Seorang remaja kini dalam keadaan trauma apabila dia teruk dipukul oleh seorang lelaki yang berpewatakan alim.

Sumber: Harian Metro

Remaja yang berusia 13 tahun itu mengalami lebam di seluruh badan selepas dipijak dan ditumbuk di perut selain turut diraba kemaluannya.

Lelaki alim yang berusia 26 tahun itu kini sedang dijejaki oleh pihak polis dan menjadi suspek yang paling dikehendaki oleh pihak polis.

“Tidak Syak Apa-Apa”

Menurut ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, anaknya itu tidak pernah mengadu dipukul oleh lelaki alim tersebut malah dia mengelakkan diri apabila ditanya mengenai lebam-lebam dibadannya.

Sumber: foursquare

Memetik Harian Metro, ibu mangsa menceritakan pada awalnya anaknya itu berkenalan dengan lelaki tersebut di masjid sekitar Jeram, Kuala Selangor.

Dan lelaki berkenaan mempelawa anaknya itu untuk mengaji di rumahnya. Anaknya itu menerima pelawaan tanpa syak wasangka dan begitu juga dia.

Tangan Patah Dan Bibir Berdarah

Ibu mangsa sedar apabila melihat tangan anaknya itu patah dan apabila ditanya anaknya hanya cakap terhentak ke dinding. Tetapi waktu itu ibunya masih tidak mensyaki apa-apa.

Dia hanya membawa anaknya it terus ke ke Hospital Tanjung Karang untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Malaysia Central

Tetapi selepas dibawa sekali lagi pada 21 September lalu, apabila melihat bibir anaknya berdarah selepas pulang bersama lelaki tersebut atas beberapa urusan, ibu mangsa tidak sedap hati lalu membongkar rahsia anaknya itu.

Dan dia mendapati punca anaknya cedera selepas melihat perbualan di WhatsApp dan ternyata anaknya itu didera lelaki berkenaan sepanjang mereka berkawan.

Lelaki berkenaan mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya hal penderaan itu diceritakan kepada ahli keluarganya.

Ibu Tuntut Pelaku Anaknya Diberkas

Ibu mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Jeram untuk tindakan lanjut.

Sumber: Astro Awani

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan dalam usaha mengesan suspek dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki.

Beliau berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Jangan terlampau Percaya Orang Watak Alim Ini”

Bagaimanapun, rata-rata netizen bengang dengan ibu mangsa yang sewenang-wenangnya membenarkan anaknya itu berkawan dengan lelaki yang baru dikenalinya.

Mereka menyatakan jangan menilai dari segi watak dan pemakaian seseorang, diluar nampak alim dan sopan tetapi sebenarnya ada muslihat yang kita sendiri tidak jangkakan.

Sumber: Mozaik

Sudah banyak kes dilaporkan orang nampak alim ini buat hal terutama kepada kanak-kanak dan remaja tidak kira lelaki ataupun perempuan.

Mereka sebenarnya ‘berlakon’ sahaja untuk orang percaya dengan watak yang mereka bawa. Tetapi mereka ini lebih jahat daripada orang yang disangka jahat.

“Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga”

Namun, bukan semua orang alim yang yang jahat. Cuma masyarakat hari ini kena pandai bezakan diantara mereka yang betul-betul baik ataupun tidak.

Jika mereka ini orang luar atau cuba berbuat baik dengan anak-anak kita sewajarnya ibu bapa itu sendiri perlu melihat terlebih dahlu dan jangan mudah percaya lagi.

Selidik latar belakang, dari segi pendidikannya, keluarganya dan tanya orang disekeliling sama ada orang ini baik atau tidak.

Kerana mereka yang berpewatakan alim inilah, orang lain terkena tempiasnya. Tak pasal-pasal orang alim dicop jahat.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa tindakan lelaki ini akan buat masyarakat pandang serong terhadap orang alim?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN