Ada satu kes dilaporkan berlaku di Kampung Muhibbah, Sungai Siput, dimana seorang wanita warga emas berusia 72 tahun berang melihat anjingnya dihalau. Melihat tindakan itu, dia tiba-tiba naik hantu lalu marah orang yang halau anjingnya.

Sumber:OhBulan

Inilah masalah masyarakat negara kita, nak bela binatang tetapi tak pandai jaga. kalau anjing itu buang air siapa nak buang? Takkan jiran pula. Binatang peliharaan ini sepatutnya menjadi tanggungjawab tuannya. Jangan menyusahkan orang lain pula.

 

Serang Sampai Cedera

Tidak hanya berlaku pertelingkahan mulut, wanita berkenaan turut menyerang jirannya yang merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun dengan menggunakan penyodok longkang.

Untuk mempertahankan dirinya, lelaki itu mengalami kecederaan lebam lengan kanan dan sudah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sungai Siput.

 

Cermin Kereta Turut Dipecahkan

Sumber:Kosmo

Lebih malang lagi, lelaki itu juga terpaksa menanggung kerugian apabila tingkap bahagian penumpang hadapan kenderaan yang dinaikinya dipecahkan oleh wanita berkenaan.

Difahamkan lelaki berkenaan hanya datang ke rumah dia yang berhadapan dengan wanita berkenaan sekali-sekala saja kerana menetap di rumah lain di kawasan berhampiran.

Dia datang pada hari kejadian untuk memberi makan ikan yang dibelanya di rumah itu.

Wanita warga emas ini pentingkan diri sendiri, mentang-mentang jiran tiada di rumah selalu, biarkan anjing berkeliaran, apabila dihalau marah pula.

 

Jadi Kes Polis

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Rozeni Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 40 tahun itu pulang ke rumahnya di Kampung Muhibbah sebelum bertindak menghalau dua ekor anjing milik suspek yang berada di hadapan pagar rumahnya.

Katanya, suspek telah ditahan di rumahnya pada pukul 3 petang pada hari sama dan penyodok longkang tersebut juga dirampas.

Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Diharap wanita warga emas itu mengambil pengajaran dalam hal ini supaya tidak bersikap ganas lagi.

 

Jaga Adab Sesama Jiran

Rasanya hidup berjiran ini perlu lebih bertoleransi. Jiran kita ini umpama keluarga juga, susah senang mereka dululah yang mengambil tahu mengenai kita selain keluarga terdekat.

Sumber:Utusan Online

Kalau sakit, jiran juga diminta pertolongan. Perlu ada adab sesama jiran. Tak ada guna bergaduh kalau hidup dalam kelompok masyarakat.

Kita serumpun, dimana tidak kira bangsa, agama dan budaya, kita mesti tolong menolong, nasihat menasihati dan sebagainya.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah menyerang jiran kerana halau anjing depan rumahnya?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN