Bagi sesiapa yang pernah menaiki perkhidmatan kapal terbang, isu kelewatan penerbangan merupakan isu yang sering kali berlaku. Untuk mereka yang kurang berkemampuan, hendak atau tidak, terpaksa juga menerima hakikat tersebut memandangkan perkhidmatan penerbangan bukanlah sesuatu yang murah untuk ditempah.

Bagi yang berkemampuan dari segi ilmu dan kewangan, mereka mungkin tidak mempunyai masalah untuk menempah tiket penerbangan lain sekiranya ingin mengejar masa. Itu pun belum tentu terjamin untuk mendapatkan pemulangan wang bayaran secara sepenuhnya.

Memandangkan isu kelewatan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dinaiki Mat Sabu menjadi tular, MAS dalam satu kenyataan memohon maaf atas kelewatan yang berlaku disebabkan masalah teknikal. Walaupun mengetahui Mat Sabu mempunyai mesyuarat penting bersama Perdana Menteri di London, namun aspek keselamatan bagi setiap orang tidak boleh dipandang enteng oleh MAS.

Sumber: Malaysiakini

 

Air Asia Dakwa Penerbangan Sentiasa Tepat Waktu

Di sebalik isu tersebut, Air Asia pula mengambil kesempatan untuk ‘menambah garam dalam masakan’ bagi syarikat penerbangannya. Menurut Pengasas Air Asia, Tony Fernandes, pesawat penerbangan tambang murah tersebut sentiasa menepati waktu.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau turut menceritakan pengalaman pertamanya bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan Air Asia pada 18 tahun yang lalu. Beliau dikatakan hadir pada jam 6 pagi di Putrajaya, iaitu tiga jam awal daripada waktu yang dijadualkan.

Beliau yang berkongsi pentas dengan Mahathir pada forum My Voice My Nation pada 26 Jun yang lalu menambah, aspek pengurusan masa sangat penting untuk dititik beratkan, bukan sahaja untuk dirinya, tetapi untuk syarikat penerbangan juga.

 

Betul Ke Sentiasa Tepati Waktu?

Bagi mereka yang terlibat dalam industri penerbangan, bohong kalau dikatakan terdapat syarikat penerbangan yang sentiasa menepati waktu. Ini memandangkan setiap pesawat penerbangan perlu mematuhi beberapa garis panduan yang telah ditetapkan, sama ada dari aspek keselamatan pesawat, aspek komunikasi dari menara pengawal serta aspek cuaca.

Sumber: Facebook

Berdasarkan komen-komen yang diterima dalam kalangan warga maya, ramai yang tidak bersetuju dengan dakwaan Tony. Mereka menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap syarikat penerbangan tersebut yang sering menangguh waktu penerbangan.

 

Punca-Punca Penerbangan Terpaksa Dilewatkan

Memetik artikel thevocket.com, syarikat penerbangan bukan sesuka hati boleh melewatkan penerbangan atau membatalkan penerbangan. Ini kerana mereka sendiri akan menanggung kerugian sekiranya berlaku perkara begini. Bukan satu syarikat sahaja yang terkesan, malah semua syarikat yang terlibat dalam waktu penerbangan yang sama di lapangan tersebut akan terkesan.

Sumber: Angkasa Review

Secara kebiasaannya, masalah teknikal dan faktor cuaca menjadi punca utama kelewatan. Masalah teknikal boleh meliputi aspek kondisi pesawat sebelum berlepas, aspek perhubungan dengan menara kawalan dan sebagainya.

Faktor lain yang menyebabkan kelewatan pesawat ialah faktor jenayah seperti ugutan bom, faktor manusia seperti wanita bersalin di dalam pesawat, faktor keselamatan seperti trak katering terlanggar tayar pesawat dan pelbagai lagi faktor.

 

Helah Untuk Strategi Pemasaran Sebenarnya

Apa yang boleh disimpulkan, dakwaan Tony yang mengatakan Air Asia sering menepati waktu lebih kepada ‘marketing strategy’ (strategi pemasaran) bagi mempromosikan syarikat penerbangan tambang murahnya, bukan disebabkan syarikat penerbangan tersebut benar-benar menepati waktu.

Sumber: The Vocket

Mustahil bagi mana-mana syarikat penerbangan sentiasa menepati waktu. Negara yang menitikberatkan aspek ketepatan waktu seperti Jepun sekalipun, tetap akan menghadapi masalah yang sama. Maka, kita sebagai manusia perlu jujur dan realistik dalam berkata-kata.

KATA ORANG

KATA ANDA

Benarkah Air Asia sentiasa menepati waktu?
12 votes · 12 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN