Hampir semua masyarakat dunia mempunyai persepsi tentang kecantikkan, ramai yang terlalu mengambil serius tentang rupa dan warna kulit mereka sehingga sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk dilihat cantik di mata masyarakat.

Malahan bagi yang dilahirkan dengan beberapa kecacatan samada dari aspek rupa mahupun fizikal badan, mereka dianggap malang dan ramai yang akan menjadi mangsa diskriminasi masyarakat.

Menjadi mangsa buli dan ejekan rakan-rakan mahupun ahli keluarga sendiri, sudah menjadi kebiasaan.

Ditambah pula dengan pengaruh media dan selebriti yang menjadi pujaan ramai. Tekanan sosial yang berlaku mendesak rakyat biasa untuk melakukan macam-macam tanpa mengira risiko yang mampu mereka hadapi.

Terdapat amalan kecantikkan yang menjadi trend sekarang, iaitu skin bleaching yang kononnya dikatakan mampu memutihkan kulit seseorang dan menghilangkan parut agar kulit mereka nampak bersih dan cantik.

Salah satu negara yang terkenal dengan rawatan ini ialah Thailand, dimana negara itu juga sangat terkenal dengan pelbagai rawatan kosmetik yang mampu merubah wajah seseorang 360 darjah.

Malahan ianya dilihat sebagai salah satu peluang perniagaan yang bagus dan mampu mengaut keuntungan yang banyak.

Kerana itu juga ramai pemborong serta peniaga dari Malaysia dan negara-negara lain datang ke Thailand untuk membeli produk-produk ini secara timbang dan akan menjual semula menggunakan jenama mereka sendiri dengan harga yang jauh lebih mahal.

Apa yang menjadi perbualan ramai sekarang ialah kesan jangka panjang penggunaan produk-produk bleaching ini terhadap pengguna.

Sudah ada kajian yang membuktikan bahawa rawatan kecantikkan ini mampu menyebabkan seseorang terdedah kepada kanser dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Penggunaan bahan kimia yang tidak selamat akan memberi kesan jangka panjang yang buruk dan kebanyakan pengguna akan mendapati kulit mereka berubah menjadi lebih teruk apabila mereka berhenti menggunakan produk tersebut.

Jadi, anda masih mahu meneruskan niat untuk lakukan ‘bleaching’ ini?  Masih percaya dengan harapan palsu yang kononnya bukan semua kena kesan sampingan sebegitu?

Fikirkan.

 

‘Inner Beauty’ Lebih Penting

Dalam kita mencari definisi sebenar kecantikkan, banyak sudut yang boleh kita lihat.

Kecantikkan yang sebenar ialah apabila anda mempunyai hati yang baik dan sentiasa membawa kegembiraan untuk orang sekeliling.

Tak guna muka cantik, tapi kata-kata seperti orang yang tiada adab.

Tak guna muka cantik, tapi perlakuan seperti orang tak ada moral.

Jika anda sangat mementingkan kecantikan dan penampilan diri yang menarik, mungkin anda boleh cuba amalkan  produk-produk organik mahupun yang sesuai dengan kulit anda secara konsisten.

Malah jika anda ingin berjimat, anda juga boleh mencuba produk-produk semulajadi dan membuat sendiri krim,serum mahupun mask untuk diri anda.

Sudah ada banyak tips dan petua yang anda boleh cari dengan mudah di Google, rajin atau tidak sahaja.

 

Kecantikkan Semulajadi Yang Berpanjangan

Untuk sentiasa tampil cantik dan awet muda, aspek pemakanan juga perlu diambil kira.

Jika anda sihat dalaman, pasti akan terpancar ‘natural glow’ anda tanpa perlu bersolek tebal mahupun perlu tempek segala foundation, concealer dan bedak asas berjenis-jenis.

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang terbukti dapat menjadikan anda tampak lebih awet muda, lebih-lebih lagi jika anda rajin makan ulam-ulaman dan buah-buahan.

Gaya hidup yang sihat seperti bersukan dan bermeditasi juga dapat mengimbangkan hormon di dalam badan anda dengan lebih baik.

Kalau hormon badan positif, anda pun gembira. Bila gembira, pasti muka pun berseri!

Cukuplah obses dengan kecantikkan hanya kerana ingin memuaskan mata masyarakat, nilai diri anda lebih tinggi dari itu.

Keyakinan diri yang tinggi sudah cukup dijadikan perhiasaan diri anda tanpa perlu menggadai keselamatan diri demi sebotol produk pemutih yang mungkin akan membuat anda cantik sekejap, tapi bakal merana sampai mati.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Mahukah anda lakukan rawatan bleaching ini jika berkesempatan?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN