Bagi yang sedang diet, air lemon memang tidak asing lagi. Ia menjadi sebahagian minuman untuk tujuan detoks membuang toksin yang juga salah satu cara untuk menurunkan berat badan.

Botol air berisi hirisan lemon ini selalunya bekalan wajib mereka yang berdiet hingga kadang-kadang ada yang membawa beberapa botol besar untuk minuman seharian di tempat kerja.

Tapi tahukah anda bahawa tiada kajian yang mengsahkan air lemon atau air detoks ini dapat memecahkan lemak di badan anda, dan secara psikologi juga tidak mengiyakan perkara itu berlaku melalui air detoks?

Seorang doktor pengerusi bagi #MedTweetMY; #PerangMelawanMitos #PenaDanPicagari #GGMU, iaitu Doktor Khairul Hafidz menyatakan air detoks tidak membantu menurunkan berat badan.

Katanya, penjagaan pemakanan, senaman yang betul adalah fakta badan anda akan kurus dan juga dapat memecahkan lemak yang terkumpul di badan anda.

Kesan Sampingan Jika Terlebih Minum Air Detoks

Sebenarnya air detoks ini dilihat sebagai mitos atau trend bagi mereka yang ingin kuruskan berat badan. Malah ada yang sanggup minum bergelen-gelen air detoks kononnya dapat pecahkan lemah dan buang melalui pembuangan air besar atau kecil.

Tetapi anda perlu tahu kesan yang tidak baik untuk anda. Antaranya adalah pedih ulu hati. Jika terdapat simptom pedih ulu hati sebelum ini dan anda amalkan air detoks, ia akan menjadi lebih serius.

Pedih ulu hati ini juga akan menyebabkan rasa panas dan juga sakit di bahagian dada.

Selain itu hakisan gigi. Kalau anda terlalu banyak mengambil makanan atau minuman berasid seperti air lemon bergelas-gelas akan menyebabkan gigi turut kerap diselaputi asid.

Ia mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas.

Kerap meminum air detoks juga membuatkan anda mengalami kekerapan buang air dan dehidrasi.

Lemon itu sendiri mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi dan Nutrien ini memang bersifat diuretik yang bermakna ia meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat.

Sekiranya anda merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk segera kurangkan pengambilan air lemon.

Untuk mendapatkan berat yang ideal seharusnya anda perlu mengamalkan diet yang sihat dan bersenam. Jangan terpedaya dengan mitos yang ada di media sosial. Sebarang diet juga perlu dapatkan nasihat doktor sebelum melakukannya. Jangan disebabkan ingin badan yang kurus , badan anda merana.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Bagi pendapat anda adakah air lemon atau detoks ini hanya mitos atau ia benar-benar dapat memecahkan lemak dan menurunkan berat badan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN