Minggu lalu, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai sebuah masjid Seven Kings, London yang kini sedang dikawal ketat anggota polis selepas seorang lelaki menceroboh masuk dengan membawa senjata api ke dalam masjid berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Lebih membimbangkan, lelaki tersebut dipercayai membawa masuk pistol ketika umat Islam sedang menunaikan solat tarawih sebelum melepaskan satu tembakan ketika keluar dari masjid dan melarikan diri.

Menurut polis, hasil pemeriksaan forensik terhadap kelongsong itu mendapati pistol yang digunakan suspek hanya mampu menembak peluru kosong dan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan dalam kejadian itu.

 

 

Umat Islam Sudah Trauma

Masih ingatkah kita dengan insiden tembakan rambang di Christchurch baru-baru ini? Apabila diingat semula, tragedi yang berlaku itu sama sekali memberi trauma kepada kita.

Insiden yang telah mengorbankan 50 individu serta mencederakan puluhan yang lain, termasuk tiga rakyat Malaysia sama sekali disifatkan sebagai satu tragedi hitam buat seluruh masyarakat Islam di dunia.

Selepas insiden itu, semakin menjadi-jadi pula insiden yang sama dan sekali lagi mensasarkan umat Islam di masjid sebagai sasaran utama.

Apa sebenarnya motif mereka berbuat demiikian? Adakah disebabkan sentiment benci terhadap sesuatu agama itu mendorong mereka melakukan keganasan kepada umat Islam yang tidak berdosa?

 

Sentimen Islamofobia Dan Xenofobia Penyebab Utama Keganasan

Secara umumnya Islamofobia merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan terhadap Islam sama ada penganut, ajaran, budaya atau apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.

Umat Islam ini dilihat sebagai ancaman bagi masyarakat Barat dek kerana budaya dan ajaran Islam yang dianggap tidak sesuai dengan cara hidup masyarakat di sana.

Media Barat juga antara yang seringkali dilihat memberikan liputan sterotaip mengenai keburukan mengenai Islam menghalalkan keganasan yang dianggap “syahid”, agama Islam itu sendiri mendiskrimasi wanita dan sebagainya sehingga menimbulkan persepsi buruk pada umat Islam.

Jadi, apabila umat Islam bertapak di negara mereka, masyarakat Barat ini mungkin merasakan kehidupan mereka sedikit terancam apabila hidup bersama-sama dengan masyarakat Islam di dalam negara mereka.

 

Media Perlu Perbetul Kekeliruan

Walaupun tidak semua masyarakat Barat faham bahawa Islam itu sebenarnya mementingkan kedamaian dan kasih sayang namun sebarang kekeliruan yang terpalit kepada masyarakat Islam itu harus diperbetulkan.

Media perlu tekankan kepada masyarakat Barat yang mana sekiranya ada keganasan berlaku melibatkan umat Islam terhadap individu yang tidak bersalah, perbuatan itu sama sekali tidak mewakili Islam yang mana tindakan itu sama sekali bercanggah dengan prinsip Islam.

Masyarakat Barat janganlah menilai dan mengenali Islam itu daripada tingkah laku sebahagian penganutnya yang radikal dan juga laporan media tetapi kenalilah masyarakat Islam dari sumber dan rujukan yang sahih.

 

Umat Islam Perlu Tunjuk Akhlak Dan Sikap Yang Baik

Sumber: The Spinoff

Pada masa sama, umat Islam juga perlulah menampilkan sikap dan akhlak Islam sebenar supaya menjadi cerminan yang baik terhadap penganut bukan Islam.

Sebagai kesimpulan, individu yang sengaja mahu memporak dan mengancam nyawa umat Islam yang tidak bersalah ini perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan diberi hukuman setimpal!

Jangan beri muka kepada pengganas dan penjenayah ini kerana sekiranya tidak dikenakan hukuman, selepas ini mungkin insiden seperti ini akan berulang lagi disebabkan lemahnya penguatkuasaan undang-undang itu.

Apa-apa pun, sama-samalah kita doakan semoga saudara-mara Islam kita di sana, dilindungi oleh Allah SWT.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah suspek yang melakukan serangan dan melepaskan tembakan di kawasan rumah ibadah ini dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhi dengan hukuman berat?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN