Aktiviti pemeliharaan binatang liar seperti buaya giat dijalankan di seluruh dunia dan pastinya masing-masing mempunyai tujuan yang tertentu.

Sama ada untuk tujuan pemuliharaan, pembiakan, komersial mahupun sebagai pembekal kepada kedai-kedai makanan eksotik di seluruh dunia.

Yang pastinya, bukan mudah untuk menguruskan kolam peliharaan buaya malah ianya sangat berisiko tinggi.

Kebolehan seekor buaya yang mampu menumpaskan seseorang dengan mudah menjadi faktor mengapa ianya merupakan haiwan liar yang merbahaya dan perlu dijauhi.

Sedangkan pakar hidupan liar yang mempunyai ilmu mendalam tentang sesuatu binatang juga boleh menjadi makanan mereka, inikan pula kita yang tidak tahu cara untuk berdepan dengan binatang buas ini.

Terbaru, sebuah kejadian yang sungguh menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 2 tahun meninggal dunia kerana dipercayai terjatuh ke dalam kolam buaya di rumahnya.

Buaya-buaya tersebut dibela oleh bapa mangsa yang kebetulan tidak ada dirumah ketika kejadian.

Mangsa yang bersendirian di rumah bersama ibu dan adiknya yang baru lahir tiba-tiba hilang dari pemantauan ibunya dan akhirnya dijumpai di dalam kolam buaya tersebut di dalam keadaan yang sudah tidak sempurna.

Malah sungguh menyedihkan apabila si ayah sempat melihat tengkorak kepala dan sebahagian badan anaknya sedang direbut dua ekor buaya yang berada di dalam kolam berkenaan.

 

Kehilangan Anak Ketika Dalam Pantang

Tiada ibu bapa yang ingin mengebumikan anak mereka sendiri. Sungguh pilu hati seorang ibu dan ayah apabila terpaksa menerima hakikat apabila anak mereka menjadi mangsa kepada aktiviti pembiakan buaya yang dijalankan mereka sendiri.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan berpantang, pasti berat untuk si ibu menerima kehilangan tersebut.

Jika diberi pilihan pasti si ibu akan menolak sekerasnya keputusan si ayah untuk menjalankan aktiviti pemeliharan buaya di rumah mereka.

Namun, semuanya sudah terlambat. 

 

Kenapa Bela Dekat Rumah? Tak Fikir Panjang Ke?

Kejadian seperti ini bukanlah kes pertama yang pernah berlaku, sebelum ini sudah banyak kes yang juga melibatkan haiwan-haiwan liar lain dimana tuan mereka mahupun ahli keluarga sendiri menjadi mangsa.

Namun, masih ramai yang tetap memilih untuk membela haiwan-haiwan liar ini kerana dianggap satu hobi yang unik dan mahal.

Secara logiknya, memang sudah jelas risiko dan bahaya yang menanti apabila kita menjadikan haiwan liar sebagai binatang peliharaan.

Macam mana jinak pun mereka pada awal-awal pembelaan, naluri liar dan sifat sebagai pemangsa tidak mudah untuk dihapuskan.

Yang sedih apabila ahli keluarga yang tidak bersalah menjadi mangsa kepada kebodohan kita sendiri.

Jika dilihat secara kasar kolam buaya di rumah kanak-kanak yang maut tersebut, ianya sangat tidak praktikal dan langsung tidak selamat.

Malah jika dilihat saiz dan ketinggian buaya yang terdapat di dalam kandang tersebut, seperti tidak mustahil untuk mereka memanjat keluar.

 

Kerajaan Minta Tingkatkan Ciri Keselamatan Demi Orang Sekeliling

Insiden ini mendapat perhatian seluruh dunia dan menganggap kanak-kanak malang tersebut tidak sepatutnya menjadi mangsa.

Di usia semuda itu, mereka masih tidak dapat membezakan bahaya sesuatu perkara dan menganggap semua benda sebagai permainan.

Malah, ianya juga boleh dielak jika si bapa memagar kawasan berkenaan dengan lebih baik dan bukan sekadar ala kadar.

Pihak kerajaan Kemboja juga turut meminta setiap rakyat mereka yang menjalankan pembiakan dan pemeliharaan buaya untuk lebih peka dan membina kandang dan sangkar untuk binatang liar ini.

Aspek keselamatan sangat perlu diutamakan agar ianya selamat dan tidak mengundang bahaya untuk pengusaha dan juga orang sekeliling.

Mereka juga disarankan untuk memilih tempat yang lebih sesuai dan selamat.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai kes ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN