Animasi Upin & Ipin sudah sinonim dengan kanak-kanak di negara ini dan sudah pasti ramai yang mengikuti sepanjang siri animasi tersebut tidak kira usia.

sumber: les copaque

Terbaru, siri animasi ini muncul dengan filem terbaru mereka iaitu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang telah bersiaran di pawagam seluruh negara sejak 21 Mac 2019 yang lalu.

 

Kejayaan Filem Animasi Upin & Ipin

 

Filem animasi yang menjadi kegemaran kanak-kanak ini telah berjaya meraih RM 5.3 Juta sepanjang 4 hari filem tersebut ditayangkan.

Filem animasi ini telah mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan bagi mendapatkan kualiti yang terbaik untuk tontonan peminat.

sumber: les copaque

Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini menceritakan mengenai pengembaraan Upin dan juga Ipin bersama rakan-rakannya ke sebuah kerajaan iaitu Inderaloka sejurus mereka menemui sebilah keris dalam bilik stor milik Tok Dalang.

 

 

Jalan cerita tersebut membawa penonton bersama-sama mengembara dengan adanya pelbagai watak cerita dongeng popular tempatan seperti Mat Jenin, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah, Raja Bersiong dan juga Pak Belalang.

sumber: twitter les copaque

Filem animasi ini bukan sahaja ditayangkan di Malaysia tetapi di Singapura serta Brunei dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia, Taiwan,China dan Jepun tidak lama lagi.

Kualiti Animasi Tempatan Terus Diperbaiki

Dahulu, siri animasi seperti Keluang Man, Usop Sontorian dan Anak-Anak Sidek pernah menjadi pilihan kanak-kanak sekitar tahun 90an dahulu.

sumber: iluminasi

Selepas itu, kita terus disajikan dengan siri animasi baharu seperti Upin Ipin, BoBoiBoy, Puteri dan Awang Khenit membuktikan Malaysia mempunyai ramai karyawan yang berbakat serta mempunyai idea yang baik.

Filem terbitan Les’ Copaque itu menelan belanja sebanyak RM20 Juta dan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan sepenuhnya kepakaran anak tempatan.

Berkenaan dengan filem animasi ini, ramai yang memberi komen di media sosial di mana ia setaraf dengan animasi luar negara seperti menonton filem animasi terbitan Disney serta sarat dengan nilai-nilai pengajaran.

Sudah Menjadi Mangsa Rakam Rompak

Ketika kita sedang menyaksikan kejayaan pihak penerbitan filem Upin Ipin dalam menarik perhatian masyarakat untuk menonton filem animasi ini di panggung wayang, satu perkara yang kurang enak didengar telah berlaku.

Perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang begitu taksub dengan merakam beberapa bahagian dalam filem tersebut yang baru sahaja 4 hari ditayangkan menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.

sumber: mstar

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) iaitu Ahmad Idham Nadzri menyatakan pihak Finas telah berjaya ‘menarik keluar’ rakaman itu daripada terus tular melalui sebuah pasukan khas yang dibentuk untuk mengekang aktiviti tidak bermoral ini.

Ahmad Idham juga menyeru jika pengguna sendiri ternampak aktiviti tersebut di dalam pawagam untuk tidak takut dan terus melaporkannya kepada pihak pengurusan pawagam untuk tindakan selanjutnya.

Cabaran Menghasilkan Filem Setanding Antarabangsa

Dalam setiap kejayaan pasti ada cabarannya, dan begitulah juga buat penerbitan filem animasi kanak-kanak ini.

Sepanjang 5 tahun pembikinan, Produser Les’ Copaque iaitu Burhanuddin Md Radzi berkata ia tidak akan berlaku sekiranya mereka tidak mencabar diri dan melakukan suatu kelainan.

Filem ini mempunyai cabaran untuk duduk sebaris dengan filem animasi antarabangsa yang lain terutamanya dari segi bahasa pengantar.

Untuk memenuhi citarasa penonton luar negara, filem animasi ini telah menjalani proses alih suara ke Bahasa Inggeris di Los Angeles dan mereka dalam perancangan untuk buat ke Bahasa Mandarin pula.

Namun ramai berpendapat untuk terus mengekalkan penggunaan bahasa Melayu untuk tontonan tetapi bagi Burhanuddin, tidak semua kanak-kanak akan menonton sambil membaca sari kata.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah animasi tempatan mampu menambat hati penonton dari luar negara?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN