Amalan bersunat merupakan amalan umat Islam dan penganut Yahudi sejak dari zaman Nabi Ibrahim A.S lagi. Dan ianya merupakan perintah dari Allah SWT sentiasa tanda menjaga kebersihan diri malah para nabi juga bersunat.

Malahan ramai juga amalan ini diikuti oleh penganut agama-agama lain yang merasakan ianya akan membuatkan mereka berasa lebih bersih dari segi penjagaan bahagian peribadi dan terbukti dapat mengelak mereka dari terkena pernyakit-penyakit berjangkit dan jangkitan kuman.

Namun, baru-baru ini tersebar cerita tentang amalan beberapa orang penganut yahudi yang membenarkan kemaluan anak lelaki mereka yang disunat disedut oleh Mohel ( tukang sunat) kononnya untuk membersihkan darah yang terdapat di tempat yang dipotong bagi mengelak sebarang jangkitan.

Boleh anda bayangkan, keadaan si kecil yang baru disunat, masih didalam kesakitan kemudian diperlakukan seperti itu.

Sudahlah seperti menyeksa si kecil malah ianya jelas merupakan tindakan yang tidak bermoral.

Yang ibu dan ayah pula, macam mana anda boleh butakan mata mengizinkan anak anda diperlakukan sebegitu. Takkan hanya kerana mahu menunjukkan ketaatan kepada agama, anda sanggup mengiyakan apa yang tidak betul?

Dan yang paling menakutkan, terbaru sudah ada 14 bayi yang disunatkan oleh pengamal kepercayaan tersebut disahkan dijangkiti Herpes, sejenis virus yang ada didalam badan seseorang yang mampu merebak melalui hubungan seks.

Tambah menakutkan apabila jangkitan virus ini juga boleh berlaku dengan sentuhan dan ciuman.

Jadi tidak mustahil bukan untuk Mohel yang menyunat bayi-bayi ini menyebarkan virus Herpes ketika dia memasukkan kemaluan bayi kedalam mulutnya.

Bayangkan sahaja pun sudah rasa jijik, semakin hari semakin pelik amalan kepercayaan manusia.

 

Gerakan Anti-Sunat

Hampir di seluruh dunia pasti ada kelab yang ditubuhkan khas bagi menentang kepercayaan bersunat ini kerana dikatakan melanggar prinsip hak asasi manusia.

Malah prosesnya yang dikatakan menyakitkan dan seperti dipaksa, mana-mana kanak-kanak dipercayai tidak patut melalui proses ini.

Malahan di Kenya, kanak-kanak perempuan dikatakan dipaksa bersunat sebagai lambang mereka sebelum mereka meningkat dewasa.

Sebahagian mahupun kesemua bahagian genitilia luar wanita akan dipotong menggunakan pisau yang tidak disteril dan kebanyakan akan meninggalkan kesakitan yang teramat sangat untuk kanak-kanak ini.

Namun janganlah disamakan amalan masyarakat dengan apa yang diajarkan untuk umat Islam.

Bayi perempuan Islam diwajibkan bersunat namun boleh dielak jika ia boleh membawa kemudaratan kepada mereka.

Bayi perempuan juga disarankan bersunat seawal yang boleh dan ianya juga bertujuan untuk kebersihan si anak. Malahan ianya dipercayai akan meluruskan syahwat apabila dewasa kelak.

 

Penyebaran Penyakit Berleluasa

Seperti yang kita sedia tahu, air liur mahupun cecair di dalam badan kita mampu menjadi ejen penyebaran penyakit samada penyakit berbahaya yang boleh membawa maut mahupun tidak.

Dengan batuk sahaja anda mampu meletakkan nyawa seseorang di tahap yang bahaya.

Lihat sahaja kes-kes bayi yang masih didalam pantang di Malaysia yang meninggal dunia kerana orang yang datang melawat merupakan pembawa virus bahaya.

Kerana itu kita tidak digalakkan bersentuhan, mahupun berkongsi air mahupun makanan bagi mengelak ianya menjadi punca anda terjangkit dengan penyakit yang tidak diketahui asal usulnya dari siapa.

Peringatan dan kesedaran sudah banyak kali diuar-uarkan namun ramai yang mengambil mudah isu ini. Tidak kiralah di Malaysia mahupun di luar negara, masyarakat masih tidak peka dengan isu sensitif ini hanya kerana mereka tidak nampak kuman dan sesuatu virus itu dengan mata kasar.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah amalan ini perlu dihentikan segera?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN