Di dalam sesi perbahasan di Parlimen, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jeyakumar berkata semua air paip di seluruh Malaysia yang telah diproses oleh loji rawatan air adalah selamat untuk diminum terus.

Beliau turut memberi jaminan bahawa air yang keluar dari loji-loji di seluruh negara, 100% boleh diminum malah beliau sendiri turut minum air dari paip.

Tambah beliau, jika air tersebut mempunyai masalah, ianya datang dari masalah tempatan dan bukan dari masalah loji itu sendiri.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dibuat beliau semalam terus menjadi bahan jenaka buat netizen di media sosial dengan ada yang mempersoalkan kebersihan air paip malah turut mengaitkan dengan jenama penapis air yang terdapat di pasaran.

 

Bolehkah Kita Minum Terus Air Dari Paip?

Sumber: Viral Trending Malaya

Walaupun menteri memberi jaminan bahawa air paip adalah selamat untuk diminum, kita pasti akan berfikir adakah benar air di paip selamat untuk diminum begitu sahaja?

Namun, apa yang pasti, kerajaan semestinya mahu memberi yang terbaik buat rakyat mereka termasuklah dengan menyediakan air yang bersih kepada rakyat. Betul?

Sumber: Selangor Kini

Dalam isu ini, tidak mungkin air paip yang kita minum selama ini merbahaya kerana air yang disediakan oleh kerajaan telahpun melalui beberapa peringkat rawatan di loji untuk memproses sehingga bersih.

Tidak mungkin kerajaan akan membenarkan air yang tercemar disalurkan ke setiap rumah kita.

Sumber: Product Nation

Terpulang kepada individu masing-masing masa ada mereka mahu meminum air paip terus tanpa perlu mamasaknya atau memilih untuk memasak air tersebut sebelum diminum.

Kalau di rumah, kita pasti akan mengambil air dari paip kemudiaan mendidihkannya di dalam cerek elektrik untuk diminum.

 

Minum Air Paip Boleh Beri Ancaman Kesihatan

Air paip sebenarnya mengandungi pelbagai bahan tercemar yang datang dari beberapa sumber yang mana sebahagian daripada bahan tercemar itu mempunyai kesan buruk ke atas rupa, bau dan rasa yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Sumber: Iluminasi

Walaupun air paip itu sudah menjalani beberapa proses rawatan, tetapi bahan pencemar yang lain seperti kotoran, bahan kimia, karat, plumbum dan lain-lain masih ada bersama-sama dengan bakteria yang telah mati.

Sebuah badan penyelidikan di bawah Universiti Sains Malaysia (USM) juga memberi penjelasan terhadap apa yang dikatakan oleh menteri malah pihaknya juga menyatakan rasa bimbang dengan tindakan minum air paip secara terus yang mana ia akan membahayakan kesihatan orang ramai.

Sumber: Gluten Free Living

Ini kerana, air paip sebenarnya mengandungi bakteria Escherichia coli (E-coli) yang banyak walaupun air tersebut sudah dirawat.

Malah, sebahagian paip di kawasan rumah kita juga mungkin telah digunakan selama lebih 50 tahun? Yang mana ia mengandungi kotoran, karat, pasir, lumpur, lumut dan juga lendir.

Itu belum lagi dengan bahan tercemar biologikal, karat, debu, klorin, najis, plumbum dan sisa perindustrian yang lain.

Walaupun air paip itu nampak sahaja bersih dan warnanya jernih, adakah kita pasti air itu benar-benar bersih untuk diminum terus?

Apa yang pasti, bakteria e-coli yang terdapat di dalam air paip hanya akan musnah apabila air itu dimasak sehingga mendidih kerana kandungan logam berat di dalam air paip itu sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan.

Jadi tidak mustahil, masyarakat di negara kita terdedah dengan risiko peningkatan penyakit buah pinggang, masalah kulit, sakit sendi, cirit birit (diarrhea), muntah-muntah dan beberapa penyakit berbahaya yang lain kerana ia pastinya berkait rapat dengan kualiti air yang kita minum.

Jadi sebab itu, sekarang ini ramai yang memilih untuk minum air yang bertapis dan paling kurang pun ramai yang akan memasak air terlebih dahulu.

 

Penapis Air Jadi Keperluan

Sumber: penapisaircuckoo.net

Kini, semuanya menjadi mudah dengan adanya jenama penapis air yang memudahkan orang ramai tanpa perlu memasak air tersebut menggunakan cerek elektrik.

Jika dahulu, jika mahu masak air, orang berpusu-pusu pergi ke pasaraya besar untuk membeli cerek elektrik tetapi kini trend tersebut sudah berubah di mana orang ramai beralih arah membeli jenama penapis sama ada dari produk tempatan mahupun produk antarabangsa.

Sekarang ini, rakyat sudah cakna dengan kesedaran mendapatkan air bersih untuk keluarga dan mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan penapis air jenis apa di rumah.

Keadaan itu sekaligus menyebabkan berlaku persaingan hebat dalam kalangan syarikat pengeluar penapis air di negara ini.

Kalau kita lihat sekarang ni, agen penapis air menawarkan bermacam-macam pilihan, jenis dan harga bagi menarik pengguna untuk mendapatkan penapis air yang berkualiti.

Sehingga kini, hampir 10 jenis penapis air terdapat di pasaran antaranya Coway, Cuckoo, Dr Jabbar, Elken, BioAura, Hijrah dan sebagainya.

Ditambah pula dengan jaminan waranti serta servis percuma kepada pengguna menyebabkan orang ramai kini beralih arah untuk memiliki penapis air di rumah, pejabat mahupun di hotel-hotel.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah air paip di Malaysia ditapis pada tahap memuaskan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN