Sumber: Astro Awani

Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum telah bersara pada 12 April lalu selepas berkhidmat sepanjang 27 tahun dalam institusi kehakiman. Beliau mencapai umur persaraan wajib pada usia 66 tahun pada Oktober lalu, namun khidmatnya dilanjutkan selama enam bulan dan berakhir pada April tahun ini.

Berdasarkan peruntukan, kerajaan perlu mengemukakan cadangan nama calon Ketua Hakim Negara kepada Persidangan Majlis Raja-Raja Raja dan Yang di-Pertuan Agung (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber: The Sun Daily

PM Hantar Senarai Nama

Justeru itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed telah menyenaraikan tiga nama bagi mendapatkan kelulusan.

Berdasarkan laporan Malaysiakini, sumber yang rapat dengan Perdana Menteri mendakwa calon yang akan mengisi kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara adalah seorang muslim. Ini berdasarkan senarai nama yang dihantar kesemuanya beragama Islam.

Sumber: Malaysiakini

Tiga Nama Yang Tersenarai

Antara nama yang disebut-sebut ialah, Hakim Mahkamah Persekutuan. Tengku Maimun Tuan Mat, Hakim Mahkamah Persekutuan, Azhar Mohamed, dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Idus Harun. Sekiranya Tengku Maimun diangkat menjadi Ketua Hakim Negara, beliau bakal mencipta rekod menjadi Ketua Hakim wanita pertama negara.

Pemilihan calon-calon Muslim sebagai Ketua Hakim Negara merupakan suatu langkah yang wajar dalam meredakan kemarahan dan kebimbangan masyarakat Melayu yang semakin memuncak hari ini.

Isu Ketua Hakim Dan Peguam Negara Dari Kalangan Bukan Islam

Ini kerana, perlantikan Richard Malanjum sebelum ini dan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dilihat sebagai suatu yang aneh memandangkan kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh orang Muslim sejak selepas beberapa tahun pembentukan Malaysia.

Malah, ada dalam kalangan masyarakat Melayu berasa khuatir sekiranya kes-kes melibatkan konflik antara orang Islam dan bukan Islam tidak diadili secara adil. Begitu juga kerisauan campur tangan dalam hal ehwal Mahkamah Syariah.

Kebimbangan Masyarakat Melayu-Islam

Ia berdasarkan kajian Melayu-islam yang dilakukan oleh Ilham Centre bersama Penang Institue pada Oktober hingga Disember tahun lalu. Dalam kajian tersebut, sebanyak 60 peratus responden percaya bahawa orang bukan Muslim sedang menguasai kerajaan hari ini dan DAP yang membuat keputusan di Putrajaya.

Malah, kebimbangan orang Melayu dimanifestasikan dalam kemenangan pembangkang dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini. Terbaru, kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Rantau dengan majoriti yang agak besar iaitu sebanyak 4,000 orang menjelaskan bahawa orang Melayu sedang menolak pentadbiran hari ini.

Sama ada kerajaan mampu meredakan kebimbangan masyarakat Melayu ataupun tidak, bergantung kepada kebijaksanaan kerajaan menguruskan situasi. Apa yang pasti, dalam era Malaysia Baru, segala perubahan tidak boleh dilakukan secara mendadak kerana akan memberi implikasi negatif pada pandangan masyarakat.  

Sumber: Malay Mail

Sedang Menunggu Pengesahan YDPA

Berdasarkan laporan Malaysiakini, senarai nama Ketua Hakim Negara masih belum mendapat perkenan dari YDPA sehingga ke hari ini.

Apa pun, segala keputusan yang diperkenan oleh YDPA perlu dihormati oleh semua pihak supaya sistem Badan Kehakiman negara terus mendapat kepercayaan semua pihak terutama rakyat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju calon terbaru Ketua Hakim Negara?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN