Seorang pelanggan yang datang menjamu selera disebuah kedai makanan nasi kandar di Petaling Jaya memuatnaik gambar bil bagi semua makanan dan minuman yang dijamu di kedai tersebut.

Apa yang memeranjatkan, setiap pinggan dan mangkuk yang digunakan oleh pelanggan dicaj dengan harga RM 0.20 dan RM 0.30. Walaupun caj yang dikenakan tidak mahal namun tak pernah dibuat orang dimana pelanggan perlu membayar untuk setiap pinggan dan cawan yang digunakan.

Dah terdesak sangat ke sampaikan peralatan untuk makan pun nak di caj keatas pelanggan?

Pelanggan yang ‘terkena’ caj tersebut memuatnaik gambar resitnya bagi mendapatkan penjelasan dari pihak yang berkaitan samada bolehkah sesebuah premis perniagaan makanan caj setiap pelanggan yang datang bagi setiap kegunaan pinggan dan cawan?
Sebelum ini juga pernah tular isu seorang wanita yang dicaj sebanyak RM 0.30 untuk mangkuk yang digunakan.

 

Kami Bukan Nak Kaut Untung

Ekoran dari isu berkenaan, pengarah pengurusan restoran berkenaan, Burhan Mohamed, tampil memberikan penjelasan mengapa restoran mereka mengenakan caj berkenaan kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Katanya, ekoran isu gangguan air mereka terpaksa membuat keputusan untuk mengenakan caj bagi setiap pinggan dan cawan yang digunakan.

Dan penularan cerita ini secara tidak langsung memburukkan nama baik kedai tersebut dan sekaligus mencalar prestasi baik kedai tersebut.

Pihak restoran juga turut menjelaskan bahawa apabila isu air sudah pulih, mereka akan berhenti mengecaj pelanggan mereka dan beroperasi seperti biasa

 

Kalau Semua Kegunaan Plastik Nak Caj Susahlah

Jika sebelum ini, penggunaan plastik di kedai-kedai besar seperti Tesco, Jaya Jusco dan kedai-kedai lain mula dicaj untuk setiap helaian plastik sebagai inisiatif kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik oleh pengguna Malaysia dan meningkatkan lagi kesedaran untuk mengitar semula dikalangan rakyat Malaysia.

Dan kemudian, kedai-kedai makanan mula mengecaj bekas makanan polistrin yang digunakan mereka dengan caj RM 0.20 bagi setiap makanan yang dibeli.

Dan kini, pinggan dan cawan juga mahu di caj oleh pengusaha kedai? Wajarkah tindakan ini diambil? Walaupun ianya hanya untuk seketika namun ianya dilihat seperti helah halus si pengusaha kedai untuk mencari keuntungan lebih.

Ramai yang berang dengan isu ini, kerana dilihat seperti mengambil kesempatan dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

 

Lapor Persatuan Pengguna

Anda juga pernah ditipu dari segi harga mahupun perkhidmatan yang diberikan oleh kedai-kedai makan mahupun perusahaan-perusahaan besar? Ada sesetengah kedai   servis yang diberikan teruk, ditambah kebersihan kedai makan juga tidak dijaga dengan baik.

Mengapakah sesetengah pengusaha kedai makan memandang isuseperti ini sambil lewa dan tidak menghiraukan kebajikan pelanggan mereka?

Jangan beri peluang kepada mereka dan adu sahaja kepada pihak KPDNKK.

 

Caj Makanan Terlampau Mahal

Bukan satu malah beratus-ratus kedai makan di Malaysia yang caj pelanggan mereka dengan harga yang terlalu mahal dan tidak selari dengan kualiti makanan yang mereka hidangkan.

Cukup-cukuplah mengaut keuntungan dengan taktik-taktik begini, jika servis yang diberikan tidak bagus pasti kedai tidak akan kekal lama.

Tambahan pula dengan kuasa sosial media sekarang, ada silap sikit je sekejap sahaja kisah anda akan diviralkan oleh netizen-netizen Malaysia yang sangat aktif di dunia maya.

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda,wajarkah kedai tersebut mengecaj pelanggan mereka untuk pinggan dan cawan yang digunakan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN