Dalam pada semua sibuk mengejar urusan dunia, seorang lelaki ini sanggup melakukan kerja-kerja pembersihan dengan menyapu dedaun kering di sekitar Taiping meskipun dia bukan kakitangan Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Sumber: sinar harian

Difahamkan, setiap hari, penduduk pasti akan terlihat kelibatnya yang rajin menyapu dan membersihkan kawasan pejalan kaki antara Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) dan Galeri Perbandaran Taiping, iaitu di Jalan Ong Saik.

Kisah lelaki ini bagaimanapun telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen di media sosial yang rata-ratanya kagum akan tindakan lelaki ini malah turut menggesa MPT supaya memberi penghargaan dan kerja kepada lelaki tersebut.

 

Siapakah Lelaki Misteri Itu?

Lelaki misteri yang sentiasa menjadi tanda tanya penduduk itu sebenarnya bernama Husin Kasim yang telah berhijrah ke Taiping bersama ibunya yang dikatakan sedang uzur.

Sumber: Sinar Harian

Menariknya, lelaki ini tidak mempunyai pekerjaan tetap. Malah, hanya menyara kehidupannya dengan menjual sayur, ulam dan buah kelapa yang dikutip di sekitar Taiping.

Mungkin ada di antara kita tertanya-tanya bagaimana lelaki yang sibuk untuk menyara ibunya dengan melakukan pekerjaan sendiri. Ditambah pula, melakukan kerja-kerja membersih di sekitar kawasan Taiping.

Ianya benar-benar memperlihatkan bahawa lelaki ini tidak mementingkan upah semata-mata demi untuk melihat berbakti kepada negerinya sendiri.

 

Ikhlas Buat Kerja Kerana Suka Lihat Bandar Bersih

Satu dalam seribu, amat sukar sebenarnya untuk mencari individu yang mempunyai sifat murni sebegini.

Sumber: Utusan

Yang banyaknya, individu yang tanpa segan silu mencampak sampah ke luar kereta yang dipandu tanpa menghiraukan kesan buruknya terhadap alam sekitar.

Walaupun bandar itu dinobat sebagai bandar bersih dan telah memenangi banyak anugerah sekalipun, tetapi sekiranya masyarakat di bandar itu tidak mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar, susah juga.

Apabila kawasan itu dipenuhi dengan sampah, salahkan pihak berkuasa pula yang tidak membuat kerja. Walhal sampah itu sendiri datangnya dari anda.

 

Wajar Dijadikan Teladan Semua Pihak  

Bayangkan, individu susah yang hanya bergantung harap pada basikal dan tidak mempunyai kerja yang tetap juga boleh berbuat demikian. Mengapa tidak kita?

Gambar sekadar hiasan

Apa yang dilakukan oleh lelaki ini wajar sekali dijadikan teladan kepada semua pihak supaya bersama-sama menyayangi alam sekitar dan jangan terlalu mengharapkan pihak berkuasa untuk membersih dan menguruskan sampah yang dibuang anda itu.

Dalam hal ini, kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar itu adalah penting kerana sekiranya kita yang dewasa ini mengabaikan penjagaan alam sekitar, golongan muda pasti akan mewarisi sikap sebegini pada masa depan.

Oleh itu, kewajipan menjaga kebersihan alam sekitar adalah terletak sepenuhnya di tangan kita.

Sebagai masyarakat yang bertamadun, semestinya sudah menjadi tugas dan kewajipan kita untuk menjaga dan memelihara alam sekitar sebagaimana ia telah memberi pelbagai manfaat kepada generasi kita berabad lamanya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah apa yang dilakukan oleh lelaki ini dijadikan teladan buat seluruh masyarakat untuk sama-sama menjaga alam sekitar?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN