Sumber: BFM News

Pengumuman kerajaan untuk meneruskan projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambut baik oleh rakyat Malaysia. Sungguhpun pada peringkat awal kerajaan ingin membatalkan projek ini, namun berdasarkan rundingan baru yang dilihat memberi kelebihan kepada Malaysia, maka kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek ini.

Pelantikan Tun Daim sebagai utusan khas Perdana Menteri bagi mengetuai proses rundingan dengan Kerajaan China dilihat berkesan sehingga memperolehi solusi ‘menang-menang.’

Sumber: Bernama

Mengurangkan Kos Sebanyak RM21.5 Bilion

Ia memandangkan kos projek yang bernilai RM98 juta bagi setiap kilometer berjaya dikurangkan kepada RM68 juta per kilometer. Ini bermakna kos keseluruhan projek iaitu RM65.5 bilion berjaya dikurangkan kepada RM44 bilion iaitu penjimatan sebanyak RM21.5 bilion.

Dalam masa yang sama, kepanjangan landasan telah dikurangkan sebanyak 40 KM dengan tidak melalui Gombak seperti di peringkat awal projek. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa laluan ECRL tidak melalui Gombak, sedangkan Gombak merupakan pintu gerbang utama ke Pantai Timur.

Ubah Laluan Untuk Kempen PRK?

Keputusan kerajaan memuktamadkan laluan terbaru ECRL dengan memasuki Negeri Sembilan dikatakan sebagai gula-gula kempen pilihan raya untuk menarik undi, Benarkah? Ia memandangkan keputusan tersebut dimaklumkan beberapa hari sebelum hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.

Hakikatnya, pengumuman tersebut tidak ada kaitan dengan PRK memandangkan tempoh hasil rundingan yang dicapai antara Malaysia dan China mengenai projek ini kebetulan berlaku pada bulan April. Maka, kembali kepada persoalan asal yang menjadi pertanyaan ramai  pihak. Kenapa tidak melalui Gombak?

Sumber: Paultan

Pakar Kata Tidak Masuk Akal

Menurut seorang pakar pengangkutan, Goh Bok Yen, keputusan kerajaan mengubah jajaran laluan ECRL ke Negeri Sembilan dilihat sebagai tidak masuk akal. Malah laluan asal merupakan pilihan terbaik memandangkan projek tersebut berperanan sebagai jambatan darat bagi pengangkutan kargo antara Pelabuhan Kuantan di Pahang dan Pelabuhan Klang di Selangor.

Beliau turut menambah, jajaran asal ECRL tidak perlu diubah, tetapi apa yang munasabah ialah membina satu rel tambahan laluan ke Negeri Sembilan dengan menghubungkan terminal kargo di Serendah ke Pelabuhan Klang, Senawang dan Port Dickson.

Walau bagaiamanapun, kerajaan mempunyai pandangan tersendiri. Berdasarkan laporan Malaysiakini, antara sebab jajaran diubah dari Mentakab ke Kuala Klawang, Negeri Sembilan ialah atas alasan perhubungan dan pertimbangan terhadap alam sekitar.

Sumber: Heritage.Gov

Gazet Kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO

Ia memandangkan bantahan kerajaan negeri Selangor sejak peringkat awal lagi terhadap laluan projek di Gombak berikutan usaha kerajaan negeri pada ketika itu untuk mewartakan kawasan tersebut sebagai status Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi Klang Gates Quartz Ridge sepanjang 16 KM.

Kampung Tradisi Melayu Bakal Terjejas

Sekiranya diteruskan, sudah tentu projek ini akan merosakkan kawasan penting, seterusnya menggagalkan usaha kerajaan mendapatkan status Tapak Warisan Dunia. Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama masyarakat tempatan membantah projek tersebut kerana bakal memusnahkan kampung-kampung tradisi Melayu.

Antara kampung tradisi Melayu yang akan terjejas ialah Kampung Sungai Cincin, Kampung Sungai Pusu, Kampung Gombak Utara dan Kampung Orang Asli Batu 12.

Dalam sidang media yang diadakan pada Isnin lalu, Mahathir turut menambah faktor perhubungan menyebabkan jajaran tersebut terpaksa diubah dengan tidak memasukkan laluan Bentong ke Gombak. Bagi beliau, jajaran baru akan menghubungkan ECRL dengan Laluan Ekspres KLIA (ERL) serta laluan MRT2 di Putrajaya pada masa hadapan.

Sumber: Bernama

Kos Tanah Murah di Kuala Klawang

Dalam masa yang sama, kos pengambilan tanah di Gombak terlalu mahal jika dibandingkan dengan laluan Kuala Klawang. Ini kerana jajaran Bentong ke Gombak memerlukan kira-kira 50 KM kerja-kerja pengorekkan terowong dengan melalui banjaran Titiwangsa. Ia berbeza dengan laluan jajaran Kuala Kelawang yang hanya memerlukan 7 KM tunneling terowong yang  ternyata menjimatkan kos.

Maka, jelas, perubahan jajaran yang dilakukan berdasarkan penilaian yang lebih pragmatik. Dengan perubahan laluan terbaru dijangka akan memberi limpahan ekonomi kepada lima negeri dan satu wilayah persekutuan berbanding empat negeri pada peringkat awal.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan kerajaan mengubah jajaran ECRL tindakan yang tepat?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN