Baru-baru ini kecoh di media sosial di mana seorang pelakon Korea Selatan, Lee Yeol Eum bakal dikenakan hukuman penjara selama lima tahun kerana menangkap tiga kima (kerang gergasi) yang kini merupakan hidupan laut terancam dan dilindungi oleh negara Thailand.

sumber: twitter koreanupdate

Menerusi pratonton episod yang akan datang, pelakon-pelakon lain bersamanya dilihat menikmati kima tersebut yang secara terang menyalahi undang-undang dan peraturan Taman Negara Hat Chao Mai serta Undang-Undang Perlindungan Haiwan Liar negara itu.

 

Pihak Produksi Memohon Maaf

Dalam siri rancangan televisyen, The Law of the Jungle terbitan Seoul Broadcasting System (SBS), Lee Yeol Eum dilihat memburu dan menangkap kima tanpa sedar hidupan laut tersebut merupakan hidupan yang dilindungi.

sumer: the korea times

Walaupun pihak produksi sudah membuat permohonan maaf, tetapi tindakan undang-undang tetap dikenakan kepada pelakon dan juga krew penerbitan tersebut yang jelas telah melanggar undang-undang taman negara tersebut.

Namun, sebelum penggambaran rancangan tv tersebut dilakukan, pihak produksi telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak taman negara tersebut bahawa mereka tidak boleh menangkap hidupan laut, memburu atau memasaknya.

 

Mengapa Satu Pihak Sahaja Dikenakan Tindakan?

Difahamkan, semasa mereka membuat penggambaran untuk episod tersebut, mereka turut dibantu oleh orang tempatan. 

Ramai yang mengatakan tindakan yang dikenakan oleh negara Thailand itu sememangnya tidak adil dan berat sebelah kerana orang tempatan yang bersama-sama dalam membantu proses penggambaran tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Namun, yang turut menjadi persoalan orang ramai berkenaan isu ini ialah, mengapa orang tempatan yang membantu pihak produksi tidak menegur pelakon yang menangkap kima tersebut?

Tetapi apa yang dilaporkan kepada media, pihak taman negara itu sendiri sudah memberi tahu tentang peraturan dan juga undang-undang kepada pihak produksi sebelum mereka memulakan penggambaran di taman negara tersebut.

 

Jom Kenali Kima

Kima atau nama saintifiknya Tridacna gigas atau Chama gigantea yang mendiami perairan terumbu karang yang berkedalaman 20 meter, menjangkaui perairan Selatan Pacific hingga ke Lautan Hindi dan boleh membesar sehingga melebihi satu meter selain boleh mencapai umur sehingga ratusan tahun.

sumber: wired

Kima ini terdedah kepada bahaya musuh terutamanya manusia kerana berada pada satu tempat untuk tempoh masa yang lama dan dijadikan sumber makanan kepada manusia.

Kima gergasi ini bukan sahaja dijadikan sumber makanan malah menjadi buruan mereka yang ingin menjadikannya sebagai koleksi untuk dipelihara di dalam akuarium sebagai hiasan.

 

Salah Satu Hidupan Laut Yang Terancam

Bukan di Thailand sahaja, malah di seluruh dunia sedang giat memulihara spesis ini daripada pupus dan di Malaysia juga turut mengambil langkah sama.

Seperti spesis-spesis hidupan liar yang lain, kima ini juga mengalami kepupusan yang disebabkan oleh kadar tangkapan yang tinggi berbanding dengan kadar pembiakan yang perlahan.

sumber: gadflyketch

Sabah misalnya, menerusi Pusat Pembenihan Kima Gergasi Taman Marin Tun Sakaran yang giat menjalankan penyelidikan terhadap kima, pusat itu juga bertindak sebagai ejen dalam memastikan kelangsungan hidup kima yang disenyawakan dilepaskan ke laut apabila mencapai usia dan besar yang sesuai. 

sumber: wanderlust

Bukan itu sahaja, hidupan laut ini juga menjadi salah satu tarikan pelancongan dan menjadi destinasi wajib jika ke Semporna iaitu ke Pulau Bohey Dulang, di mana pusat berkenaan menyediakan tangki pameran untuk membolehkan pengunjung mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kima dan boleh melihat sendiri bagaimana usaha pemuliharaan dijalankan.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah wajar hanya pihak produksi sahaja yang dikenakan hukuman?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN