Sejak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dibawah pemerintahan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sebelum ini, nasib peneroka Felda tidak terbela, malah mereka terbeban dengan tangungan hutang yang tinggi.

Felda ketika ini sedang mengalami masalah aliran tunai yang amat kritikal akibat kelemahan dalam tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: The Star

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan hutang Felda berjumlah RM8.025 bilion adalah legasi kepimpinan terdahulu berikutan terlalu banyak campur tangan politik dalam urus tadbir.

Mengambil kira masalah kewangan yang sangat kritikal dan meneliti aliran tunai yang sangat tenat, kerajaan akhirnya menyalurkan kewangan khas kepada 38,000 peneroka di negara ini.

 

Peruntukan Sebanyak RM77 Juta Disalurkan

Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas berjumlah RM77 juta untuk membantu peneroka Felda melunaskan bayaran tertunggak bagi tahun ini.

Sumber: The Star

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengarahkan bantuan diberikan kepada mereka, susulan masalah aliran tunai Felda yang sangat kritikal pada tahun ini.

 

Tiga Bentuk Bantuan Diagihkan

Menurut Lim, bantuan itu diperuntukkan untuk tiga bayaran iaitu:

1) Bayaran khairat kematian berjumlah RM1.2 juta melibatkan waris kepada 120 peneroka yang telah meninggal dunia.

2) Bayaran tunggakan berjumlah RM43 juta kepada Felda Technoplant Sdn Bhd bagi kerja operasi pembangunan ladang peneroka.

3)Bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil tanam semula berjumlah RM32.8 juta untuk 38,000 peneroka.

Pada 10 Disember lalu, Mahathir dalam satu acara meminta Lim merangka rancangan untuk membantu beberapa golongan yang terkesan dengan kos sara hidup, dalam masa terdekat.

 

Salah Satu Manifesto Pakatan Harapan Dilaksanakan

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pakatan Harapan menekankan 10 janji dalam masa 100 hari pertama pentadbiran iaitu menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.

Walaupun mengambil sedikit masa, tetapi apa yang dijanjikan telah terlaksana dan kerajaan Pakatan Harapan memastikan ia sebolehnya mengikut apa yang dirancangkan.

Sumber: Berita Harian

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini pernah mempersoalkan janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan hutang peneroka Felda dalam masa 100 hari membentuk kerajaan persekutuan.

Anggota Parlimen Pekan membangkitkan perkara berkenaan ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Daripada 10 janji 100 hari HARAPAN, isu hutang peneroka Felda adalah satu-satunya yang dilihat tiada perkembangan.

Najib berkata ketika pentadbiran BN, peneroka menerima banyak manfaat seperti bonus dan duit raya.

Najib kemudian mempersoalkan sama ada bayaran kepada peneroka akan terus dikurangkan pada masa akan datang.

Ketika pentadbiran BN, Felda dan Felda Global Ventures menjadi perhatian kerana didakwa dengan isu salah urus, kerugian dan pelaburan yang meragukan.

 

Zaman Umno BN, Felda Hampir Lingkup

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menyatakan pendapatan peneroka terkesan sejak 2013 lagi apabila berlakunya kemerosotan harga kelapa sawit dan getah.

Antara punca lain pendapatan peneroka merosot adalah disebabkan penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia.

Sumber: FMT

Semasa penyenaraian FGV di Bursa Malaysia dahulu pada 2012, harga seunit ialah RM4.55 menjadikan ia disebut-sebut sebagai yang kedua terbesar di dunia. Kini harga telah menjunam sehingga RM1.63 sehingga 31 Julai 2017.

FGV kononnya merupakan durian runtuh bagi keluarga. Masing-masing dibenarkan membeli 800 saham FGV dengan pinjaman tanpa faedah.

Apabila harga saham FGV jatuh, para peneroka marah kerana terpedaya melabur dalam FGV.

Saham FGV mula melonjak dari harga asal sebanyak RM4.55 kepada harga setinggi RM5.50 sebelum merudum sehingga harga kini kurang dari RM1.7, tak sampai 40 peratus dari harga asal!

Kejatuhan harga saham FGV ini dikatakan berpunca dari kemerosotan harga minyak kelapa sawit tetapi nilainya tidak naik semula setelah harga minyak sawit pulih.

Pelabur Malaysia terbesar dalam FGV, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menarik keluar 3.85 peratus saham mereka.

FGV memegang sebanyak 51 peratus saham Koperasi Permodalan Felda (KPF). KPF pula terpaksa jual lima juta saham FGV di bawah harga pasaran yang menyebabkan kerugian teruk bagi ahlinya.

 

Kerajaan Pakatan Harapan Naikkan Harga Getah Mulai 2019

Kadar getah skrap yang tidak menentu telah menyebabkan keresahan penoreh-penoreh getah untuk meneruskan kehidupan.

Sumber: Malaysia Gazette

Kesan dari itu, pihak kerajaan telah membuat kenyataan bagi menaikkan harga lantai getah skrap itu sebanyak 30 sen daripada RM2.20 kepada RM2.50 sekilogram yang akan berkuatkuasa mulai Januari depan.

Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan berkata, kenaikan itu diharap dapat memberikan sedikit kelegaan buat penoreh untuk membuat tuntuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Pada Belanjawan 2019, kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi pelaksanaan IPG bagi membantu pekebun dan penorah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah peruntukkan ini salah satu langkah meringankan beban peneroka?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN