Baru-baru ini tular isu Muhammad Sajjad ataupun lebih dikenali sebagai Nursajjad yang didakwa oleh pihak makhamah atas kesalahan tidak mendaftar produk-produk yang dijualnya di butik kecantikkannya yang bertempat di Bandar Baru Uda, Johor Bharu.

Laporan yang dillakukan oleh Doktor Rusyainie Ramli tentang kesalahan tersebut kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor disusuli dengan serbuan oleh pihak berkuatkuasa ke butik berkenaan.

Menurut laporan, sebanyak RM 9,780 jumlah keseluruhan rampasan telah dibuat kerana terbukti produk-produk tersebut dijual kepada pelanggan tanpa kelulusan yang betul.

Nursajjad yang hadir ke mahkamah bagi dakwaan tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Tindakan berani doktor berkenaan menerima pujian ramai kerana dikatakan mampu menyelamat nyawa orang ramai.

 

Awas! Jangan Sampai Anda Didakwa

Penularan kisah ini cukup untuk membuktikan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sangat mengambil berat isu penjualan produk-produk kecantikan dan kesihatan yang dijual sesuka hati tanpa kebenaran oleh peniaga-peniaga yang tamakkan keuntungan.

Ini kerana setiap produk yang tidak mendapat kelulusan KKM cukup untuk menjelaskan bahawa ianya tidak selamat untuk dipakai atau dikonsum oleh pengguna.

Mengapa ingin membahayakan nyawa untuk sesuatu produk yang tidak sahih kualiti dan penghasilannya?

 

Nak Cantik Tapi Tak Guna Otak

Dengan wujudnya kilang-kilang yang boleh menghasilkan produk kecantikan dengan cepat dan murah, ianya secara tidak langsung melahirkan usahawan-usahawan kosmetik yang rata-rata menjual produk kecantikan dan kesihatan yang rendah kualiti dan mempunyai risiko mampu membahayakan kesihatan pengguna.

Produk timbang kilo menerima permintaan ramai usahawan baru kerana industri kecantikan menerima permintaan yang tinggi oleh pengguna Malaysia dan mampu memberi pulangan yang sangat banyak kepada peniaga sehingga mampu mencecah jutaan ringgit.

Semua orang terkejar-kejar untuk cantik tanpa menitik berat produk yang diguna selamat ataupun tidak.

Malahan pengguna yang terlalu obses dengan kecantikan ini sanggup berbelanja ratusan malah ribuan ringgit untuk membeli produk-produk baru dipasaran walaupun ianya dikeluarkan oleh syarikat yang baru ditubuhkan dan masih belum mempunyai kepakaran didalam industri tersebut.

Tindakan Kementerian Kesihatan ini wajar dijadikan titik tolak untuk ribuan pengusaha-pengusaha kosmetik dan kecantikan diluar sana untuk lebih berhati-hati dalam proses penghasilan produk mereka dan wajib mendapatkan kelulusan KKM sebelum menjual kepada pengguna diluar.

 

Produk Timbang Kilo ‘Bunuh’ Pengguna

Sebelum ini sudah banyak kes-kes yang dilaporkan oleh pengguna yang menggunakan produk dari pengusaha-pengusaha tempatan sehingga memudaratkan diri mereka sendiri.

Ada yang sehingga rosak buah pinggang kerana jamu, ada yang melecur muka kerana produk krim siang dan malam malah ada yang menderita sakit kronik lain kerana meminum ubat yang konon-kononya mampu  menyembuhkan semua penyakit.

Secar logiknya, usahawan kosmetik ini tidak wajar disokong kerana kita sudah maklum proses penghasilan sesuatu produk mengambil bertahun untuk dihasilkan bukan dua tiga bulan.

Wajarkah kita korbankan kesihatan kita hanya kerana terlalu obses untuk cantik?

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah pihak KKM membuat serbuan secara besar-besaran untuk semua syarikat pengusaha kosmetik 'ekspres'?
21 votes · 21 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN