Siapa yang tidak sedih anak yang dijaga siang dan malam sejak lahir lagi akhirnya akan diserahkan kepada ibu kandungnya. Sakit demam semuanya dijaga dengan baik tetapi itu adalah sementara sahaja.

Sumber:Hangat.com

Seperti yang sedia maklum, Pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida pernah memberitahu salah seorang anak angkat jagaanya, Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy atau lebih dikenali sebagai Qayyum akan dipulangkan semula kepada ibu kandungnya.

Sumber:Astro Gempak

Melalui Instagram, Aliff dan Shahida berasa kecewa dengan permintaan wanita itu selepas mereka bersusah payah menjaga Qayyum yang sakit ketika bayi, namun selepas besar dan sihat mahu mengambilnya kembali.

Sumber:IG aliffsyukriterlajaklaris

Baru-baru ini juga, Qayyum telah diserang demam campak yang menyebabkan kanak-kanak itu terpaksa ditahan di wad hospital bagi rawatan lanjut.

Sumber:Sukan Sentral

Bagaimanapun, menerusi perkongsian Shahida di Instagram, anaknya itu kini telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah mereka setelah tahap kesihatannya kembali normal seperti asal.

 

 

 

Shahida Hadiahkan Qayyum Sebuah Lagu Sebagai Ingatan

Menerusi perkongsian isteri usahawan terkenal itu di laman Instagram nya, dia berkesempatan untuk merakamkan sebuah lagu buat Qayyum sebagai tanda ingatan ikhlas untuk kanak-kanak itu apabila dewasa kelak.

View this post on Instagram

Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik😍😍… . Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun …..lagu selawat…….saya just suka2 je utk anak2 saya dgr….tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum…semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia… . Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia…saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti.. . P/S: Jangan kutuk2 ya kat sini…nanti kalau kutuk2 saya turn off komen

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Menurut Shahida, lagu tersebut yang bergenre ketuhanan pada asalnya dibuat untuk kesemua anak-anaknya. Namun setelah memikirkan, Qayyum akan dipulangkan semula, Shahida mengambil keputusan untuk menghadiahkan lagu ciptaan Hafiz Hamidun itu buat anak angkatnya.

Dalam perkongsiannnya itu juga, Shahida memohon maaf kepada semua terutama buat ibu kandung kepada Qayyum kerana tidak menjaga kanak-kanak itu dengan baik selama ini.

Sumber: IG shahidadherbs

Malah akui Shahida dia bukanlah seorang ibu yang baik buat Qayyum dan yakin kanak-kanak itu akan lebih bahagia bersama ibunya tidak lama lagi.

Perkongsian tersebut membuatkan rata-rata netizen berasa sebak dan mendoakan agar hubungan kedua-duanya tidak akan putus sehingga ke akhir hayat. Apa pun sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat mereka.

 

Netizen Desak Jangan Serahkan Qayyum Kepada Ibu Kandungnya

Selain Qayyum, pasangan usahawan terkenal itu juga mempunyai seorang lagi anak angkat perempuan yang dikenali sebagai Ameena, juga diambil ketika baru dilahirkan.

Sumber: IG babyterlajaklaris

Kedua-dua anak angkat mereka itu mempunyai pengikut yang ramai di instagramnya yang diberi nama babyterlajaklaris. Semua perkembangan mereka dari kecil sehingga hari ini dikongsikan dalam instagram tersebut.

Namun, selepas ibu kandung Qayyum mendesak untuk diberikan semual anaknya itu, rata-rata netizen rasa marah dan kesal dengan tindakan ibu kandung Qayyum yang tidak menghormati perjanjian yang telah dibuat sebelum ini.

Sumber: IG shahidadherbs

Memang ibu Qayyum itu berhak ke atas anak kandungnya itu namun kenapa hari ini membangkitkan isu nak jaga Qayyum semula. Kononnya Aliff dan Shahida tidak menjaga anak dia dengan baik.

Ia sebenarnya susulan video yang dikatakan kepala Qayyum ditunjal bibik pasangan itu.

Video itu telah disebarkan oleh pengguna akaun Instagram @nuralya913yang memperlihatkan adegan bibik berkenaan yang didakwa seolah-olah menunjal kepala Qayyum. Pada masa sama, Nur Shahida turut menegur gadis tersebut yang didakwa cuba menimbulkan fitnah terhadap pembantu rumahnya itu.

Sumber:myartis

Di ruangan komen pula, ramai memberikan nasihat kepada Aliff agar perjuangkan haknya untuk menjaga Qayyum. Sudah banyak kes anak angkat, pengakhirnya begini. Harap Aliff tabah dengan dugaan ini.

 

Ibu Bapa Kandung Boleh Tuntut Anak Dari Keluarga Angkat

Bolehkah ibubapa kandung menuntut hak penjagaan terhadap anak kandung yang telah diserahkan kepada keluarga angkat?

Tambahan, ibu bapa kandung telah membuat surat keizinan pengangkatan kepada keluarga angkat dan menandatangani surat akuan sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah.

Sumber:Era Baru

Ini semua sah mengikut undang-undang. Keluarga angkat seterusnya mendaftarkan anak angkat tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Adoption Act 1952 (Act 257) And Registration of Adoptions Act 1952 (Act 253).

Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa penuh dalam kes hadhanah berdasarkan seksyen 82 EUKI dan kes di Mahkamah Sivil.

Hak penjagaan kanak-kanak adalah terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

Sumber:IKIMfm

Mahkamah Syariah juga boleh mengubah perintah perjanjian pengangkatan berdasarkan seksyen 76 EUKI.

Seksyen 76 – Mahkamah boleh atas permohonan seseorang yang ada mempunyai kepentingan pada bila-bila masa dan masa ke semasa mengubah atau boleh pada bila-bila masa membatalkan sesuatu perintah penjagaan atau nafkah seseorang anak jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah diasaskan atas sesuatu salah penyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.

 

Siapakah Yang Lebih Layak Menjaga Anak Yang Berusia Bawah 7 Tahun?

Mengikut hukum ialah ibu. Sabda Rasulullah saw yang dinyatakan di dalam Musnad Imam Ahmad juz 2 hlm 182 bermaksud : `Kamu (ibu) adalah lebih berhak kepada penjagaan anak selagi ibu itu belum berkahwin lain’

Dr Muhammad Aqalah dalam kitabnya Nizam al Usroh fi al-Islam, juz 3, hlm 355 menyatakan : `Bahawasa ulama’ fiqh telah sepakat menetapkan bahawa ibu sebenar adalah lebih berhak dari yang lainnya untuk hadhanah anaknya apabila ibu itu mencukupi syarat-syarat untuk hadhanah’

Seksyen 82(1) EUKI – `Tertakluk kepada seksyen 83 ibu adalah paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan’

Sumber:Tentang Celik Alquran

Mahkamah turut mememutuskan bahawa `walau apapun, anak tersebut belum mecapai umur 7 tahun dan ibu (kandung) adalah orang yang berhak menjaganya.

Mengikut hukum Islam, mengambil anak angkat tidak menjadikan hubungan antara anak dengan ibu bapa angkat mempunyai ikatan undang-undang.

Ia lebih berkisar kepada tanggungjawab dan amanah dalam membesarkan anak tersebut sehingga beliau mampu berdikari. Tanggungjawab keibubapaan ini adalah sama seperti menjaga anak sendiri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah Aliff dan Shahida menyerahkan semula Qayyum kepada ibu kandungnya itu?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN