Ibu bapa mana yang nak lihat anak-anaknya sakit. Anak kena gigit nyamuk pun dijaga sehingga pagi, inikan pula bila anak jatuh sakit.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

Itulah yang terjadi kepada pelakon, Rita Rudaini yang mana anak bongsunya itu,Airit Qaqa Arjuna demam dan telah dimasukkan ke hospital selama lima hari.

 

Bapa Kandung Tak Datang Jenguk

Namun, perkongsian Rita di Instagramnya itu mendapat perhatian daripada netizen.

Ramai netizen meminta supaya bapa Arjuna, pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan supaya dapat meluangkan masa melawat anaknya yang sakit itu.

Sumber:BeautifulNara

Mereka mahu Zafuan bertanggungjawab terhadap anaknya itu walaupun sudah ada keluarga lain. Walau bagaimanapun, Arjuna adalah anak kandung dia dan dia perlu ada rasa tanggungjawab apabila anaknya sakit.

 

Tetapi sejak dari dulu lagi, atas perkongsian Rita, bapanya itu tidak pernah melihat atau bertanya khabar terhadap anak-anaknya dengan Rita.

Bapa jenis apa ini? Marahkan bekas isteri , anak-anak terabai? Rita membesarkan anak-anaknya selama ini seorang diri dan menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anaknya itu.

Sumber: www.rotikaya.com

Difahamkan ketika ini Aidil Zafuan berada di Jepun mewakili JDT dalam Liga Juara-Juara AFC 2019.

Walau dimana pun Zafuan berada, takkan tidak bertanya khabar langsung kesihatan anaknya itu.

 

Netizen Tag Nama Keluarga Zafuan

Pada masa yang sama, selain nama Aidil Zafuan, ada juga netizen yang turut meletakkan tanda nama Instagram mereka yang berkaitan seperti Ayu Raudhah, Rozita Che Wan dan Zaquan Adha namun diminta tidak berbuat demikian oleh Rita.

Sumber:www.rotikaya.com

 

Sumber:www.rotikaya.com

Buat apa netizen nak tag nama mereka yang tak ada kaitan? Bapa sendiri pun buang anak dia, apatah lagi yang tak ada kaitan dengan anak-anak Rita.

Selama ini pun, tak ada berita yang mengatakan mereka ini datang jenguk anak-anak Rita dan sebagainya.

Tetapi kalau difikir akal waras, takkanlah nenek dan datuk mereka pun hati keras juga, sanggup biarkan cucu-cucunya itu hidup tanpa kasih sayang keluarga belah bapanya.

Apa-apa pun diharapkan Rita dan anak-anaknya cekal dan tabah dengan dugaan ini.

 

Rita Minta Netizen Jangan Tag Nama Mereka Yang Tidak Berkaitan

Mungkin niat netizen nak keluarga bapamya itu tahu keadaan Arjuna dan tahap kesihatan yang dialami oleh anak Zafuan itu.

Tetapi bagi Rita, tidak perlu untuk tag nama mereka yang tidak berkaitan.

Sumber:BeautifulNara
Sumber:BeautifulNara

Netizen tag nama pelakon Rozita Che Wan, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.

Menurutnya, sejak bergelar ibu tunggal dia berusaha sendiri membesarkan dua anak tanpa meminta simpati dan belas ihsan orang lain.

Netizen perlu hormat permintaan Rita. Buat apa nak tag nama mereka yang tak ada kaitan. Itu hal keluarga mereka dan netizen rasanya hanya mendoakan sahaja kesihatan anak-anak Rita sihat seperti sediakala. Tak payah sibuk urusan lain-lain yang membabitkan keluarga.

Berkongsi mengenai keadaan anaknya, Rita berkata, Arjuna disahkan terkena jangkitan Influenza B selepas tiga hari demam panas.

 

Anak Sulung Rita Pula Masuk Hospital

Ujian demi ujian yang menimpa Rita apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin pula dimasukkan ke hospital akibat jangkitan rotavirus pada hari sama adiknya keluar wad.

Sumber:Kecoh Betul

Rita berkata, Rayyan yang mengalami muntah dan cirit-birit sejak pagi semalam dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Rita yang masih terbabit dengan penggambaran drama berjudul 4 Penjuru terpaksa berulang-alik ke hospital.

Menurutnya, keadaan yang menimpa anaknya ditambah kesibukan kerjaya tidak sesekali melemahkan semangat sebaliknya menjadikan dia lebih kuat.

Rita bergilir-gilir dengan sepupunya untuk menjaga anaknya itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah netizen masuk campur urusan peribadi Rita Rudaini?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN