Masalah pengangguran di kalangan rakyat Malaysia ibarat tiada kesudahan terutama melibatkan lepasan graduan. Ratusan ribu lambakan graduan sedang menanti pekerjaan yang sesuai dengan mereka.

Sampai bila mereka ingin menunggu pekerjaan yang sesuai? Tidak boleh ke mereka bekerja dalam sektor 3D (kotor, berbahaya dan sukar)?

Sumber : Google

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dari tidak mempunyai pendapatan, lebih baik sekiranya mereka ini bekerja dalam industri tersebut.

Walaupun pendapatannya rendah, sekurang-kurangnya mereka mendapat gaji dan mempelajari sesuatu.

 

Jangan Salahkan Pendatang Asing Ramai Di Malaysia

Kebanyakkan penduduk setempat menyatakan kebimbangannya terhadap isu jumlah penduduk asing yang berhijrah ke negara ini .

Sumber : Google

Keadaan itu berlaku kerana kerajaan terpaksa membawa mereka kesini untuk melakukan kerja-kerja (3D) ini. Perkara ini akan memberi kesan kepada negara kerana wang kita akan mengalir keluar.

Namun mengapa rakyat Malaysia tidak berminat untuk melakukan kerja 3D? Sudah pasti faktor utamanya adalah mengenai gaji rendah dalam pekerjaan 3D yang tidak menarik penglibatan rakyat Malaysia.

Tetapi sekiranya upah terlalu tinggi barang kita akan jadi begitu mahal sehingga tidak boleh bersaing dengan barangan daripada negara-negara lain.

Pekerjaan dalam industri 3D sering dilakukan oleh pekerja-pekerja buruh, yang kebanyakannya terdiri daripada orang asing dari negara-negara tetangga lain yang kurang berkemampuan.

 

Kerajaan Pertimbang Beri Subsidi Gaji Pada Graduan

Ekoran kepada permasalahan yang berlaku ini, kerajaan sedang mengkaji cadangan memberi elaun kepada graduan tempatan yang baru menamatkan pengajian.

Sumber : Google

Ia berikutan bagi menangani masalah lambakan pendatang asing yang bekerja ke negara ini, yang menjejaskan ekonomi negara.

Memetik sumber akhbar Sin Chew Daily kerajaan mempertimbangkan untuk menyediakan subsidi elaun dan gaji di antara RM700 dan RM1,000.

Dr Mahathir berkata dengan cara itu akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing yang akan menghantar wang gajinya kembali ke negara asal.

 

Mampu Dilaksanakan

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, insentif bagi menambah pendapatan graduan yang baru selesai pengajian mampu dilaksanakan.

Sumber : The Star

Jelas Lim, pihaknya sudah menyerahkan dokumen dan cadangan itu kepada kabinet pada Rabu lalu.

Lim juga berkata, program ini bukan saja dapat wujudkan banyak peluang pekerjaan tapi pada masa yang sama membolehkan graduan melengkapi diri dengan kepakaran dan kebolehan dalam pasaran pekerjaan.

 

Duit Mengalir ke Luar

Dengan usaha kerajaan ini diharapnya akan dapat mengatasi masalah pengganguran dan dalam pada masa yang sama memperkayakan ekonomi negara.

Dengan cara itu, gaji akan meningkat dan pekerja kita akan bekerja dan tidak lagi bergantung kepada pekerja asing.

Sumber : Google

 

Setiap tahun dilaporkan, negara kerugian berbilion-bilion ringgit kerana pekerja asing menghantar balik pendapatan mereka ke negara mereka – outflow of fund.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah insentif yang bakal diberikan kepada graduan ini akan menyelesaikan masalah pengangguran dan pekerja asing?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN