Masalah kewangan boleh dikategorikan sebagai masalah biasa bagi kebanyakan individu atau pasangan hari ini.

Gambar sekadar hiasan

Namun perlu diingat, sekiranya pengurusan kewangan yang dihadapi itu dilihat terus lemah, ia sama sekali boleh menjejaskan kesejahteraan rumah tangga sekaligus menimbulkan pertelingkahan.

Hari ini, kita dikejutkan dengan berita mengenai seorang anggota polis menembak dirinya sendiri disebabkan gagal mengawal tekanan selepas bertengkar dengan isterinya disebabkan masalah kewangan yang dihadapi mereka.

 

Netizen Desak Kerajaan Naikkan Gaji Polis

Sumber: Astro Awani

Berhubung insiden ini, rata-rata netizen di media sosial menuntut supaya kerajaan menaikkan gaji anggota polis bukan sahaja untuk membendung gejala rasuah malah untuk membantu menampung kos sara hidup mereka.

Sudah lah tugas sebagai anggota polis ini suatu tugas yang berat. Ditambah pula tekanan yang dihadapi di tempat kerja yang mana mereka perlu bertugas dalam tempoh masa yang tidak menentu.

Itu belum lagi dengan adanya desakan daripada orang disekeliling, ianya pasti akan memberikan lagi tekanan terhadap anggota tersebut sehingga sanggup bertindak membunuh dirinya sendiri apabila perasaan marah itu menguasai akal fikiran.

 

Ahli Keluarga Perlu Beri Sokongan Dan Jangan Terlalu Menekan

Gambar sekadar hiasan

Walaupun gaji suami itu kecil, sebagai isteri kita tidak sepatutnya menekan emosi suami dengan membebel dan memarahinya kerana tindakan itu bukan jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tersebut kerana isu wang adalah isu paling sensitif untuk dibincangkan.

Bukan senang sebenarnya untuk menjadi ketua keluarga apabila mereka perlu menyediakan nafkah zahir seperti tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman serta keperluan asas kepada isteri dan anak-anak.

Ditambah pula dengan gaji yang kecil dan adakalanya tidak cukup untuk dirinya sendiri. Jadi, sebagai isteri, mereka juga perlu faham sekiranya perbelanjaan suami dilihat semakin sempit, bantulah dia untuk menguruskan kewangan bersama-sama dan jangan pula terlalu mendesak kerana ia mungkin boleh memburukkan lagi keadaan.

Sekiranya ada masalah timbul, tangani masalah itu dengan positif kerana dalam aturan perjalanan sebuah rumah tangga, muafakat antara suami dan isteri itu sangat penting.

 

Kerajaan Pertimbang Syor Ketua Polis Negara Naikkan Gaji Polis

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan melihat syor Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador supaya gaji anggota polis berpangkat rendah dinaikkan.

Ia memandangkan  gaji yang diperolehi golongan berkenaan iaitu daripada Sarjan ke bawah adalah rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar-bandar besar.

Selain dibebankan dengan satu kuasa yang cukup luas dan berbahaya, memang ada keperluan untuk kerajaan memberi keutamaan untuk menaikkan gaji mereka bukan sahaja dalam usaha meningkatkan integriti tetapi juga membantu kos sara hidup mereka. 

Menurut laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), berikut merupakan jawatan dan gred gaji anggota polis; Inspektor gred YA13 memperolehi gaji minimum RM2,329 dan gaji maksimum RM8,883, sarjan gred YA6 (RM1,711 – RM5,199), konstabel gred YA1 (RM1,014 – RM3,517), konstabel sokongan gred YS1 (RM852 – RM2,408) dan konstabel Orang Asli gred YTS 1 (RM966 – RM2,663).

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN