Rumah ibadat merupakan tempat suci yang digunakan setiap penganut agama di dunia untuk menyembah tuhan yang mereka percaya.

Dan sudah menjadi kebiasaan dan ikutan kesucian dan keagungan sesebuah rumah ibadat itu dijaga rapi sebagai tanda cinta kepada Tuhan yang disembah.

Bukan sahaja masjid, malah gereja dan tokong juga sentiasa dijaga baik oleh penganut masing-masing dan sebarang pencemaran dari aspek perbuatan mahupun kebersihan. Ia akan dipantau rapi agar tidak memburukkkan imej rumah ibadat mereka.

Namun malangnya, walaupun sudah berabad masyarakat dunia mengamalkan agama mengikut pendirian mereka namun masih ada yang memilih untuk bersikap biadap dan tidak sensitif dalam isu yang berkaitkan agama.

Terbaru, kejadian yang dipercayai berlaku di Jakarta, Indonesia menimbulkan rasa marah rata-rata masyarakat Muslim diatas tindakan seorang wanita yang mendakwa dirinya penganut Katolik yang bertindak membawa masuk anjing peliharaan ke dalam masjid.

Teguran ahli masjid supaya membawa anjingnya keluar tidak dihiraukan malah wanita tersebut dilihat mula meninggikan suara dan bersikap kasar.

Anjingnya yang jelas dilihat berkeliaran secara langsung mencemarkan kebersihan dan kesucian masjid yang dijaga rapi.

Malahan, wanita tersebut dilihat memasuki masjid dengan memakai kasut.

Cubaan orang ramai untuk memaksa wanita tersebut dilawan kasar oleh wanita terbabit.

Jika dilihat dari segi pemakaian dan percakapan, wanita tersebut tidaklah nampak seperti mempunyai masalah mental. Namun kenapa berkelakuan sedemikian?

 

Dijemput Untuk Melawat Tapi Bukan Mencemar

Bagi penganut agama lain yang belum sempat mengenali Islam dengan lebih mendalam, masyarakat Islam sangat mengalu-alukan kedatangan saudara dari agama lain untuk melawat dan bertanya apa-apa kemusykilan yang mungkin bermain di fikirkan mereka.

Malah jubah dan tudung ada disediakan hampir di setiap masjid-masjid besar yang sering menjadi tumpuan pelancong bagi memberi peluang kepada pelancong dan penganut agama lain merasai peluang berada di dalam masjid.

Malah, keunikan seni reka sesebuah masjid adalah salah satu punca ramai yang tertarik untuk menikmatai keindahan rekaan agung ini.

 

Anjing Wajib Disamak

Isu ini menimbulkan kemarahan orang Islam kerana anjing bukanlah binatang yang boleh diperlakukan seperti kucing dan ayam.

Di dalam Islam sendiri, anjing dikategorikan sebagai bintang yang haram untuk dipegang dan dimakan kecuali ada beberapa sebab yang memerlukan ia dipegang.

Malah jika kita tersentuh badan anjing dalam keadaan yang basah kita diwajibkan menyamak tempat yang terkena dengan rutin pembersihan khas.

Dalam hadis Fathul Baari ada tertulis satu larangan Saidina umar R.A dalam membiarkan anjing masuk kedalam masjid Nabi dan berkeliaran.

Malah, di dalam rutin kehidupan harian, binatang seperti anjing, babi dan beberapa binatang lain sudah sinonim status haramnya bagi umat Islam.

Takkan usia sudah lanjut pun masih belum peka dengan perkara-perkara tersebut?

 

Dah Lali Dengan Provokasi, Umat Islam Disaran Kawal Kemarahan

Gelombang Islamofobia, provokasi dan diskriminasi terhadap orang Islam merupakan isu yang melibatkan seantero dunia.

Ramai yang mengatakan orang-orang yang suka mengacau umat Islam adalah kerana mereka belum mengenali Islam dengan lebih dekat.

Namun, ada juga yang mengatakan kerana sudah mendalami Islam lah mereka berasa takut akan kuasa yang kita miliki dan terpaksa melakukan pelbagai helah bagi menghapuskan umat Islam di muka bumi ini.

Lihat sahaja penindasan umat Islam di Uighyur, Palestine, Sudan dan banyak kali negara-negara kecil yang tidak mampu bersuara.

Ditindas habis-habisan dengan niat ingat memadam semangat dan iman seorang muslim.

 

Orang Malaysia Tolong Jangan Buat Macam Ni!

Banyak pengajaran yang boleh diambil ekoran penularan video ini. Jika benar wanita tersebut tidak tahu bahawa anjing tidak wajar dibawa masuk ke masid, diharapkan selepas ini masyarakat bukan muslim akan lebih peka dan sensitif dengan isu-isu yang berkaitan dengan orang Islam.

Ramai juga warga Malaysia yang meluahkan harapan mereka agar perkara-perkara seperti ini tidak akan berlaku di Malaysia.

Tidak berbaloi nak lakukan provokasi dan mengugat keamanan negara yang telah lama dibina.

Semoga negara Malaysia kita sentiasa aman dan rakyat sentiasa mengamalkan sikap saling menghormati agama orang lain.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai kes ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN