Sumber: Harian Metro

Menjelang beberapa minggu sebelum Aidilfitri, sudah pasti ramai yang teringatkan kampung halaman, dengan suasana kampung dipenuhi warga kota, ditambah dengan suasana anak-anak kecil bergembira, pastinya membuatkan setiap orang merinduinya.

Namun begitu, disebalik suasana riang menyambut hari raya, adakah semua orang mampu pulang ke kampung halaman dengan selamat? Persoalan ini timbul memandangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut menjelang Aidilfitri berada pada kadar yang tinggi pada setiap tahun.

Kadar Kemalangan Tinggi

Menerusi Berita Harian, analisis terhadap Op Selamat yang dilakukan oleh polis mendapati kadar kemalangan masih lagi berada pada kadar yang tinggi. Direkodkan kadar kemalangan pada tahun 2018 adalah sebanyak 22,402 kes, manakala kadar kemalangan maut dicatatkan sebanyak 248 kes.

Meskipun jumlah kemalangan menurun sedikit berbanding pada tahun 2017, namun kadar kemalangan tersebut masih lagi membimbangkan. Pada tahun 2017, rekod kemalangan dicatatkan sebanyak 22,411 kes, manakala bagi kemalangan maut adalah dicatatkan sebanyak 257 kes.

Persoalannya adakah kegagalan penguatkuasaan di musim perayaan atau sikap pengguna jalan raya sendiri yang menyebabkan masalah ini berlaku?

Apakah Puncanya?

Sumber: Berita Harian

Apa yang dapat diperhatikan, sikap pemandu merupakan faktor utama berlakunya kemalangan. Misalnya dalam tragedi kemalangan pada hari raya pertama pada tahun lalu.

Pemandu Proton Iswara maut selepas bertembung dengan sebuah Perodua Myvi yang hilang kawalan dari arah bertentangan. Kemalangan berlaku di Jalan Lundang Paku-Kemubu, Kampung Beta Hilir, Kelantan.

Kemalangan sama turut berlaku di pagi hari raya. Seorang lelaki berusia 52 tahun maut kemalangan setelah kereta Proton Iswara yang dinaiki mangsa bertembung dengan Toyota Vios di Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Sumber: Astro Awani

Satu lagi kemalangan maut turut dirakamkan di Bachok pada hari yang sama. Kemalangan yang seakan serupa iaitu melibatkan pertembungan antara dua buah kereta telah menyebabkan seorang pemuda berusia 20-an terkorban.

Sumber: Berita Harian

Motosikal Penyumbang Tertinggi

Walau bagaimanapun, menurut Ketua Polis Negara yang lalu, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, penunggang motosikal masih menjadi penyumbang utama kes kematian di musim perayaan dengan mencatatkan 148 kes.

Berdasarkan Op Selamat 13, beberapa faktor lain turut menyumbang ke arah kemalangan maut. Antaranya ialah melawan aliran trafik, membuat pusingan U, cuai ketika keluar atau masuk ke simpang dan mengekori kenderaan lain secara rapat.

Adakah ini pengakhiran yang kita inginkan. Disebalik kegembiraan yang sedang diraikan bersama ahli keluarga secara tiba-tiba ia bertukar tragedi. Lebih menyayat hati, sekiranya kemalangan yang berlaku disebabkan orang lain bukan disebabkan kesalahan sendiri. Sudah pasti sukar bagi keluarga mangsa untuk menerima keadaan yang berlaku.

Sumber: Faradidi

Ubah Sikap Pemanduan

Apa pun, segala sikap tidak baik di jalan raya perlu diubah. Untuk menjadi pemandu berhemah di jalan raya, maka perkara utama yang perlu dilakukan ialah ketepikan dahulu gangguan yang menghalang konsentrasi pemanduan iaitu telefon bimbit.

Elakkan menggunakan telefon bimbit semasa pemanduan sama ada untuk menelefon atau membalas whatsapp.

Seterusnya, fokuskan pandangan di hadapan. Elakkan mengekori kenderaan lain secara rapat, dan awasi kehadiran kenderaan kecil seperti motosikal dan basikal. Perkara akhir yang paling penting ialah memberikan lampu isyarat ketika hendak memotong, menukar lorong, atau memasuki simpang.

Sumber: Ringgit Plus

Ambillah iktibar di sebalik kejadian-kejadian yang berlaku. Jangan kita cemarkan kemuliaan musim perayaan ini dengan tragedi-tragedi yang menyayat hati. Ingatlah orang tersayang yang sedang menanti. Perbaiki sikap dengan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah tinggi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa ramai pihak masih lagi tidak mematuhi peraturan jalan raya?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN