Musim perayaan ini sudah pasti kita akan berkunjung ke rumah sanak-saudara sama ada yang dekat atau yang jauh bagi mengeratkan silaturahim.

Terdapat saudara malah sepupu sendiri yang kita hanya jumpa mereka setahun sekali sahaja ekoran kekangan masa mahupun jarak tempat tinggal yang jauh. Ada juga diantara mereka yang kita pernah jumpa sekalipun.

Dalam kesibukan beraya sambal berborak sesama sendiri, pasti mata kita akan melilau melihat tetamu yang hadir termasuk sepupu-sepupu kita kan. Sudah pasti ada diantara mereka yang mungkin menarik minat kita atau membuatkan kita ‘jatuh cinta’.

Sumber: Astro Awani

Anda tidak perlu berasa janggal dengan perkara itu kerana sejak perayaan Aidilfitri yang disambut 5 Jun lalu,  topik bernikah dengan sepupu ini menjadi topik hangat di Indonesia.

 

Orang Yogjakarta Paling Minat Kahwin Sepupu

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh kumpulan pengkaji bebas Objektiva Indonesia, menunjukkan peningkatan populariti carian ‘menikah dengan sepupu’ di Google. 

Sumber: Google

Trend carian yang serupa terhadap kata kunci yang sama setiap tahun pada musim Hari Raya dari tahun 2015 hingga 2019 meningkat dari 2 hingga 8 Jun lalu

Apa yang menarik, mereka yang datangnya dari bandar Yogyakarta dilihat paling mempunyai rasa ingin tahu terhadap topik ini berdasarkan permintaan carian mereka.

Antara kawasan lain yang dinyatakan adalah Kalimantan Timur, Lampung, Sulawesi Selatan dan Kalimantan Selatan.

Berkaitan topik ini, terdapat juga peningkatan yang ketara dalam carian ‘hukum menikah dengan sepupu’.

 

Boleh Ke Kahwin Sepupu

Ramai yang keliru, sama ada kahwin sesama sepupu ini dibenarkan ataupun tidak dalam Islam. Ada yang berpendapat, tidak digalakkan berkahwin dengan sepupu kerana bimbang akan melahirkan zuriat yang tidak sempurna (kecacatan).

Namun, dakwaan ini tidak boleh diterima secara mutlak. Ianya berdasarkan kajian perubatan sahaja yang menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat hanya pada nisbah 7-8% sahaja, manakala risiko yang sama hanya pada 5% sahaja jika suami isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat.

 Manakala hukum berkahwin dalam Islam dengan keluarga terdekat seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah SWT.

Sekadar gambar hiasan

Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Ummu Kultsum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah, mereka adalah sepupu kepada anak perempuan baginda. Serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).

 

Kebaikkan dan Keburukan Kahwin Sepupu

Antara kebaikkan yang kita boleh jadikan panduan sekiranya ingin berkahwin sesama sepupu adalah memperkukuhkan ikatan kekeluargaan. Bagi keluarga yang ingin memperkuatkan tali silaturahim di dalam keluarga, pasti ia menjadi satu keutamaan bernikah sesama sepupu.

Ini kerana mereka ingin keluarga menjadi keluarga besar dan kuat garis keturunan kepada generasi di bawah.

Sumber: Berita Harian Sg

Bukan itu sahaja, malah memudahkan untuk mereka meneruskan adat keluarga yang diwariskan sejak nenek moyang lagi. Mungkin jika bernikah dengan orang luar akan menyukarkan dan menimbulkan konflik dalam budaya keluarga tersebut.

Terdapat juga keburukkan atau sudut negatif yang perlu diambil kira sebelum berkahwin sesama sepupu. Secara amnya jika bernikah dengan keluarga baru atau berlainan keturunan akan mendekatkan keluarga yang besar dan jauh sebaliknya jika bernikah dengan sepupu terdekat, sudah pasti tidak dapat membentuk ukhwah baru.

Namun yang paling dibimbangi sekali adalah melahirkan anak yang cacat.

Walaubagaimanapun sebagai manusia yang diberi akal dan pilihan, bautlah keputusan yang bijak dan sewajarnya.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Jika diberi pilihan, adakah anda akan kahwin sesama sepupu?
31 votes · 31 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN