi yang lebih baik.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah setimpal hukuman gantung sampai mati diberikan kepada pesalah begini?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN