Ibu mana yang tidak sedih dan kecewa jika diherdik anaknya yang ditatang bagai minyak yang penuh, yang dikandung selama 9 bulan dan dijaga, dibelai dengan penuh kasih sayang sehingga dewasa.
Namun, akhir-akhir ini, masyarakat kita sering disajikan dengan berita yang kurang menyenangkan. Ada anak yang sanggup bunuh ibunya sendiri dan buang ke loji kumbahan, sanggup kelar leher ibu, sepak teranjang dan sebagainya.
Tahukah anda, sangat berdosa besar jika melukai kedua orang tua kita walaupun hanya berkata ‘ahh’. Meninggikan suara pun tidak boleh, inikan pula mendatangkan kecederaan pada tubuh badan mereka.
Kejam! Anak Pukul Ibu Kandung Guna Batu Bata
Dilaporkan seorang wanita telah memukul ibu kandungnya sendiri di sebuah rumah di Kampung Padang Tengir, Manir Kuala Terengganu.
Wanita berkenaan yang berusia 30-an dipercayai menumbuk muka dan kepala ibunya yang berusia 56 tahun tanpa diketahui puncanya.
Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan juga mencekik dan menghentak kepala ibunya dengan batu bata yang sengaja diambil di luar rumah.
Susulan perbuatan itu juga, mangsa mengalami kecederaan bengkak di muka, sakit di kepala dan leher.
Ibunya Nekad Lari Dan Lapor Pihak Polis
Dek kerana tidak tahan sering dipukul anak perempuannya itu, ibu malang itu nekad melarikan diri keluar dari rumah.
Sumber berkata, mangsa mendakwa sebelum ini dia sering dipukul suspek dengan menggunakan kayu, besi atau apa sahaja barang yang ada berhampirannya tanpa sebarang sebab.
Bukan sahaja dirinya, wanita itu mendakwa suspek turut bertindak memukul dua cucunya yang masih kecil.
Oleh kerana ingin menjaga keselamatan dua cucunya itu, mangsa turut membuat laporan polis.
Suspek telah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2012 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan
Mana sifat kemanusiaan sebagai seorang manusia dan anak? Sanggup pukul ibu sendiri dengan perbuatan yang kejam.
Tak Bau Syurga
Rata-rata netizen melahirkan rasa geram dan kesal dengan tindakan suspek yang bertindak kejam terhadap ibunya sendiri. Mereka menyifatkan suspek sebagai anak derhaka dan berdosa besar kerana telah melukai tubuh badan ibunya itu.
Inilah si tanggang moden yang dapat kita lihat hari ini. Anak-anak tanpa belas kasihan memperlakukan ibu bapa mereka. Malah, ada yang menghalau ibu bapa sendiri, tinggalkan di tepi jalan dan dibiarkan kelaparan serta dikurung.
Menderhaka kepada kedua ibu bapa, anak-anak perlu tahu bahawa mereka tidak akan mencium bau syurga malah mendapat balasan setimpal atas perbuatan tersebut.
Ada Pula Dakwa Didikan Ibu Bapa Mencorak Anak-Anak
Tidak kira masyarakat, bangsa mahupun agama, semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.
Namun, mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari. Setiap pilihan dan keputusan dibuat perlulah sentiasa rasional, berpaksikan kepada rasa tanggungjawab dan hormat-menghormati.
Tetapi dalam kes ini, segelintir daripada netizen mendakwa didikan ibu bapa itu yang mencorak kehidupan anak-anak mereka. Kalau salah didikannya, begitulah jadinya.
Adakah ibu bapa patut disalahkan atas perbuatan anak-anak mereka?
KATA ORANG
Mengapa ada anak sanggup dera ibu sendiri. Wanita itu yg melahir, menjaga dan membesarkan mu dlm lena dan jaga wahai anak.
— Noor Azian Fakurazi (@nfakurazi) March 14, 2019
Aku tak faham why parent sanggup dera anak sendiri especially 'ibu'
— rizqonnn (@rizqiamir_) December 28, 2018
Kau dah mengandung for almost 9 month, tahan sakit beranakkan dia then kau sepak terajang dia
Astaga masa dia bayi,sayang anak tak ingat dunia ni dah besar mcm sampah dibuatnya
Haiwan lagi bagus sayang anak
Aku tak faham dgn manusia skg ni. Sanggup eh dera ibu sendiri. Bangang mcm takde otak 😒
— shfq (@norhshafiq) March 14, 2019
Ya Allah, anak spesis apalah sanggup dera ibu kandung macam ni. 😢 https://t.co/Kg3hsv1M0f
— Nad M.Nabill (@nadnabill) March 14, 2019