Siapa yang tidak mengenali ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Bin Maslan daripada Barisan Nasional (BN).  Beliau turut dikenali sebagai menteri CGPA 3.85 kerana pendedahan beliau sebagai pelajar pintar di universiti sebelum ini untuk membuktikan bahawa beliau merupakan seorang yang bijak pandai.

Sumber: Briged Kibaran Bendera

Keyakinan beliau dalam mempertahankan sesuatu dasar kerajaan (sebelum ini) yang tidak popular menyebabkan beliau menjadi bahan jenaka dalam kalangan netizen dan rakyat Malaysia. Hal ini dapat dilihat dalam video wawancara oleh sebuah portal televisyen kerajaan yang memaparkan jaminan beliau bahawa harga barang akan turun kerana pelaksanaan GST.

Jika dahulu, kenyataan beliau sering dilihat sebagai ‘bodoh’ dan memalukan. Antaranya ialah menasihati rakyat untuk melakukan dua kerja bagi mencari duit tambahan, dan meminta rakyat membeli barangan yang tidak dikenakan cukai GST supaya tidak terbeban.

Semakin Bijak Sejak Jadi Pembangkang

Namun, kebijakan beliau mulai terserlah selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. Beliau dilihat mulai aktif berbahas hampir di setiap perbahasan dasar di Parlimen. Sosok ini mulai memainkan peranan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan dengan berkesan.

Kebijakan Ahmad Maslan turut sama dipuji oleh ahli-ahli Parlimen dari parti pemerintah hari ini. Hannah Yeoh selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyifatkan Ahmad Maslan merupakan seorang ahli pembangkang yang rajin. Ahmad juga melakukan tugas semak dan imbang dengan baik kepada pihak kerajaan.

Sumber: Youtube

Petah Berhujah

Malah, kepetahannya ketika berhujah dalam membangkitkan persoalan tentang GST dan SST berdasarkan fakta, disampaikan dengan tersusun dan teratur. Hal ini membuktikan kehebatan beliau berbanding apa yang orang sangka.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar turut sama  memuji Ahmad Maslan kerana tenang dalam berhujah dan tidak mudah melatah walaupun diprovokasi hebat oleh ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan Parlimen menjadi medan semak dan imbang  negara.

Apabila waktu berubah, dan kuasa turut berubah, maka penilaian masyarakat terhadap individu mulai berubah. Ditambah dengan prestasi barisan kabinet PH hari ini yang agak lemah, menyebabkan rakyat mula membuat perbandingan dengan prestasi kerajaan terdahulu.

Sumber: Facebook Ahmad Maslan

Hari ini, Ahmad Maslan tidak lagi menjadi bahan sindiran dan jenaka orang ramai, beliau mula dilihat lebih profesional dan berfikiran lebih rasional berbanding pemimpin PH yang lain. Gelaran menteri jenaka mula dipegang oleh Dr. Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan  ekoran tidak berjaya menyelesaikan isu PTPTN, dan pengenalan dasar kasut berwarna hitam di sekolah.

Barangkali, kelapangan waktu Ahmad Maslan ketika ini tanpa ada apa-apa jawatan penting dalam kerajaan membuatkan beliau mempunyai masa untuk membaca, meneliti dasar-dasar kerajaan dan berhujah dengan idea yang bernas.

Sumber: Malaysian Review

Menegur Berdasarkan Pengalaman

Disebabkan pengalaman yang agak lama sebagai seoarang bekas anggota kabinet,Ahmad Maslan turut berkongsi pengalaman beliau selaku bekas menteri kepada menteri-menteri PH dalam berdepan dengan pihak media. Beliau sempat memesan kepada menteri-menteri PH supaya jangan cepat melatah dengan pihak media.

Selain itu, Ahmad Maslan turut mengkritik barisan kabinet menteri pada hari ini yang kerap tidak hadir dalam perbahasan dewan rakyat. Disebabkan kesukaran mendapatkan jawapan dan penjelasan sesuatu isu dari menteri, maka beliau mencadangkan supaya mesyuarat kabinet diadakan pada hari Jumaat bagi menghormati urusan parlimen.

Bagi Nurul Izzah, beliau mengharapkan agar Ahmad Maslan tidak mengambil keputusan meninggalkan UMNO. Bagi Izzah, Ahmad Maslan berpengalaman menjadi menteri dan sudah pasti mampu menjadi pembangkang yang hebat kepada negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah jawatan menteri yang menyebabkan individu semakin tidak cerdik
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN