Kes-kes pembunuhan kerana harta, dendam dan hutang sering berlaku di Malaysia dan banyak yang masih tidak dapat diselesaikan. Namun kes pembunuhan kerana ‘mulut’ rata-rata dapat diselesaikan dengan pantas kerana kebanyakan suspek akan tampil menyerah diri.

Seorang warga Thailand dilaporkan maut dikelar rakan senegaranya apabila suspek yang dikatakan berang kerana ditegur oleh mangsa tentang sikapnya ketika membuat kerja. Perbalahan yang bermula ketika berada di dapur memudahkan lagi si suspek untuk mengambil pisau dan kemudian bertindak mengelar leher rakannya tersebut kerana tidak dapat mengawal kemarahan.

Adik mangsa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian segera menghulurkan bantuan dengan mencuba untuk meleraikan salah faham tersebut.

Orang ramai bertindak mengejar dan menahan suspek dan cuba merampas pisau ditangannya supaya tidak memburukkan lagi keadaan. Lebih dari lima orang lelaki dewasa bersama-sama cuba mengikat suspek sementara menunggu ketibaan polis.

Walaupun sudah diikat, mangsa masih menunjukkan sikap agresif dan cuba untuk melawan orang ramai yang berada disitu.

Namun mangsa yang sudah dikelar dileher tersebut tidak dapat diselamatkan kerana berlaku pendarahan yang sangat banyak.

 

Kes-kes Pembunuhan Hanya Kerana ‘Mulut’

Sebelum ini juga pelbagai kes-kes pembunuhan yang berlaku hanya berpunca dari mulut. Tanpa kita sedar,  kata-kata yang diucapkan kepada seseorang boleh menguris hati dan membuatkan orang yang dikritik menyimpan dendam.

Masih ingat kes yang berlaku di Indonesia apabila seorang lelaki nekad menikam jirannya yang sedang hamil kerana sering mengajukan soalan ‘bila nak kahwin’ kepadanya sehingga suspek merasa marah dan rimas dengan soalan tersebut yang seperti memandang rendah terhadap dirinya.

Julai 2018, seorang kerani wanita berusia 57 tahun maut dicekik dan ditikam dengan pisau oleh rakan sekerjanya kerana dikatakan sering menyindir suspek mempunyai hubungan  dengan rakan sekerja mereka.

Walaupun sudah dinafikan berkali-kali namun mangsa masih tidak serik dan terus-menerus menyindir suspek.

Siapa yang tidak berang apabila dituduh benda yang bukan-bukan, yang pastinya akan menimbulkan fitnah terhadapnya dikemudian hari.

Tambahan pula suspek ini mempunyai  rekod kehadiran ke hospital kerana masalah tekanan.

Kes-kes begini cukup untuk dijadikan pengajaran bagi orang diluar sana supaya lebih berhati-hati apabila ingin mengucapkan sesuatu. Lagi-lagi jika kata-kata tersebut mempunyai unsur sensitif yang boleh memburukkan keadaan dan membuat orang yang dituduh merasa malu dan tidak selesa.

Mungkin bagi sesetengah orang itu perkara biasa, namun secara asasnya kita tidak tahu isi hati seseorang mahupun tahap mental seseorang.

Sindiran dan provokasi bukanlah benda yang main-main, dan lihat saja sekarang seperti kata pepatah ‘kerana mulut badan binasa’.

 

Provokasi? Pembunuh Boleh Lepas

Apakah hukuman yang diberikan oleh si pembunuh jika dia ditangkap dan dibicarakan di makhamah. Hukuman gantung sampai mati? Ataupun penjara seumur hidup?

Mungkin ada yang tidak tahu, mana-mana kes pembunuhan yang berlaku akan ditentukan sama ada ianya pembunuhan dengan niat ataupun tanpa niat.

Dan biasanya, jika pembunuhan yang berlaku itu tanpa niat dan terdapat unsur provokasi yang memyebabkan si suspek bertindak membunuh mangsa, hukuman yang diberikan selalunya tidak seberat pembunuhan yang dilakukan dengan niat.

 

Nak Tegur Biar Beradap Dan Sesuai

Kisah pembunuhan yang berpunca kerana mulut yang tidak dijaga bicaranya wajar dijadikan pengajaran untuk orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum berkata sesuatu.

Ibarat kata pepatah ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Kata-kata yang ucapkan juga boleh jatuh fitnah jika perkara tersebut tidak benar dan direka-reka dengan niat untuk memalukan orang yang dituduh. Bagi yang beragama Islam, menfitnah seseorang adalah berdosa dan diumpamakan ‘lebih baik bunuh daripada menfitnah seseorang’.

Jaga mulut anda, jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

KATA ORANG

KATA ANDA

                                                   

Pernahkah anda menjadi mangsa fitnah dan sindiran keluarga mahupun rakan-rakan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN