Amalan meminum air kencing sendiri bukanlah sesuatu yang baharu tetapi diamalkan secara tradisional dalam beberapa kepercayaan perubatan.

Kini, amalan itu dikatakan kembali aktif apabila ramai yang memilihnya sebagai bahan minuman selain digunakan untuk disapu pada wajah.

Sumber: Alodokter

Amalan itu aktif dilakukan terutama di negara Thailand dan menurut kepercayaan sesetengah masyarakat ia dapat menyembuhkan penyakit.

 

Ubat Sakit Perut Dan Pencuci Muka

Jabatan Kesihatan Thailand menyatakan bahawa amalan ini menjadi kegilaan orang ramai malah ia dipromosikan di media sosial.

Sumber: FMT

Bagaimanapun, jabatan kesihatan itu melarang sama sekali amalan meminum air kencing untuk dijadikan sebagai ubat sakit perut mahupun pencuci muka.

Timbalan Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Dr Amporn Benjalpophitak memberi amaran supaya menghentikan amalan berkenaan.

 

Bahaya! Banyak Bakteria

Organ seksual dan dubur mempunyai banyak bakteria yang mencemarkan air kencing. Sekali gus, ia sangat berbahaya untuk diminum ataupun dijadikan pencuci muka.

Pada awalnya, penggunaan air kencing untuk mengubati penyakit adalah benar pada zaman pemerintahan empayar Greek dan Roman. Bagaimanapun jangka hayat purata penduduknya kurang 40 tahun.

Sumber: SINAR

Mungkin zaman pemerintahan dahulu bekalan air sukar untuk diperolehi maka air kecing adalah sumber air pada ketika itu dan ia adalah wajar.

Tetapi untuk diamalkan pada zaman yang sudah ada pelbagai kemudahan, ia sangat tidak wajar dan patut dihapuskan kepercayaan itu.

 

Minum Air Kencing Lebih Bijak?

Sebelum ini, ada laporan mengatakan seorang lelaki menjadikan air kencingnya sebagai minuman kesihatan buat dirinya.

Sumber: Mstar

Fabian Faqurharson dikatakan sudah mengamalkan minuman itu sejak tiga tahun lalu. Dia mendapat maklumat tentang kelebihan air kencing menerusi internet.

Setiap hari dia akan meneguk air kecing yang baharu dan juga air kencing yang disimpan dalam tempoh sebulan.

Dia mendakwa dirinya semakin sihat, bijak dan gembira selepas mengamalkan minuman air kencingnya sendiri.

Sangat jijik bagi manusia yang waras akalnya, bagaimana mungkin najis kita sendiri akan diminum atau dimakan semula?

 

Boleh Hentikan Tabiat Minum Kopi

Bagi seorang pengamal  yoga dan penulis gaya hidup, Sophie Prana, terapi air kencing menghentikannya daripada amalan minum kopi.

Sumber:Hello Sehat

Sophie berkata ia memberi manfaat yang tidak terhingga untuk penyembuhan usus, penyembuhan kulit dan sokongan detoks.

Dia juga akan mengaplikasinya di atas muka jika ada ruam atau jerawat. Tak terfikir dek akal akan amalan yang diluar pemikiran ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda percaya amalan ini bagus untuk kesihatan dan mampu merawat kulit wajah?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN