Baru-baru ini kisah kematian seorang wanita berbangsa cina yang telah meninggal dan ingin dikebumikan mengikut adat agama Buddha terpaksa dihentikan. Ini kerana wanita tersebut dipercayai telah memeluk agama Islam.

Menurut adiknya, jenazah yang telah memeluk agama Islam tanpa diketahui oleh anak-anak dan keluarga akan disemadikan dengan cara yang salah dan dia tak mampu melihat perkara ini terus berlaku.

Walaupun sudah berlainan agama, namun tanggungjawab sebagai seorang adik harus dilaksanakan agar roh kakaknya dapat bersemadi dengan aman mengikut tertib yang selari dengan agama anutannya.

Wakil dari Pejabat Agama hadir untuk ‘menjemput’ jenazah untuk dimandikan dan dikafankan dan kemudian akan dikebumikan seperti seorang muslim.

Apa yang mengharukan dan menyentuh hati orang ramai, respon dan kerjasama  dari keluarga si mati sangat positif dan anak-anak dan ahli keluarga  jenazah dilihat sangat membantu segala urusan agar dapat disegerakan.

 

Jenazah Dalam Keadaan Elok Sempurna

Melalui rakaman yang dirakam, ramai yang terkejut melihat keadaan jenazah yang masih baik ketika dikeluarkan dari keranda untuk dialihkan. Mayat wanita tersebut tidak berbau busuk dan kulit badannya masih dalam keadaan elok.

Seperti ramai yang sedia tahu, setiap mualaf yang baru memeluk agama Islam, diri mereka diangaap seperti bayi yang suci dan bersih dari dosa.

Dosa-dosa mereka yang terdahulu dihapuskan sepenuhnya dan kelak mereka juga akan menuju ke syurga Allah seperti orang Islam yang tidak syirik dan murtad.

 

Bukti Bukan Semua Orang Racist Dan Biadap

Kerjasama yang ditunjukkan oleh dua masyarakat berlainan agama ini merupakan bukti bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang lebih mementingkan perpaduan dan keharmonian berbanding sikap penting diri dan angkuh.

Jika sebelum ini, pelbagai konflik perkauman diwujudkan oleh sesetengah pihak telah mencalarkan imej baik negara kita yang sememangnya terkenal sebagai negara majmuk yang kaya dengan berbilang kaum, kini tidak lagi.

Dan stigma perkauman yang mengasingkan setiap lapisan masyarakat untuk bersatu padu secara langsung menimbulkan jurang antara kaum.

Namun, dengan penularan kisah ini, ianya cukup untuk membuktikan bahawa  nilai toleransi dan hormat antara kaum masih tinggi walaupun berbeza agama dan adat.

 

Perbezaan Agama Bukan Pemisah Tali Kekeluargaan

Ramai mualaf yang berseorangan apabila memeluk Islam, dimana didalam ahli keluarga asal mereka,hanya mereka yang terbuka hati untuk menukar agama. Namun begitu, di Malaysia isu mualaf bukan lagi isu yang asing dan pelik.

Malah keputusan untuk memeluk agama Islam sering diterima baik oleh ahli keluarga mereka cuma ada segelintis yang menentang.

Ini kerana, dalam kehidupan majmuk di Malaysia, kita seperti sudah terbiasa mendengar dan melihat gaya hidup sesebuah agama lain jadi tidak hairan jika aktiviti pertukaran agama berlaku.

Malah pendedahan terhadap gaya hidup umat Islam seperti sambutan raya dan azan yang sentiasa berkumandangan di hampir semua kawasan membuatkan suasana mesra muslim ini seperti sudah sebati dengan warganegara yang bukan muslim.

 

Bukan Permulaan Yang Diukur Tapi Pengakhirannya

Tidak dinafikan ada sesetengah masyarakat Muslim yang terlalu mudah meletakkan hukum dan menilai kehidupan masyarakat agama lain seolah-olah mereka itu sudah pasti menuju ke syurga.

Kenyataan seperti ‘cina kafir dan ‘kafir confirm masuk neraka’ adalah satu stigma yang sangat menjelekkan dan tidah wajar diungkap jika benar kita menganggap diri kita sebagai muslim.

Walhal, nikmat lahir sebagai muslim tidak menjanjikan syurga buat sesiapa. Ramai muslim di luar sana yang murtad dan menyekutukan Allah. Yang melakukan larangan agama laglah banyak, oleh itu wajarkah kita menilai orang lain yang kita sendiri belum tahu pengakhiran yang  bagaimana akan kita lalui?

Bersangka baiklah. Bukan permulaan kita yang menjadi ukuran namun bagaimanakah kita membawa diri kearah pengakhiran yang akan dinilai.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai kes ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN