Lazimnya, orang kurang upaya(OKU) di Malaysia sering dilihat berjalan menggunakan tongkat atau rakan serta keluarga menjadi pemandu arah.

Sumber : Google

Sebaliknya jika dilihat diluar negara seperti Singapura, United Kingdom dan Australia orang buta berjalan menggunakan khidmat anjing sebagai pemandu arah .

 Ini kerana di negara mereka, telah menyediakan undang-undang dan dasar yang mesra penggunaan anjing pemandu arah oleh orang buta, khususnya di tempat awam bagi memastikan mereka dapat menikmati kehidupan berdikari.

Walaupun genap sedekad Malaysia meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Golongan Kurang Upaya (OKU) sejak 2010, tetapi pencapaiannya belum boleh dibanggakan.

Pelbagai usaha dilaksanakan untuk memperkasakan golongan OKU namun nampaknya masih lagi banyak yang perlu dilakukan dan dinaiktaraf.

 

Faktor OKU Gagal

Aspek kemudahan fizikal dan mobiliti OKU merupakan perkara asas yang penting untuk memastikan golongan ini terus berdaya saing dalam kehidupan yang berdikari tanpa meminta bantuan orang lain.

Sumber : UKM

Malah, sebarang halangan akses akan menjadi faktor penghalang untuk OKU menikmati hak dan peluang saksama, baik dari segi ekonomi, pendidikan, rawatan kesihatan, sosio budaya, sivil dan politik.

Bukan itu sahaja, antara lain faktor kegagalan golongan ini apabila timbul persepsi negatif dari diri mereka sendiri yang hanya menerima bantuan kebajikan semata-mata, tidak boleh berdikari tanpa bantuan orang.

 

Anjing Sebagai Pemandu Arah

Penggunaan haiwan peliharaan, anjing sebagai rakan penunjuk arah atau anjing pemandu bagi golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan di negara ini bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.

Walaubagaimanapun, isu penggunaan anjing pemandu arah oleh orang buta mendapat perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, apabila terdapat aduan mengenai seorang orang buta yang mendakwa terdapat halangan aksesibiliti menggunakan anjing pemandu arah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2016.

Sumber : Google

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pihak berkepentingan seperti Malaysia Airports Holding Berhad, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM) , anjing pemandu arah didapati mempunyai watak amat berbeza dengan anjing peliharaan biasa.

Dikatakan, anjing pemandu arah ini amat terlatih, sangat patuh kepada arahan pemiliknya, tidak berkeliaran dan duduk senyap.

Anjing ini juga dilatih ke tandas atas arahan, tidak membuang najis di tempat awam serta akan dipakaikan jaket khas semasa menjalankan tugas sebagai anjing pemandu arah.

Sumber : Star News

Semestinya latihan berskala tinggi perlu dilalui seekor anjing pemandu arah sebelum ditugaskan untuk berkhidmat kepada orang buta

 

Bela Anjing Megikut Islam

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah syariat dan hukum yang berkait dengan anjing dalam agama Islam.

Dalam Islam, sudah jelas hukum dan kedudukan anjing, iaitu haram untuk umatnya memelihara dan menyentuh anjing tanpa sebarang sebab munasabah.

Sumber: Berita Harian

Bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian, antaranya untuk tujuan berburu, menjaga haiwan ternakan dan tanaman, sebagai anjing pengesan dan keselamatan kepada pihak berkuasa serta untuk kegunaan orang buta yang menjadikan anjing sebagai pemandu arah.

 

Kaji Semula Akta OKU

Penolong setiausaha Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Siti Zaihan Zulkarnain turut mencadangkan agar kerajaan Malaysia mengkaji semula akta OKU agar lebih mesra kepada orang buta yang menggunakan khidmat anjing pemandu arah di Malaysia, dengan memastikan peraturan dipatuhi supaya tiada kemudaratan kepada pemilik, anjing pemandu arah dan juga orang di sekeliling.

Sumber : FMT

Katanya, sudah tiba masanya untuk orang ramai menunjukkan sikap belas ihsan sesama manusia, terhadap haiwan dan menghormati hak asasi OKU.

Jelasnya, selain dapat mendidik masyarakat lebih menghormati hak asasi OKU, ia turut membantu mengubah pandangan masyarakat yang anjing bukanlah haiwan menakutkan, tetapi haiwan yang sangat setia berkhidmat kepada orang buta agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih berdikari

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Di Malaysia, adakah sesuai golongan OKU cacat penglihatan ini menggunakan anjing sebagai pemandu arah?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN