Amalan bersanding bagi masyarakat Islam dilihat satu kemestian bagi semua pasangan pengantin untuk mengistiharkan hubungan mereka sudah menjadi sah kepada orang ramai.

Selain itu, amalan berkenaan juga merupakan adat yang diambil dari negara India di mana di dalam upacara tersebut terdapatnya penggunaan beras kunyit, pemakaian inai, adat merenjis dan pelbagai lagi unsur-unsur yang meniru adat serta amalan masyarakat di sana.

Amalan bersanding seperti ini tidak menjadi kesalahan selagi ianya tidak membawa kepada pembaziran dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Tetapi sekiranya, ianya bertentangan dengan agama Islam, maka hukumnya adalah haram.

Namun sekiranya individu itu berkemampuan, amalan bersanding perlu dilakukan dengan niat mahu menggembirakan kesemua ahli keluarga dan juga tetamu yang hadir.

Jika dahulu, ramai yang mengadakan kenduri kahwin mengikut adat tradisional Melayu sepenuhnya tetapi kini ramai yang sudah beralih arah kepada persandingan ala moden seperti mengadakan kenduri kahwin mengikut tema ala garden, di tepi pantai mahupun di kawasan terpencil kaki gunung.

Namun, yang menjadi persoalan adakah perlu untuk mempunyai tema yang mana kadang-kala memakan kos yang sangat tinggi hingga ratusan ribu.

 

Adakah Ianya Satu Pembaziran?

Sumber: Kashoorga

Setiap individu pastinya mengidamkan majlis perkahwinan yang meriah kerana ia merupakan hari bersejarah bagi mereka di mana ianya hanya dilakukan sekali seumur hidup.

Tetapi adakah berbaloi untuk menghabiskan duit puluhan hanya untuk pelamin yang digunakan untuk majlis sehari sahaja?

Seeloknya, kedua-dua individu melakukan persandingan mengikut kemampuan masing-masing dan jangan sampai terbeban dengan hutang yang tinggi.

Hal ini berikutan, setiap pasangan itu perlu berfikir jauh kegunaan duit simpanan mereka kerana lebih elok sekiranya membuat majlis persandingan secara sederhana dan duit selebihnya itu digunakan untuk perbelanjaan seharian dan simpanan masa hadapan.

Paling baik, anda boleh buat pelamin dengan cara DIY untuk menjimatkan kos.

Sumber: Nukilan Anak Malaysia

Setiap pasangan pengantin perlu berbincang terlebih dahulu bersama ahli keluarga dan juga pasangan mereka untuk menetapkan perbelanjaan perkahwinan termasuk, barangan hantaran, sewa dewan, makanan, andaman, pelamin, perkhidmatan deejay dan sebagainya.

Belum lagi dikira dengan mas kahwin serta wang hantaran untuk pihak perempuan yang kini mencecah belasan ribu ringgit.

Adat bersanding bukanlah satu pembaziran sekiranya ia dibuat mengikut kemampuan tanpa membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.

Jika kurang berkemampuan, mereka boleh mengadakan amalan bersanding dan majlis yang sederhana tetapi meriah dengan mengundang saudara mara yang terdekat , jiran tetangga dan sahabat-sahabat yang rapat sahaja.

Tidak perlulah berhutang dan jual tanah semata-mata untuk mencari kemegahan dan riak sedangkan cara seperti ini dilarang dan ditegah oleh agama Islam.

KATA ORANG

KATA ANDA

Berbaloi menghabiskan ribuan ringgit untuk bersanding di atas pelamin yang digunakan sehari sahaja?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN