Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 152.
Itu apa yang tercatat dalam Perlemabagaan Malaysia. Akan tetapi, kita melihat lebih ramai masyarakat hari ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka, malah ada juga yang jadikan ia bahasa utama mereka.
Kalau bangsa lain mungkin boleh dimaafkan lagi tetapi lebih malang lagi apabila orang Melayu sendiri tidak fasih menggunakan bahasa rasmi mereka.
Bahasa Melayu Calon PH Dun Rantau Cuit Hati Rakyat
Baru-baru ini, tersebar satu video calon Pakatan Harapan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau, Dr Streram Sinnasamy yang menggunakan Bahasa Melayu dalam menyampaikan pesanan kepada pengundi.
Apa yang mencuit hati rakyat adalah beliau membahasakan anak kucingnya sebagai ‘anak-anak bulu’ dan anak kandungnya sebagai ‘anak manusia’.
Mungkin bagi beliau itu bahasa yang difahaminya, tetapi biasalah rakyat Malaysia, perkara sebegini di troll oleh mereka.
Untuk pengetahuan, Dr Streram adalah seorang pakar bius.
“Bahasa Pun Tak Betul, Ada Hati Nak Jaga Rakyat”
Rata-rata rakyat yang melihat video itu merasakan Dr Streram tidak layak untuk memegang tamnpuk pemerintahan di Dun Rantau.
Alasan yang mereka berikan adalah bahasa Melayu yang tidak fasih diperkatakan oleh calon wakil rakyat itu. Mereka mahukan pemimpin yang lebih berwibawa dari segi menjalankan tugas serta faham budaya dan bahasa orang Melayu di kawsan tersebut.
Mereka lebih memilih Mohamad Hassan atau Tok Mat sebagai Adun Rantau untuk menjaga kebajikan mereka dan lebih faham bahasa yang digunakan.
Tetapi adakah kerana bahasa seseorang itu tidak betul, Dr Streram tidak boleh memenangi hati rakyat terutama kaum Melayu?
Nampaknya, masih wujud pandangan stereotaip dalam masyarakat kita hari ini.
Tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan sebegini terhadap sesetengah orang perlu dibuang! Mungkin hanya bahasa tidak fasih, tidak semestinya Dr Steram tidak boleh memimpin.
Lebih Baik Jadi Doktor, Tidak Perlu Terlibat Dalam Politik
Sebilangan kecil rakyat pula memintanya untuk terus berkhidmat kepada rakyat sebagai Doktor bukannya ahli politik. Hal ini kerana khidmatnya sebagai Doktor yang sudah lebih 30 tahun.
Streram sudah berkhidmat selama 34 tahun dalam bidang anaesthesiologi. Sepanjang tempoh itu, beliau pernah terlibat dalam misi kemanusiaan ke Sudan, Hong Kong dan Afghanistan.
Lelaki berusia 62 tahun itu juga pernah meraih anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) dari Yang di-Pertuan Agong pada 2013.
Beliau kini aktif dalam beberapa persatuan perubatan seperti Persatuan Anaesthesiologi Malaysia dan Malaysian Medical Council (MMC), selain persatuan perubatan antarabangsa iaitu Medicine San Frontiers (MSF).
Dr Streram Akui Calon ‘Underdog’
Menyedari kekuatan Tok Mat dan Dun Rantau adalah kubu kuat Umno dan BN, namun Dr Streram dan jentera Pakatan Harapan akan memastikan kemenangan kali ini menjadi miliknya.
Mengakui dirinya adalah calon ‘underdog’, tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha mendapat sokongan pengundi.
Â
KATA ORANG
Tunjuk video ni kat anak-anak supaya dorang faham betapa pentingnya untuk diorang menguasai Bahasa Melayu.
— Fadzilah Mamat (@FadzilahMamat) March 20, 2019
Anak-anak tanya, "Umi siapa ni. Apa dia cakap?"
Anak sulung cakap, ni kalau menang cemana nak debate untuk mewakili rakyat ni.
Better get a BM crash course Dr Streram! https://t.co/EihCYQNbNL
Dr Streram, yang bertutur bahasa Melayu, dimana Bangla di lihat lebih fasih dari beliau, tidak diterima oleh akar umbi Rantau, terdiri dari parti mereka PKR. Ini seakan akan tindakan pilihan calun di Semenyih. https://t.co/HuS9BGkede
— SAO (@SrSheikAli) March 14, 2019
Sebab Steram tidak dibenarkan berceramah.
— Abdullah Mohd Yunos (@AbdullahMY74) April 12, 2019
Mamat Bangladesh pun lebih fasih Bahasa Melayu dari Streram. https://t.co/V6W1ALcSLJ
Maaf mencelah: SETUJU sangat kalau ahli politik tempatan yang mahu bertanding PRK / PRU diwajibkan fasih Bahasa Melayu (tak kisahlah ambil peperiksaan ke apa) sebab rasa ngilu gegendang telinga dengar Streram cakap Melayu.
— Adam (@ATMology) April 4, 2019
Itukah jenis pemimpin yang nak dipilih?#PRKRantau