Anda rasa jalan raya di kawasan rumah bermasalah, berlubang, jalan beralun, tidak selamat? Mungkin anda boleh gunakan pendekatan yang dilakukan di negara India. Tular baru-baru ini seorang artis jalanan India menyindir keadaan jalan raya yang tidak diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sumber: Utusan

Menurut laporan Utusan Malaysia, kejadian berlaku di Bengaluru. Seorang artis jalanan bernama Nanjundaswam telah merakamkan video menunjukkan aksi seorang angkasawan berjalan kaki di jalan raya Bengaluru yang kelihatan teruk, berlubang-lubang seolah-olah seperti permukaan bulan.

Nanjundaswam menggunakan khidmat pelakon Poornachandra Mysore untuk memakai sut angkasa berwarna perak yang dijahit oleh seorang pereka pakaian tempatan. Mesej yang disampaikan oleh beliau sangat jelas, iaitu mahukan PBT mengambil langkah proaktif dengan memperbaiki keadaan jalan raya yang sangat teruk sesegera mungkin.

Video ‘Hello BBMP Commissioner’ berdurasi 1.03 minit dirakamkan pada pukul 10 malam waktu tempatan di sebuah jalan popular di bandar itu. Video tersebut telah dikongsi oleh 11,700 pemilik akaun Facebook dengan 6,500 tanda suka serta ditonton lebih 17,000 kali di Twitter.

Video Tular Hanya Dirakam Menggunakan Telefon Bimbit

Menariknya, video yang tular ini hanya dirakam menggunakan kamera telefon pintar tanpa sebarang pencahayaan tambahan, namun begitu kualiti yang ditunjukkan menampakkan seakan-akan berada di permukaan bulan yang sebenar.

Bagi Nanjundaswam, tindakan seperti ini merupakan solusi terbaik bagi memberi kesedaran kepada pihak PBT untuk bertindak dengan pantas.

Buktinya, pada empat tahun yang lalu, beliau memasukkan ‘buaya’ berukuran 3.7 meter panjang ke dalam sebuah lubang jalan di utara Banglore bagi memaparkan kondisi jalan raya yang sangat teruk. Hal ini menyebabkan PBT setempat bertindak dengan segera.

Sindiran Jalan Raya Memang Langkah Efektif

Sememangnya gimik sindiran jalan raya merupakan langkah efektif bagi memberi kesedaran kepada PBT untuk mengambil tindakan dengan segera. Perkara yang sama turut berlaku di negara kita. Aktivis jalan raya seperti Broterhood Malaysia telah membuktikan pembongkaran yang mereka lakukan sedikit sebanyak telah membantu pengguna jalan raya mendapatkan akses jalan raya dengan lebih baik.

Sumber: Mr J

Ini kerana aduan yang dilakukan sebelumk ini tidak diambil tindakan dengan segera berbanding kaedah tular di media sosial. Aktivis jalan raya yang diketuai oleh pelakon Lando Zawawi telah memainkan peranan yang sangat penting dalam hal-hal kebajikan pengguna jalan raya di Malaysia.

Gerakan mereka bukan sekadar kritikan tetapi cabaran kepada pihak yang bertanggunjawab bagi mengatasi masalah jalan yang berbahaya dan berlubang. Antara pendekatan yang mereka lakukan ialah membuat tanda bagi laluan berlubang dan berbahaya. Malah, mereka turut mengeluarkan dana sendiri dengan mencari langkah alternatif menampal jalan raya yang berlubang.

Sumber: Datuk Jahat Hensem

Yang jelas, faktor karenah birokrasi menjadi punca utama sesuatu isu tidak dapat ditangani dengan kadar segera.

Kaedah tular merupakan solusi terbaik bagi memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu untuk menjalankan tugas dengan kadar segera.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda akan melakukan hal yang sama?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN