Penetapan gaji minimum pada kadar RM1,500 sebulan sedang dilaksanakan kerajaan Pakatan harapan (PH) dalam tempoh 5 tahun parti itu memerintah.
Dan isu ini terus diperkatakan sehingga sekarang kerana ada dalam kalangan rakyat tidak bersetuju kerajaan menaikkan RM50 setahun.
Pada Januari tahun ini, kerajaan menetapkan gaji minimum RM1050 kepada pekerja-pekerja di negara ini.
Namun, adakah kadar itu mencukupi sedangkan rakyat berdepan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari?
Gaji RM1500 Tak Cukup
Bagaimanapun, mengulas isu itu, Presidenn PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kadar gaji begitu tidak mencukupi bagi rakyat yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor.
Katanya, taraf gaji yang diterima rakyat mendatar sedangkan produktiviti meningkat setiap tahun.
Dan beliau mengakui kerajaan PH hari ini bertungkus lumus untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi ketika ini.
Bayangkan sekarang rakyat mendapat gaji minima RM1050 dan tinggal di bandar yang pesat, mampukah mereka untuk menampung kehidupan harian termasuk perbelanjaan keperluas asas?
PH Tak Mampu Tunai
Bagaimanapun, kenyataan Anwar itu tidak mendapat sokongan daripada rakyat dan mereka menyatakan kerajaan PH tidak akan mampu untuk melaksanakan gaji minima RM1500 kepada rakyat.
Manifesto sebelum pilihanraya hanyalah sandiwara untuk mendapatkan undi rakyat semata-mata. Alasan yang digunakan kerajaan adalah ekonomi teruk kerana kesalahan kerajaan terdahulu.
Kenyataan demi kenyataan tidak akan membuatkan taraf hidup rakyat semakin baik malah kehidupan mereka setiap tahun semakin merosot dan teruk.
Sampai 2023 Pun Gaji Tak Naik
Walaupun kerajaan PH komited untuk melaksanakan gaji maksima RM1500, rata-rata rakyat yang menderita dengan keadaan sara hidup menyatakan tahap gaji itu tidak akan pernah cukup untuk berdepan dengan ekonomi yang mendatang.
Kerajaan kata peningkatan sebanyak RM50 bagi Semenanjung dan RM130 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan adalah munasabah dan tidak membebankan 90% majikan yang terdiri daripada sektor IKS.
Itu berdasarkan kiraan kerajaan tetapi bagaimana pula dengan kuasa beli rakyat hari ini? Kadang-kadang peniaga dan juga majikan terduduk kerana kuasa beli rakyat menurun.
KATA ORANG





Hahahaha dulu aku ingat lagi dorang pernah bentang kat parlimen utk naikkan gaji ahli masa kerajaan lama pegang lepas tu Anwar cakap dia setuju kalau tak beban kan rakyat. Semua sama je anjir hahaha
— Harriffe Jusöffe (@MrRiffy) March 28, 2019
Masa GE14, BN dah ready nak naik basic gaji kepada rm1500 hingga rm2000 mengikut gred tapi bile PH amik alih, dgn bangganya diorang mempersembahkan basic gaji rm1050
— Hatsuharu Haruo (@HatsuharuHaruo) October 6, 2019
Orang Malaysia gaji minimal RM1050
— Lim Si Ching 林时政 (@LimSiChing) August 28, 2019
Anak Menteri menunjuk dlm media sosial makan steak wagyu RM1400 dkt United Kingdom 🇬🇧. pic.twitter.com/d5xgMeHFRN
GAJI MINIMA RM1050.😤
— HaakimTumiran (@haakimisme) October 17, 2018
average spending RM30/day
while
Nowadays Skyrocketted COST OF LIVING??
ARE YOU KIDDING???