Menghiaskan anak gadis dengan barang kemas adalah kegemaran ibu bapa yang suka melihat anak memakai rantai kalung emas atau gelang yang cantik.

Ada sesetengah ibu bapa lebih gemar memakaikan anak mereka dengan perhiasan diperbuat daripada perak atau silver, ada juga yang suka memakaikan mereka dengan perhiasan emas tulin.

Sumber: Astro Gempak

Perhiasan daripada emas ini dipakaikan sebagai tanda yang bayi itu bayi perempuan dan juga  tanda kasih sayang serta kebanggaan.

Bagaimanapun, pemakaian barang kemas pada bayi dan kanak-kanak boleh mengundang pelbagai risiko bahaya.

Diragut Di Jom Heboh

Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila rantai leher emasnya diragut ketika berada di pesta Jom Heboh Batu Kawan pada Ahad lepas.

Kejadian tersebut dikongsi oleh ibu kanak-kanak tersebut di laman facebooknya, Siti Haryani Azmi.

Sumber: FB Siti haryani

Menceritakan kejadian tersebut, dia bersama keluarga berkunjung ke pesta berkenaan dan ingin beriadah namun tiba-tiba anak perempuannya menangis dan mengatakan bahawa rantainya diambil orang.

Sumber: FB Siti haryani

Memetik Mstar, Haryani menjelaskan anak perempuannya itu dipegang oleh bapanya namun kejadian ragut itu berlaku sekelip mata.

Pada awalnya, perkongsian itu ditulis bagi memberi peringatan kepada orang lain namun dia dikecam teruk pula oleh netizen.

“Tak Payah Menunjuk Pakaikan Anak Barang Kemas”

Rata-rata netizen menyalahkan ibu bapa kanak-kanak perempuan itu yang tidak peka dengan risiko anaknya bakal diragut.

Sumber: FB Siti haryani

Mereka kesal dengan ibu bapa yang ingin menunjuk-nunjuk bahawa  mereka ini banyak duit sampai pakaikan anak-anak barang kemas dan tidak fikir keselamatan anak-anak mereka.

Sumber: FB Siti haryani

Tak pasal-pasal anak menjadi mangsa ragut dan mengalami kecederaan di bahagian leher. Ini juga membuatkan mereka trauma dan memberi kesan kepada emosi mereka.

Sumber: FB Siti haryani

Apabila pergi ke pesta yang ramai orang ini memang ibu bapa kena peka, kadang-kadang ibu bapa leka tengok barangan yang dijual walaupun tangan anak dipegang mata tu janganlah asyik pandang barangan yang dijual.

“Ini Peringatan Kepada Ibu Bapa Lain”

Sebilangan besar netizen mengutuk tindakan pihak yang mengecam tindakan Haryani dalam berkongsi sejarah hitam yang menimpa anaknya itu.

Sumber: FB Siti haryani

Banyak sebenarnya kes ragut yang berlaku tetapi ramai yang tidak mahu cerita dan bertindak mendiamkan diri.

Sumber: FB Siti haryani

Dengan apa yang dikongsikan ibu ini sedikit sebanyak pihak penganjur juga akan memasang litar tertutup atau meminta lebih ramai polis bantuan menjaga pesta yang besar-besaran seperti Jom heboh ini.

Kadang-kadang ibu bapa ini sudah menjaga keselamatan anak-anak mereka namun apa yang berlaku diluar dugaan mereka. Harap ibu bapa lain turut menjadikan perkara ini sebagai pengajaran.

Keracunan Logam

Memetik The Asianparents Malaysia, sesetengah barang-barang perhiasan, termasuk yang dibuat khas untuk kanak-kanak, mungkin mengandungi logam toksik seperti plumbum, kromium, kadmium dan nikel.

Sumber:my.theasianparent.com

Kesannya, kadmium boleh menjejaskan buah pinggang, sistem kardiovaskular dan tulang. Dan plumbum boleh menjejaskan perkembangan otak, merosakkan sistem imun, sistem pembiakan dan sistem kardiovaskular.

Tahukah anda? ramai ibu bapa tidak tahu plumbum mempunyai rasa yang manis.

Boleh Mendatangkan Kecederaan kecil

Sesetengah barang kemas kanak-kanak mempunyai batu-batu permata, kancing dan tepi-tepi yang tajam dan boleh mencalarkan kulit anak dan menyebabkan kecederaan kecil kepada mereka.

Sumber:oh bulan

Kalau mereka bermain perhiasan ini juga boleh mencederakan mereka dan juga kanak-kanak lain ketika bermain bersama.

Tak pasal-pasal nanti kulit anak ada parut pula!

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN