Isu kehadiran anggota Parlimen ke mesyuarat Dewan Rakyat sekali lagi dibangkitkan apabila seorang anggota Parlimen mengadu ramai anggota Parlimen dari kedua-dua belah gagal hadir ke sesi perbahasan meskipun isu yang dibincangkan berkepentingan nasional.

Sumber: malaysiadateline.com

Awang Hashim (PAS-Pendang) menarik perhatian bahawa kehadiran pada sesi petang persidangan pada 23 Oktober 2018 amat rendah, iaitu tidak lebih 20 peratus.

“Saya mengira dari pukul 4 petang hingga sekarang (7.30 malam) paling ramai hanya 38 orang sahaja (berada di dalam dewan) daripada 222 anggota Parlimen,” katanya semasa memulakan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat.

 

Reformasikah Parlimen Malaysia?

Sumber: WordPress

Ahli politik harus jujur bahawa era digital baik untuk demokrasi sebagai elemen semak dan imbang. Setiap gerak langkah kerajaan akan dipantau oleh rakyat. Perkara yang perlu diutamakan terlebih dahulu ialah membersihkan kerajaan daripada rasuah kerana kita dapat menjimatkan berbilion ringgit.

Tetapi bagaimanakah keadaan itu akan berlaku? Ini bukan pertama kali Dewan Rakyat yang mulia ‘dikosongkan’ oleh anggota parlimen tidak kiralah zaman pemerintahan Umno BN mahupun Pakatan Harapan dan Pas.

Nampaknya budaya ponteng ini masih tidak reformasi. Sedangkan reformasi Parlimen berkenaan sebelum ini telah dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Harapan.

Sumber: The Straits Time

Rakyat sedang memerhati dan mereka ingin segala apa yang diputuskan di Parlimen adalah untuk kebaikan rakyat bukan soal politik tetapi untuk kepentingan semua pihak.

Perkara ini juga telah ditegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau sendiri bertekad mahu mereformasikan Parlimen. Jadi, anggota Parlimen yang lain bagaimana pula?

 

Rakyat Wajar Tolak Anggota Parlimen Yang Tidak Buat Kerja

Tugas sebagai anggota Parlimen adalah khidmat kepada rakyat dan bukan kerjaya untuk mengkayakan diri sendiri.

Yang menentukan pemerintah sebelum ini dan juga hari ini adalah kerana suara keramat rakyat. Mereka tentukan siapa yang layak menjaga kebaikan mereka dan negara. Jangan sampai rakyat gunakan kuasa mereka lagi untuk pilihan raya seterusnya.

Mereka memilih wakil rakyat mereka untuk menyuarakan masalah mereka di peringkat Parlimen. Tidak guna pandai berceramah di padang, turun padang semata-mata untuk mendapatkan undi tetapi bila dipilih, akhirnya isu mereka dipandang remeh.

Walaupun ada wakil-wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan pengundinya, tetapi bilangannya tidak ramai. Mereka inilah yang sebenarnya harus dikekalkan dalam setiap pilihan raya bagi memacu ke arah negara maju.

Menunaikan amanat rakyat dapat dinilai oleh rakyat atau pengundinya dan jangka masa lima tahun perlu dimanfaatkan wakil rakyat untuk bangunkan kawasan seliaan masing-masing.

Jika tidak wakil rakyat berkenaan perlu mengundurkan diri secara terhormat kerana berada Di Dewan Rakyat hanya memanaskan kerusi sahaja.

Ini tangga gaji menteri kabinet dan anggota Parlimen

1) Pendapatan bulanan penuh menteri termasuk ketua menteri:

i- Gaji pokok- RM18,000
ii- Elaun keranian- RM10,500
iii-Elaun perumahan- RM10,800 ( jika mempunyai rumas sendiri elaun ini boleh juga dituntut)
iv-Elaun wakil rakyat-RM10,600
v- Elaun parkir kenderaan- RM5,700

Jadi, jumlah keseluruhan yang diterima setiap bulan adalah RM55, 650, tidak mengambil kira sakit atau tidak bertugas.

2) Pendapatan bulanan timbalan menteri

i- i- Gaji pokok- RM15,000
ii- Elaun keranian- RM9,500
iii-Elaun perumahan- RM9,800 ( jika mempunyai rumas sendiri elaun ini boleh juga dituntut)
iv-Elaun wakil rakyat-RM10,600
v- Elaun parkir kenderaan- RM5,700

Maka, jumlahnya sebulan adalah RM50,650.

3) Pendapatan anggota parlimen

i-Peningkatan gaji sejak 2015 lagi, dari RM11,000 sehingga RM16,000 (peningkatan RM5000).
ii- Elaun menghadiri persidangan Dewan Rakyat -RM200 (sehari)
iii- Elaun menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan – RM150

Jadi wajarkah wang rakyat dibazirkan sekiranya ahli parlimen ini tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik?

 

Wajarkah Elaun Dipotong

Sumber: ISMAWeb

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, berkata tindakan yang dilakukan anggota parlimen itu tidak akan menyebabkan elaun mereka dipotong selagi cukup korum untuk proses persidangan Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff berkata, potongan elaun dilihat terlalu drastik sekiranya dilaksana.

Tambah beliau, apabila perdebatan berlangsung sehingga larut malam di Parlimen, tentu saja pihaknya tidak akan mendapat kehadiran 100 peratus.

Malah katanya, beliau juga faham bahawa menteri mempunyai tugas di pejabat dan tidak seperti Australia di mana kementerian dan Parlimen berada dekat antara satu sama lain.

Jelasnya lagi, kebanyakan menteri kita tinggal di Putrajaya dan mempunyai tugasan untuk dilakukan, jadi perkara-perkara seperti ini mesti dipertimbangkan.

Mungkin rakyat perlu faham tugas wakil rakyat dan juga menteri selepas memegang tampuk pemerintahan kerajaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga menyatakan perkara sama dan sekiranya anggota parlimen mempunyai alasan kukuh dan tidak mengabaikan rakyat, ia masih boleh dikompromi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah elaun anggota parlimen yang ponteng dipotong?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN