Politik di Malaysia sama seperti roda, ada naik dan turunnya juga. Sama juga isu terbaru dimana bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menawarkan dirinya untuk mencari ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho di China bagi menyelesaikan kes 1MDB.

Tawaran itu dikatakan dibuat atas kapasiti peribadi dan bukannya permintaan daripada Putrajaya.

Kata Hishamuddin yang juga sepupu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sekiranya Jho Low berada di China, beliau secara perbadi akan ke China untuk bawa balik Jho Low ke muka keadilan.

Ahli Parlimen Sembrong dari Barisan Nasional (BN) percaya selagi Jho Low tidak diheret ke mahkamah selagi itu kes 1MDB tidak akan selesai sampai bila-bila.

Namun tawaran yang dibuat Hishammuddin ini mengejutkan semua pihak terutama pihak yang berada dalam parti Umno.

 

Komen Dari Ahli BN Yang Lain

Tawaran untuk mencari dan membawa pulang ahli perniagaan kontroversi Jho Low dari China bagi menyelesaikan kes 1MDB mengundang reaksi berbeza di kalangan anggota parlimen BN.

Sumber: Berita Malaysia

Ia termasuk anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang mahu Hishammuddin menyalurkan maklumat mengenai Jho Low kepada kerajaan dan beliau tidak perlu untuk mengheret Jho Low sendirian.

Khairy menegaskan perkara seperti ini melibatkan kerjasama agensi antara Malaysia, China kerana ia melibatkan undang-undang dan sebagainya serta tidak sepatutnya menjadi satu usaha peribadi. Ia mesti dibuat secara antara kerajaan dan kerajaan.

Sumber: Sinar Harian

Tetapi lain pula kata anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz yang menyambut baik usaha Hishammuddin untuk membawa pulang Jho Low.

Beliau mahu Hishammuddin bertindak sebegitu sendiri jika ada ruang untuk mengheret Jho Low kerana umum tahu Jho Low watak utama dalam kes 1MDB.

Nampaknya, sudah ramai ahli BN yang bersuara soal 1MDB ketika Najib bukan lagi pemerintah. Kalau sebelum ini, sesiapa yang bercakap soal 1MDB, Jho Low dan sebagainya pasti dilucutkan jawatan oleh Najib, contoh kes adalah Tan Sri Muhyidin Yasin yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 

Bagaimana Pula Komen Dari KPN Sendiri?

Sumber: Deenamik

Nampaknya Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga senada dengan rancangan Hishammuddin kerana merasakan tawaran itu berdasarkan rangkaian hubungannya dengan pemimpin negara luar.

Siapa akan menolak usaha untuk mengheret pesalah utama dalam kes 1MDB yang mana kes ini sangat lama berlarutan dan perlu diselesaikan dengan segera dan rakyat Malaysia pastinya menunggu “kepulangan” Jho Low.

Sumber: Malaysia Today

Bagaimanapun, pihak polis juga dalam usaha berterusan mengesan Jho Low serta bapanya, Tan Sri Low Hock Peng, termasuk berhubung dengan polis antarabangsa (Interpol).

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihak polis mempunyai maklumat mengenai lokasi Jho Low.

Namun, ia tidak boleh didedahkan lokasi Jho Low kerana berada atas faktor siasatan.

 

Apa Motif Hishammuddin Cari Jho Low?

Apa motif Hishammuddin ingin cari Jho Low sampai ke ‘lubang cacing’? Ini kerana umum sedia maklum sekarang ini ramai pimpinan Umno dibawa ke mahkamah dan dituduh ke atas kesalahan rasuah dan penyelewengan.

Kita tidak mahu ada sebarang persepsi bahawa tawaran ini bertujuan untuk melepaskan diri dengan perkara yang bersangkutan dengan kerajaan yang lalu.

Kerajaan dibawah pentadbiran Pakatan Harapan pastinya disyorkan untuk meneliti tawaran yang dibuat ahli Umno itu supaya tiada muslihat tersembunyi yang cuba dilakukan.

Hishammuddin sebelum ini sangat berdiam diri soal Jho Low dan juga 1MDB. Kenapa tiba-tiba beliau tersedar akan hal ini? Kita tidak mahu ada udang disebalik batu, jika betul tawarannya itu untuk menyelesaikan kes ini, pasti semua pihak menerima dengan hati terbuka.

 

Kes Melibatkan Jho Low

Sumber: Daily Mail

Jho Low menghadapi lapan tuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Jho Low memainkan peranan penting dalam penubuhan syarikat asal 1MDB pada 2009 iaitu syarikat pelaburan strategik kerajaan Negeri BN Terengganu ketika itu, Terengganu Investment Authority (TIA). TIA ditubuhkan sejurus selepas Najib Razak dilantik menjadi Menteri Kewangan di penghujung era Tun Abdullah Badawi.

Sumber: Keadilan Daily

Apabila Najib Razak naik ke posisi Perdana Menteri, TIA yang tidak lagi mendapat komitmen kerajaan BN Terengganu telah dijadikan sebagai syarikat milik kerajaan persekutuan dan dinamakan sebagai 1MDB. Meskipun Jho Low tidak lagi memegang posisi rasmi dalam 1MDB yang baharu, namun beliau terbukti memainkan peranan besar di balik tabir.

Bermodalkan hanya RM1 juta dan jaminan kerajaan, 1MDB telah ‘berjaya’ menghimpunkan sebegitu banyak aset dan hutang dalam masa yang sama. Aset 1MDB kebanyakannya dalam lapangan tenaga seperti telaga minyak serta loji penjana kuasa dan hartanah.

Pada 26 Disember 2013, dia terbabit dalam pengubahan wang haram di mana dia menerima wang berjumlah AS$62.299 juta hasil kegiatan haram daripada akaun DLA Piper US LLP in Citibank NA yang tertera nombor 2185115 ke dalam akaunnya di BSI Bank Ltd (BSI) di Singapura yang bernombor 6C02328A.

Sumber: Online News

Berdasarkan laporan mengenai isu 1MDB, semakin jelas Jho Low adalah ‘dalang’ dan bertanggungjawab menyelaras pemindahan AS$681 juta (RM2.6 bilion) mengikut kadar tukaran mata wang ketika isu itu didedahkan buat pertama kali pada 2015, ke dalam akaun Najib.

 

Kes Hishammuddin Sebagai Menteri Pertahanan

Sumber: Kosmo

Sebelum ini, seorang peguam mendakwa Hishammuddin akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes penyalahgunaan peruntukan kerajaan berjumlah RM49.5 juta.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah tawaran Hishammuddin ini helah untuk beliau tidak disiasat SPRM berhubung kes penyelewengan beliau atau beliau ikhlas?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN