Sumber: Malaysiakini

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan (KPM) dihimpit kontroversi apabila dilihat turut terlibat di dalam sebuah majlis tarian yang memaparkan beberapa peserta dewasa memakai pakaian mencolok mata di sebuah hotel di Ipoh, Perak, pada Sabtu lalu. 

 

Isu tersebut timbul selepas beberapa gambar peserta dewasa ini berdiri di depan satu kain rentang berlogo KPM sekaligus menyebabkan netizen di media sosial mengecam tindakan pihak kementerian yang didakwa menjalin kerjasama dalam menganjurkan majlis yang dianggap tidak ‘bermoral’ itu.

 

KPM Tampil Beri Penjelasan

Sumber: Sinar Harian

Atas insiden yang berlaku itu, KPM tampil memberi penjelasan bahawa pertandingan tarian yang menampilkan peserta berpakaian mencolok mata itu bukan program anjuran bersama kementerian, tetapi dianjurkan oleh Muda. 

Katanya, pihak KPM hanya membenarkan penyertaan dalam kalangan murid sekolah dengan menggariskan tatacara pemakaian yang perlu dipatuhi oleh murid yang menyertai pertandingan terbabit.

Bagi isu penggunaan logo pada kain rentang dan tirai latar (backdrop) itu pula sama sekali tidak mendapat keizinan daripada pihak kementerian. 

 

Penganjur Tarian Mohon Maaf

Penganjur pertandingan, JJ & Alice Danceworld dalam satu kenyataan semalam membuat permohonan maaf selepas gagal mematuhi kod pakaian dalam dua majlis iaitu Perak MUDA Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019.

Pihaknya mengakui bahawa Kementerian Pendidikan dan Muda telah menyatakan kod pakaian yang harus dipatuhi, namun mereka terlepas pandang dan tidak memaklumkan perkara itu kepada peserta pertandingan. 

Malah, mereka juga akur insiden yang berlaku itu disebabkan kesilapan daripada pihaknya.

 

KPM Enggan Lagi Terlibat

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mengesahkan kementerian ada menerima permohonan maaf daripada pihak penganjur.

Teo dalam kenyataannya turut mengakui acara berkenaan merupakan program anjuran bersama kementerian tersebut.

Namun kecewa apabila pihak penganjur gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan KPM. Atas sebab itu, KPM tidak mahu lagi terlibat dalam apa jua program yang dianjurkan oleh Muda pada masa akan datang.

 

KPM Perlu Ambil Tindakan Tegas, Maaf Sahaja Tidak Mencukupi

Dalam isu ini, ramai nampaknya tidak berpuas hati dengan keputusan KPM yang dikatakan ‘berlembut’ terhadap pihak penganjur. 

Walaupun permohonan maaf telah dibuat namun apa yang dilakukan pihak penganjur itu sama sekali tidak boleh diterima kerana mereka seakan-akan sengaja mahu mencetuskan huru-hara dengan mencemarkan nama kementerian.

Sumber: Utusan Online

Sudahlah menyalah gunakan logo KPM kemudian langgar pula syarat umur dan kod pakaian yang telah ditetapkan kementerian.

Dalam hal ini, permohonan maaf sahaja sama sekali tidak mencukupi yang mana kementerian sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur supaya kes seperti ini tidak berulang lagi di masa akan datang.

Kepada pihak penganjur, sekiranya hendak menganjur sesuatu acara itu, anda perlu cakna terhadap garis panduan yang diberi dan ikut peraturannya. Jangan sampai terlalu beria nak tonjolkan bakat sampai lupa batasan! 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN