Sumber:Free Malaysia Today

Awal bulan lalu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang menggubal Akta Benih Tanaman bagi mengawal dan menangani pengedaran benih padi tidak sah yang semakin berleluasa di pasaran.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, penggubalan akta berkenaan hampir siap sepenuhnya dan akan dimuktamadkan selepas maklum balas daripada beberapa agensi.

Jaga Kepentingan Petani

Menteri Pertanian itu menegaskan akta ini digubal bagi menjaga kepentingan petani di negara ini.

Apabila akta ini wujud, kerajaan dan pihak bertanggungjawab akan mengawal sebarang penyalahgunaan benih padi yang semakin membiak kini.

Sumber:Tribunnews.com

Dalam masa sama, kerajaan mengesyorkan benih padi jenis UKM-RC2 dan UKM-RC 8 untuk penanaman pada 21 Februari lalu manakala pengedaran kepada pesawah dilaksana sejak bulan lalu bagi penanaman musim pertama 2019.

Sumber:hmetro.com.my

Ulasnya, pengeluaran benih padi sah UKM-RC2 dan UKM-RC 8 dimulakan pada musim kedua, 2018 oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Corporation (MADACorp).

Kuantiti benih yang dikeluarkan untuk UKM-RC 2 dan UKM-RC 8, masing-masing sebanyak 120 tan dan 80 tan untuk diedarkan bagi musim pertama tahun ini.

Sumber:utusan.com.my

Kadar pengeluaran benih UKM-RC 2 dan UKM-RC 8 ialah 3.5 peratus daripada jumlah keseluruhan benih padi negara.

Benih Padi Berkualiti

Menurut Salahuddin lagi, kelebihan dua jenis padi ini sangat bagus kerana menurutnya ia memiliki kemampuan dari segi ketahanan berdepan ancaman banjir selama 14 hari.

Selain itu, katanya, penanaman menerusi tanah MADA menunjukkan jenis benih padi berkenaan berupaya mengeluarkan hasil purata antara tujuh hingga lapan tan sehektar.

Galakkan Oligopoli Syarikat Besar

Walaupun usaha kerajaan untuk memajukan padi beras di negara nampak baik, namun tanggapan itu sebaliknya apabila sebuah kumpulan memberi amaran kepada kementerian tersebut.

Sumber: Malaysiakini

Mereka menyatakan sekiranya undang-undang baru mengawal biji-bijian pertanian digubal, nasi yang merupakan makanan ruji nombor satu di Malaysia, mungkin menjadi lebih mahal serta kurang berkhasiat dan lazat.

Kumpulan itu berkata dalam satu Forum Keselamatan dan Kedaulatan Makanan Malaysia. Ujarnya, undang-undang benih yang dicadangkan itu boleh menggalakkan monokultur tanaman dan oligopoli oleh syarikat-syarikat besar.

Salah satu ahli forum berkenaan, pengarah Third World Network, Chee Yoke Ling, berkata, kalau beberapa sahaja biji benih padi yang diluluskan, berkemungkinan juga akan berlaku monopoli sekiranya ia diberikan pada pihak swasta.

Perladangan Monokultur Merosakan Tanaman

Manakala, penyelaras forum, Fitri Amir pula berkata ini akan menjejaskan semua jenis tanaman makanan, termasuk buah-buahan.

Sumber: KiniTV

Walaupun perladangan monokultur membawa kepada hasil yang lebih tinggi, dia mendakwa bahawa menanam tanaman yang sama berulang kali memudaratkan nutrien tanah secara semulajadi dan memaksa petani untuk menggunakan baja kimia, yang seterusnya menjadikan tanaman kurang berkhasiat.

Ia juga membuat tanaman lebih mudah terdedah kepada perosak dan penyakit, yang akhirnya menggalakkan penggunaan bahan kimia tambahan ke atas tumbuh-tumbuhan.

Ada baiknya jika pihak kementerian berbincang terlebih dahulu dengan para petani agar masalah ini tidak berlarutan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah akta benih padi ini digubal?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN