Berdasarkan laporan Kosmo, pada 28 Februari lalu, Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), sebulat suara membuat keputusan membatalkan penyertaan Perlis FA dalam aksi Liga Premier. Tindakan itu dibuat setelah mendapati skuad Singa Utara tidak memiliki kewangan kukuh untuk mengharungi musim ini selain berdepan masalah tunggakan gaji.

SumberL The Star

Dibatalkan Penyertaan

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam memuktamadkan keputusan pembatalan kelab tersebut. Rayuan masih boleh dilakukan, tetapi persatuan harus memiliki alasan kukuh untuk dipertimbangkan MFL.

Sebelum ini, barisan pemain Perlis FA membuat laporan polis terhadap pengurusan kerana tidak dibayar gaji sejak lebih dari tujuh bulan pada musim lepas. Kebanyakan mereka terpaksa membuat kerja sambilan bagi menampung kehidupan seharian.

Pengurusan Boros

Difahamkan, sikap pengurusan yang berbelanja besar dengan membeli pemain-pemain berstatus bintang tanpa melihat sumber kewangan menyebabkan mereka berdepan pelbagai masalah. Kelab tersebut dikatakan turut gagal melunaskan perbelanjaan lain termasuk jumlah sewa padang latihan di Universiti Malaya.

Sumber: Fourthofficial

Permasalahan kewangan ini diulas oleh bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali. Beliau berpandangan tindakan Perlis boleh ‘membunuh’ pemain terutama bagi mereka yang baru sahaja terlibat dalam arena bola sepak profesional kerana tidak dibayar gaji.

Secara tidak langsung, barisan pemain pelapis negara tidak dapat ditonjolkan sekiranya banyak kelab atau persatuan lain lagi mempunyai masalah kewangan yang sama.

Jangan Lari Dari Tanggungjawab

Bagi Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), mereka mahu Perlis tidak lari dari tanggungjawab dan wajib menyelesaikan pembayaran gaji pemain dengan segera. PFAM mahukan hak dan kebajikan pemain Perlis terjaga dan dibela.

Permasalahan gaji pemain Perlis FA turut mendapat respon negatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menempelak persatuan bola sepak negeri yang bermasalah dan mengambil jalan mudah dengan memohon bantuan kementerian bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai.

Sumber: Utusan

Beliau menambah, tindakan tersebut adalah tidak adil kepada persatuan sukan dan bola sepak yang berjaya menguruskan kewangan persatuan dengan baik.

Beliau menuntut individu bertanggungjawab dalam persatuan bola menyelesaikan kemelut gaji pemain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan melepaskan jawatan sewenang-wenangnya.

KBS Tidak Beri Muka

Kemelut ini telah menyebabkan KBS mengambil pendirian tegas dengan tidak memberi muka kepada mana-mana persatuan yang ingin menagih simpati meminta bantuan.

Isu ini bukan isu baru, memandangkan kes-kes seperti ini kerap berlaku hampir setiap tahun. Kesannya, persatuan terpaksa meminta bantuan dari kerajaan negeri,.Sekiranya kerajaan negeri tiada duit,maka terpaksa meminta bantuan dari KBS. Inilah beban yang tidak wajar ditanggung oleh kerajaan.

Perlunya Hukuman

Maka timbul persoalan, kenapa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak dikenakan hukuman yang setimpal khususnya yang menafikan kebajikan ahli?  

Justeru, hukuman yang setimpal wajar dikenakan kepada individu yang gagal menguruskan persatuan dan menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Permasalahan kewangan persatuan tidak wajar dibela Kementerian Belia dan Sukan (KBS)?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN