Kalau sebelum ini fenomena bubble tea menjadi kegilaan ramai sehingga kini masih lagi orang menggemarinya tanpa rasa jemu.
Hampir semua orang akan mencuba kesemua jenama bubble tea dan ramai juga sanggup beratur panjang untuk membeli bubble tea yang hadir dalam pelbagai perisa.
Tetapi adakah anda sanggup untuk makan aiskrim perisa tikus? Aiskrim ini memang wujud dan ia juga menjadi kegilaan ramai.
Aiskrim Tikus Belanda
Mungkin di Malaysia makanan yang pelik-pelik begini tidak ada dan mungkin tidak dibenarkan pun untuk dibuat. Bayangkan anda makan aiskrim perisa tikus, geli tekak mendengarnya.
Di Ecuador, seorang wanita telah berani menghasilkan aiskrim perisa tikus belanda ini dan ia dihasilkan daripada daging tikus itu sendiri sebagai bahan asas.
Mara del Carmen Pilapana berkata, pada awalnya keluarga serta suaminya menganggap itu kerja gila dengan menghasilkan aiskrim perisa tikus namun wanita itu berjaya buktikan bahawa dia mampu menjadikan aiskrim itu kegilaan ramai orang.
Mendapat Permintaan Tinggi
Menurut wanita itu, aiskrim tersebut juga dikenali dengan nama aiskrim Cuy dan ia dikatakan hidangan tradisional penduduk Amerika Latin boleh dapati di Columbia, Peru dan Bolivia.
Aiskrim perisa tikus belanda, dijual pada harga serendah RM4.20 sahaja. Produk ini menjadi laris kerana rasanya yang lebih enak.
Selepas ini bolehlah hasilkan aiskrim perisa haiwan lain pula yang lebih eksotik. Tidak terbayang dek akal aiskrim sebegini boleh dihasilkan dan ia sedap pula tu.
Negara Yang Jadikan Tikus Menu Utama
Di India, sebuah perkampungan kecil suku Adi mereka menyajikan sup tikus sempena merayakan Unying-Aran. Tikus merupakan sumber makanan mereka.
Menurut kepercayaan suku itu, tikus adalah hidangan utama kepada para tetamu, pengunjung ke perkampungan mereka dan jika tiada tikus perayaan itu tudak sempurna.
Malah, tikus ini dijadikan sebagai hadiah buat anak-anak mereka. Mereka akan menerima hadiah dua ekor tikus yang sudah mati.
Daging Tikus Lagi Mahal
Difahamkan daging tikus ini lebih mahal daripada daging lembu dan ayam. Sekilogram daging tikus dijual pada harga RM11.69 sekilogram (AS$2.8). Dan bagi masyarakat miskin Adivasi mereka berdepan dengan kesukaran mencari rezeki dengan bekerja di lading the Assam.
Dan tikus ini menjadi sumber pendapatan mereka dan ia juga mendapat permintaan yang ramai daripada penduduk setempat.
Jika direbus, disiat dan dimasak denga nrempah pedas ia lebih popular berbanding ayam dan daging khinzir.
KATA ORANG





Aiskrim tikus nyummy https://t.co/luuZupF4xG
— Zharif kun ♛ (@zharifmuhaimy) August 1, 2019
dlu sblom dtg trgnu, abah ckp dia penah keja kantin skolah kt kedah. dia bru buat 500btg aiskrim malaysia then bru perasan ada 5 ekor bangkai tikus dlm tangki air, habis semua dia buang aiskrim tu sbb tangki tu salurkan air yg dia guna utk bt aiskrim 🤮🤮🤮🤮🤮 https://t.co/hBHwbYuugM
— nicky nick (@muizbwb) May 27, 2019