Perdebatan netizen semakin hebat dan diluar jangkaan apabila terus menerus mengecam usahawan kosmetik, Datuk Sri Aliff Syukri Kamarzaman malah tempiasnya juga terkena kepada isterinya, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid.

Sumber: Says

Kisahnya bermula apabila Aliff Syukri dikatakan telah menghina seorang penonton wanita dengan melabel mukanya seperti bomoh dan tidak cantik ketika siaran langsung program Gegar Vaganza Musim 5 minggu keenam.

Dia merupakan penaja utama kepada program nyanyian tersebut.

Rata-rata netizen terkejut dengan kenyataan dia dan menganggap dia seorang yang rasis dan menghina.

 

Tindakan Aliff Syukri Undang Kemarahan Netizen Dan Juga Para Artis

Kecaman demi kecaman terus dilemparkan walaupun Aliff Syukri telah memohon maaf dan telah menjelaskan insiden sebenar di dalam program berkenaan.

Sumber: CelotehSaje

Wanita yang dilabel sebagai ” Ugly Women” itu dikatakan adalah orang yang dilantik sebagai sebahagian strategi pemasaran.

Aliff Syukri tidak akan sengaja berbuat demikian (melabel dan menyantuk muka untuk dicalit produknya) sebaliknya ia diatur termasuk tempat duduk wanita itu iaitu di penghujung supaya mudah untuk jurukamera dan krew produksi buat rakaman.

Walau bagaimanapun, tindakan itu tidak sewajarnya dan netizen menganggap ia keterlaluan dan rasis. Nampaknya, permohonan maaf dan penjelasan yang dibuat tidak boleh menutup kesalahan yang telah pun berlaku.

Netizen merasakan ada banyak cara lain lagi untuk mempromosikan produk kecantikan tanpa melabel muka seseorang itu seperti bomoh atau tidak cantik di khalayak umum.

Dalam program yang sama Aliff Syukri juga mengutuk warna kulit penyanyi Santesh Kumar yang popular dengan lagu Amalina selain penyanyi lagu Asyik, Amelina sebagai memakai susuk.

Di ruangan komen Aliff Syukri dipenuhi dengan komen-komen negatif dan ramai pengikutnya mahu dia memohon maaf secara terbuka dan tidak mengulanginya lagi.

Malah, ada yang mahu Aliff Syukri tidak muncul lagi di kaca TV. Dan ada yang mahu boikot produk keluaran D Herbs.

Sumber: mStar

Isterinya, Shahida juga tidak tahan suaminya terus dikecam oleh netizen meminta agar Aliff Syukri selepas ini tidak lagi muncul di kaca TV mahupun hadir ke konsert GV 5 meskipun dia adalah penaja utama program tersebut.

Menerusi status yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Shahida juga merasa terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang masih terus ingin mencari kesalahan mereka sedangkan Aliff sebelum ini menerusi Instagram Live sudah pun memohon maaf atas keterlanjurannya itu

Yang lebih menyedihkan, ada pula netizen menganggap tindakan Shahida itu sebagai “back up ” suaminya untuk terus melakukan kesalahan. Sedangkan Shahida akui tidak semua orang faham dengan sikap Aliff Syukri yang sering terlepas cakap semasa siaran langsung walaupun ia berlaku secara tidak sengaja.

 

Wajarah Anak-anaknya Juga Dikecam?

Siapa kita untuk menghukum ciptaan Allah. Begitu juga kepada Aliff Syukri. Kerana perbuatannya itu, anak-anaknya juga kena tempiasnya apabila netizen mencemuh rupa anak-anaknya itu.

Rasanya netizen tidak perlu campur adukkan masalh ini dengan anak-anak dia. Mereka tidak bersalah bahkan tidak tahu apa yang dilakukan oleh bapanya itu.

Cukuplah berbalah dengan bapanya sahaja. Kesian ana-anak mereka yang masih kecil dan tidak tahu apa yang telah berlaku.

 

Aliff Syukri Sudah Lali Dikecam

Apa sahaja tindak tanduk Aliff Syukri pasti mendapat perhatian netizen, dia ini seperti “Raja Kecaman”. Bukan sekali dia dikecam netizen, apa sahaja video yang dimuatnaik di instagram miliknya pasti mendapat kecaman dan menimbulkan kontroversi.

Sumber: Iluminasi

Dia pernah dikecam kerana lagu Bobo Dimana,gandingan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

 

Sumber: Iluminasi

Selepas hebat dikecam netizen akhirnya dia mengeluarkan lagu berunsur dakwah, yang dinyanyikan bersama isterinya yang berjudul “Agama Kedamaian”.

Lagu Abang Nak Tegur juga apa kurangnya dikecam sehingga mendapat lebih 300,000 ‘dislike’.

Dek kerana suara Nur Sajat itulah, semakin ramai yang menekan butang dislike di laman tersebut.

Sumber: Oh Bulan

Dan dia juga membuat versi baru Abang Nak Tegur 2.0, yang dinyanyi bersama isterinya juga.

Banyak lagi video lain di instagram miliknya mendapat kecaman netizen terutama pengikutnya itu.

Tetapi itulah Aliff Syukri, netizen tidak boleh hanya tahu mengcam dan menilai seseorang itu sekadar luaran mereka sahaja. Mungkin itu sifat semula jadinya. Kita tidak mengenali Aliff Syukri secara dekat, hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja tahu sikap sebenarnya.

Jadi kepada netizen tidak payah nak kecam-kecam lagi, jaga kain sendiri sudah. Manusia ini akan berubah.

Sudut Positif Aliff Syukri

Sumber: Utusan Online

Beliau merupakan pengasas kepada D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Mempunyai bangunan empat tingkat dengan seramai 35 orang kakitangan serta telah menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru.

Malah, produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd. D’Herbs juga telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D’Herbs di Kota Damansara. Beliau berazam untuk menjadikan D’ Herbs

Sumber: IG Aliff Suikri

Healthy sebagai salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan seluruh dunia.

Selain produk kecantikan, dia juga membuka kedai perabot mewah yang dikenali sebagai palacealiffsyukri, membina resort mewah di sugeh.resort mempunya beberapa cawangan kedai makan yang dikenali sebagai romahmakanterlajaklaris.

Sumber: Sinar Harian

Dia antara penerima iMilennium Leadership Award 2016 bagi kategori ‘Movers & Shakers Small and Medium Enterprise’.

Menerima Anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs pada 2016.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah Aliff Syukri dihukum sampai begini?
12 votes · 12 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN