Nampaknya pelakon dan juga penyanyi berasal dari Singapura Aliff Aziz sekali lagi buat hal apabila didakwa kantoi bersama perempuan lain disebuah kelab malam.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya yang juga penyanyi, Bella Astillah di media sosial miliknya. Bella menunjukkan bukti perbualan bersama seorang wanita yang melihat suaminya sedang berlaku curang dengan pelakon Oktovia Manrose.

Sumber:www.gempak.com
Sumber:www.gempak.com

 

Bersama Di Kelab Malam

Seorang individu memberikan bukti video dan mendakwa Aliff dan Oktovia sedang berada di sebuah kelab malam yang terletak di Changkat, Bukit Bintang.

Sumber:mStar

Aliff dikatakan mesra dengan Oktovia selepas habis penggambaran telefilem yang dilakonkan mereka berdua.

 

Bella Curigai Aliff

Bella mendedahkan perangai Aliff mula berubah sebelum dua hari penggambaran tamat. Aliff mula berkelakuan pelik dan kata laluan telefonnya juga telah ditukar.

Sumber:OhBulan

Malah, Aliff juga telah memadam perbualan dengan Oktavia di aplikasi WhatsApp.

Isteri mana yang tidak curiga jika suaminya mula beperangai pelik, siap tukar kata kunci di telefon. Kenapa perlu berahsia dengan isteri kalau suami tidak pasang dua di luar sana?

Peluang kedua yang diberikan Bella telah disia-siakan oleh Aliff. Lelaki yang dasar curang tidak akan pernah menghargai isterinya yang banyak bekorban masa, susah dan senang ketika bersama.

 

Aliff Pernah Curang

Ketidaksetiaan Aliff ini sudah mula terhidu sejak 2017 lagi, apabila dia kantoi dengan aktres Afifah Nasir pada bulan Julai tahun itu.

Sumber:iluminasi.com

Dia dikatakan memasuki pusat karaoke bersama Afifah berdua-duaan di salah sebuah bilik di tempat hiburan tersebut.

Bella ketika itu dalam tempoh berpantang, sanggup datang dan menyerang mereka berdua di pusat hiburan tersebut.

Pelbagai komen balas diberikan Aliff dan Afifah sehingga kes ini dibawa ke pihak peguam.

Sumber:mStar

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.

Dah ada anak pun, buat hal lagi. Sebelum ini berjanji akan setia dan tidak mahu berpisah tetapi hanya kata-kata manis sahaja akhirnya menjadi pahit.

 

Oktavia Mengaku Keluar Tetapi Sebagai Kawan

Nampaknya keadaan ini semakin panas apabila Oktovia memberi maklum balas terhadap apa yang didedahkan oleh Bella.

Sumber:www.gempak.com

Oktovia menjelaskan hubungannya bersama Aliff hanya sekadar kawan.

Oktovia mempertahankan diri dengan menulis kenyataan di ruangan Instagram Stories miliknya.

Sumber:IG Bella

Bagaimana pun, Bella mengakui dia mempunyai bukti yang cukup membabitkan kecurangan suaminya bersama Oktovia.

Isteri mana yang mudah percaya? Keluar pukul 3 pagi bersama suami orang hanya sekadar kawan biasa?

Kalau ajak pergi mamak tengok bola ramai-ramai bolehlah percaya. Ini pergi kelab malam, pastinya menari, minum dan sebagainya.

 

Netizen Desak Video Ditunjukkan

Susulan kenyataan Bella mempunyai bukti yang cukup kukuh dan mempunyai tiga video menunjukkan Aliff dan Oktavia bersama di kelab malam.

Mereka mahu Bella mendedahkan bukti tersebut sekiranya benar.

Selagi video itu tidak ditunjukkan, selagi itu kenyataan Bella seolah-olah tergantung kerana mereka merasakan Bella dan Aliff adalah pasangan yang hanya ingin meraih populariti semata-mata.

 

Aliff Mohon Diberi Ruang

Selepas isu ini diketahui umum, Aliff memohon diberi ruang mengenai berita kecurangannya dengan Oktovia seperti yang dikongsi isterinya di Instagram.

Sumber:XTRA

Memetik kepada Harian Metro, Aliff tidak mahu memberi apa-apa komen berhubung isu ini dan sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini.

Diharapkan isu ini tidak berpanjangan dan dakwaan isteri itu hanya salah faham semata-mata dan hubungan kekluargaan yang dibina terus kekal.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang lelaki yang curang lebih sekali?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN