Ahad lepas, pelakon dan usahawan muda Ardell Aryana selamat diijabkabul dengan kawan baiknya yang juga pelakon dikenali sebagai Nadzmi Adhwa.

Bagi mereka yang sudah lama mengikuti kedua-dua artis ini, pasti ramai yang tahu mereka sudah 8 tahun berkawan dan tidak pernah secara terbuka membuat sebarang kenyataan bahawa mereka bercinta.

Namun, sepanjang perkenalan tersebut ramai peminat yang sering mendoakan jodoh mereka kerana jelas keserasian yang mereka milik menampakkan mereka seperti pasangan yang sangat secocok.

Tambahan pula sejak Ardell disahkan mempunyai penyakit kanser, Nadzmi Adhwa dilihat sering berada di samping Ardell dan sentiasa menyokong apa yang Ardell lakukan lebih-lebih lagi dalam urusan perniagaannya.

Siapa sangka, si jejaka yang sering ditolak cintanya akhirnya berjaya menawan hati si gadis dan akhirnya mereka mendirikan rumah tangga di kediaman Ardell di Seri Kembangan.

Namun, sebagai artis pasti ada sahaja isu yang akan ditimbulkan oleh orang ramai dan untuk pasangan ini, adegan sarung cincin yang dikatakan seperti berlakon dipertikai perminat kerana bukannya mereka tidak pernah berjumpa dan tidak mengenali satu sama lain.

Malah keakraban mereka sejak dari dulu lagi memang tidak dapat dinafikan. Persahabatan yang dibina sejak dari mereka mula berlakon mungkin menjadi faktor mengapa mereka nampak begitu serasi bersama.

Namun itu juga membuatkan orang ramai tertanya-tanya bukankah mereka sudah lama kenal, tak kan masih malu-malu lagi sampai mengigil tangan nak sarungkan cincin.

Malah ada juga yang mendakwa aksi menggigil smbil disarungkan cincin seperti sudah menjadi trend sejak penularan video pengantin wanita yang berniqab yang pernah tular satu masa dulu.

 Ardell Hiday Anxiety dan Penyakit Murung Teruk

Selepas pelbagai kecaman yang diterima mereka, Nadzmi tampil mempertahankan isterinya di media sosial Instagram. 

Nadzmi mendakwa isterinya menggeletar teruk ketika sesi menyarung cincin selepas diijabkabul itu adalah kerana isterinya itu menghidap penyakit ‘anxiety’ dan ‘depression’ yang agak teruk. Malah katanya isterinya itu masih dalam tempoh pemulihan. 

Menurutnya, perkara itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya sebelum ini apabila berhadapan dengan ramai orang, isterinya itu akan terkejut sehingga menyebabkan dia ‘panic attack’. Perkara itu katanya akan membuatkan Ardell pitam dan sesak nafas. 

Jelasnya lagi, semasa majlis akad nikah perasaan janggal memang menebal dalam diri mereka kerana perasaan berkawan dan bergelar suami isteri itu jauh bezanya. 

Beliau juga mengharapkan supaya netizen tidak sesuka hati membuat spekulasi dan tidak menghina isterinya lagi.

Kanser Punca Nadzmi Adhwa Di ‘Friendzone’

Namun yang pastinya sebagai pengantin baru, pasti dia teruja dengan ikatan yang baru dijalin tersebut lebih-lebih lagi dengan seorang lelaki yang dulunya hanya dianggap sebagai rakan namun kini sudah bertukar peranan.

Ada juga yang mendakwa Ardell sering menolak ‘hint’ cinta yang diberi Nadzmi kerana kanser yang dihidapinya.

Mungkin dia takut untuk bercinta kerana tidak tahu mampukah dia sembuh dari penyakit maut tersebut.

Dan siapa sangka, walaupun mempunyai kanser Nadzmi Adhwa tetap setia berada di sisi Ardell dan perlahan-lahan cuba memikat hatinya tanpa putus asa.

Bukan senang ye nak cari pasangan yang macam ni? Yang dah berkahwin pun belum tentu setia bersama isteri bila dapat tahu si isteri ada penyakit kronik.

Yang pastinya, Ardell sangat bertuah diberkati dengan pasangan yang baik dan setia penyokong dirinya.

 

Pemikiran Jijik Rakyat Malaysia

Pelik betul dengan sikap rakyat Malaysia yang sangat terbuka untuk berbicara cerita dalam kain di khalayak umum.

Orang sibuk membawang isu tangan gigil, mereka ni pula sibuk cerita hal atas katil.

Dah hilang adab dan rasa malu ke? Malah ada juga yang mempertikaikan kononnya sebelum ini elok je pasangannya ini keluar berdua dan menyanyi berdua tapi bila dah kahwin pula yang acah-acah malu macam ni.

Masalahnya walaupun mereka selalu keluar berdua, mereka buat maksiat ke?

Susah betul jadi artis ni ye, siapa yang tak tahan kecaman tu mohon hentikanlah impian nak jadi pelakon ke penyanyi ke.

Dari rambut ke kaki cerita pasal anda akan dijadikan modal untuk orang jaja satu Malaysia.

 

‘Perigi Cari Timba’

Yang ‘sweetnya’, Ardell turut berkongsi bahawa dia yang merisik suaminya bermodalkan senaskah al-quran untuk dibaca dan difahami maksudnya.

Sebelum ini memang sudah banyak kali Nadzmi Adhwa menyatakan hasrat hatinya untuk meminang Ardell namun semuanya ditolak kerana merasakan dirinya masih belum bersedia.

Namun akhirnya, terbuka juga hati si Ardell menerima lelaki yang betul-betul inginkannya.

Apa-apa kecaman yang diterima pun, diharapkan pasangan ini berbahagia selalu dalam melayari bahtera perkahwinan yang baru dibina.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Anda rasa Ardell berlakon atau betul-betul diserang 'Anxiety' pada masa itu?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN