Penahanan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin oleh Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) adalah perkara yang dinanti-natikan oleh rakyat selama ini.
Bung merupakan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, yang didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.
Isterinya yang juga seorang pelakon, Datin Seri Zizie Izette A. Samad turut didakwa atas pertuduhan yang sama.
Dapat izin Peguam Negara Untuk Dituduh
Menurut satu kenyataan, SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh Bung Moktar dan isterinya.
Semalam, SPRM telah menahan Bung Moktar pada jam 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie, di tahan SPRM Putrajaya pada jam 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra Berhad)
Mereka ditahan untuk membantu siasatan kes rasuah yang berjumlah tiga juta ringgit.
Hadapi Tiga Tuduhan Rasuah
Bung menghadapi tiga kes rasuah, sementara isterinya akan menghadapi tuduhan bersubahat.
Dipercayai Bung terlibat dalam urusan beberapa unit pelaburan amanah yang dibuat oleh Felcra dan beliau adalah pengerusinya ketika itu.
Dan berkemungkinan wujud unsur sogokan dalam urusan unit pelaburan tersebut.
Bung dan isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di ibu negara pada Jumaat .
Rakyat Sokong Tindakan PH Heret Perasuah
Setahun menerajui pemerintahan negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan hasil kesungguhan dan komitmen dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan.
Nampaknya, pemerintahan dibawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya membersihkan Malaysia daripada imej ‘negara kleptokratik’ yang dilabelkan semasa pemerintahan terdahulu.
Rakyat Malaysia melihat, beberapa siri tangkapan, siasatan dan dakwaan terhadap pelbagai individu menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menangani gejala rasuah itu.
Tindakan itu juga selaras dengan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 iaitu membebaskan Malaysia daripada gejala rasuah serta menggalakkan tadbir urus baik.
Mereka menyokong satu persatu pemimpin kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sebelum ini diheret ke muka pengadilan termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ada Pula Dakwa Bung Mangsa PRK Sandakan
Bagaimanapun, ada pula rakyat yang mendakwa Bung ditahan kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan di Sabah pada 11 Mei ini.
Mereka percaya kerajaan PH cuba memangsakan Bung kerana PRK ini, tidak mahu pembangkang menang dalam PRK di Parlimen tersebut. Disebabkan ia adalah kerusi Dap.
Tambahan pula, Bung adalah orang Sabah dan wakil rakyat di Kinabatangan. Jadi, ini menguatkan kepercayaan penyokong pembangkang bahawa ini adalah taktik pihak kerajaan untuk menjatuhkan lawannya.
KATA ORANG
Actually I am not surprised with Bung Mokhtar! He is just a common gangster wannabe & a brainless muppet! And often, he is drunk! https://t.co/3MNHkDtbwz
— jediMASTER (@jedimaster909) May 1, 2019
Bung Mokhtar is known for mulut celupar. Borneo monkey finally will be in cage but not in zoo but Riverside Bambo Hotel. At least, his master will have companion. His 4th wife is corrupted as well 🤦♀️
— Selvi Veloo (@VelooSelvi) May 1, 2019
SPRM tahan Bung Mokhtar dan isteri kes rasuah berkaitan Felcra. Dulu si ayam telupid ini untouchable sebab #bossku payung. Harap @SPRMMalaysia siasat juga pengakuan MP BN dlm parlimen tahun lalu bahawa mereka rata2 menerima RM1 - 1.5 juta dari Najib.
— Rusty Blade (@PisauKarat) May 1, 2019
Berpuluh2 lg sekutu bung mokhtar dlm Felcra tu. SPRM selongkar lah sampai hbs. Jgn sekerat jln jer. Byk ank syarikat yg jd dumping platform. Felcra bina, kpfb, Felcra properties, Felcra plantation, fuesp, dll. Semua Pengerusi dn MD subsidiary Felcra Berhad zaman bung tgh panas
— Pendekar_hitam (@Pendekarhitam3) May 1, 2019