Baru-baru ini, satu virus baru yang dikenali sebagai virus cacar monyet, ataupun ‘monkeypox’ telah dikenalpasti di Singapura apabila salah seorang pelancong yang berasal dari Afrika dipercayai terkena jangkitan ini hadir menyertai sebuah bengkel disana.

Menurut sumber, pelancong tersebut dipercayai telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Afrika sebelum itu dan berkemungkinan virus tersebut didapati dari makanan yang dihidang.

Bagi yang tidak tahu, di Afrika haiwan liar turut dijadikan hidangan makanan masyarakat disana dan ia sudah menjadi  budaya ikutan setiap lapisan masyarakat.

Bagi mengelakkan penyebaran penyakit ini ke tahap yang lebih kritikal, semua individu yang terlibat dalam bengkel yang dihadiri mangsa turut ditahan dan dikuarantin kerana dikhuatir turut berjangkit dengan mangsa tanpa sedar.

 

Apa Itu Cacar Monyet?

Jika sebelum ini, virus seperti H1N1, chickenpox dan influenza memang sering didengari bukan sahaja di dalam Malaysia malah luar negara.

Namun bagi cacar monyet ini, ianya sangat jarang didengari dan menimbulkan kebimbangan dikalangan orang ramai kerana takut akan risiko yang boleh terkena kepada mereka.

Tambahan pula apabila ia disahkan merupakan virus yang boleh berjangkit dan mudah merebak kepada individu yang lain.

Monkeypox adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus yang berada pada haiwan tertentu termasuk manusia.

Selalunya gejala virus tersebut  bermula dengan demam, sakit kepala, sakit otot, nodus limfa yang bengkak dan rasa letih. Ini diikuti oleh ruam yang membentuk lepuh dan kerak.

Cacar monyet ini merupakan virus yang terdapat didalam haiwan liar seperti monyet, tupai dan daging-daging haiwan liar lain yang terdedah kepada bakteria.

Bagi golongan masyarakat yang makan daging haiwan liar, seperti di Afrika, risiko mereka untuk terdedah kepada virus ini sangat tinggi.

Mengikut laporan, kebanyakan kes dilaporkan dari Republik Demokratik Kongo dan penyakit ini menyebabkan mortaliti yang ketara dan setakat ini tiada rawatan tertentu wujud bagi membantu pesakit-pesakit  cacar monyet kecuali vaksin untuk mengelak virus itu berjangkit.

 

Macam Mana Nak Cegah

Pasti ramai yang panik apabila virus ini mula dikenalpasti terutamanya warganegara yang tinggal berdekatan dengan Singapura seperti negeri Johor dan bebeberapa negeri di Indonesia.

Malah dengan kadar migrasi yang semakin meningkat sama ada dari dalam mahupun luar negara pasti ianya turut meningkatkan potensi untuk virus ini untuk merebak dengan lebih pantas.

Namun, menurut kajian, orang yang terkena virus cacar monyet hanya akan mengambil masa 2-3 minggu untuk pulih sepenuhnya. Malah, terdapat vaksin yang boleh diambil oleh mana-mana individu bagi mengelak terkena jangkitan virus tersebut.

 

Elakkan Melawati ‘Hotspot’ Virus

Oleh kerana virus ini masih baru dan hangat diperkatakan, adalah lebih baik jika anda cuba elak daripada melawat atau melancong ke kawasan-kawasan yang mempunyai risko tinggi untuk virus tersebut merebak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, wajarkah kemasukan pelancong dari Singapuran dihentikan untuk seketika?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN