Kanak-kanak yang sedang membesar pastinya mudah terdedah kepada kemalangan kecil mahupun besar samada semasa berada dibawah pemantauan ibu bapa mereka ataupun tidak.

Lebih lagi jika mereka perlu berdikari sendiri seperti bersekolah dan sebagainya. Sikap kanak-kanak yang sentiasa ingin bermain adakalanya mampu mengundang padah samada terhadap diri mereka ataupun rakan-rakan mereka.

Baru-baru ini, seorang ibu berkongsi kisah sedih apabila puteri kesayangan terpaksa dibedah kerana disahkan terkena jangkitan dibahagian otak.

Bayangkan betapa beratnya hati seorang ibu terpaksa melihat anak kesayangan yang selalunya riang dan ceria kini terbaring dikatil tidak berdaya.

Anaknya yang dikenali sebagai Chinta Naylia Dia Syaz Rania dipercayai ditolak oleh rakannya ketika sedang berjalan menuju ke kelas mereka. Ekoran dari insiden tersebut, adik Chinta mengalami keretakan tulang kening.

Namun malangnya selepas kejadian tersebut, adik Chinta sering mengalami demam selama dua minggu sebelum disahkan oleh doktor bahawa terdapat jangkitan di bahagian otaknya dan dia perlu dibedah segera.

 

Terhentak Kepala, Bawa Anak Anda Ke Klinik Segera!

Seteliti mana pun ibu bapa berjaga-jaga namun kecelakaan tetap boleh berlaku. Anak-anak yang sedang melasak lagilah sukar untuk dikawal lebih-lebih lagi jika sedang seronok bermain dengan kawan-kawan mereka.

Ada beberapa aspek yang perlu dipantau oleh ibu bapa jika anak mereka terjatuh ataupun terhentak di bahagian kepala. Jika anak mereka menunjuk simptom-simptom seperti muntah-muntah, demam dan berlaku pendarahan, maka segeralah bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Ini merupakan tanda bahawa ada trauma yang berlaku di bahagian kepala dan jika lambat dirawat boleh membawa maut.

 

Kesan Terhentak Kepala Yang Perlu Anda Tahu

Sebagai ibu bapa, pasti tindak tanduk anak mereka sentiasa diperhatikan supaya dapat mengelak perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Terutamanya bahagian kepala, sehingga ada alat khas yang direka untuk kanak-kanak pakai di bahagian kepala bagi mengelak sebarang kecederaan serius berlaku.

Kecederaan di bahagian kepala boleh membuatkan seseorang hilang kawalan terhadap fungsi badan dan berisiko lumpuh. Bukan sahaja kepada kanak-kanak malah orang dewasa juga boleh terdedah kepada risiko yang sama.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN